Strategi pemasaran mewakili arah generik yang perlu diikuti dalam usaha untuk mencapai objektif perniagaan tertentu. Ia merupakan “Peta atau Petunjuk Arah” bagi mencapai keputusan yang lebih besar, seperti pertumbuhan jualan, pengiktirafan jenama, menembusi pasaran antarabangsa dan lebih banyak faktor lain. 

Untuk pengetahuan anda, strategi pemasaran adalah pendekatan jangka panjang dan berpandangan ke depan serta rancangan permainan keseluruhan organisasi atau perniagaan. Tujuan asas strategi pemasaran ni adalah untuk mencapai kelebihan daya saing yang mapan dengan memahami keperluan dan kehendak pelanggan.

Walau bagaimanapun masih ada segelintir usahawan yang tidak menitik beratkan tentang strategi pemasaran ini. Bagi mereka, cukup sekadar mempromosikan di laman sosial dan kemudian mendapat sejumlah jualan sudah mencukupi.

Tidak salah jika anda meletakkan ‘mind set’ begitu. Tetapi jika anda benar-benar ingin mengembangkan perniagaan anda ke satu tahap yang lebih tinggi, merangka strategi perniagaan adalah kuncinya.

Jadi, dalam perkongsian kali ini kami akan memberitahu anda 8 kelebihan menerapkan strategi pemasaran dalam perniagaan anda. Jom kita mulakan!

letak matlamat

8 Manfaat Strategi Pemasaran Untuk Perniagaan Anda

Ramai pemilik perniagaan gagal untuk melihat manfaat yang menggabungkan strategi pemasaran dalam proses perniagaan strategik secara keseluruhan. Oleh itu, jika anda berjaya merancang

1. Menjadikan perniagaan lebih berfokus

Dengan menetapkan strategi pemasaran dalam syarikat anda, ia akan menjadikan perniagaan lebih fokus dan mempunyai hala tuju dalam mencapai visi dan misi syarikat.

Selain itu, ia juga mampu memberi ruang untuk anda mengenal pasti peluang-peluang  yang terbaik dan bernilai yang boleh dijadikan nilai tambah untuk anda meningkatkan keuntungan.

Tidak ketinggalan, dengan adanya strategi ini anda juga akan merancang ‘damage control’ jika berlaku sebarang ancaman yang perlu dielakkan.

2. Strategi dalam mengenal pasti pesaing

Persaingan produk sememangnya akan berlaku dalam apa jua jenis perniagaan yang dijalankan. Namun, persaingan ini boleh dianggap sebagai persaingan yang sihat.

Sebagai contoh jika anda menjual pakaian. Anda boleh melihat cara jenama pakaian yang lain mempromosikan jenama mereka. Kemudian, anda boleh mengimitasi atau menambah baik idea sedia ada untuk merangka strategi pemasaran bagi jenama anda pula.

Dengan cara ini, mungkin anda mampu mendapatkan bahagian yang besar dalam pasaran. Mungkin juga anda dapat menarik perhatian lebih ramai pelanggan.

persaingan perniagaan

3. Meningkatkan Prospek Produk

Jika anda memasang matlamat untuk memperkembangkan syarikat, sudah pasti anda akan merancang proses untuk mencapai matlamat tersebut.

Jadi, dengan strategi pemasaran inilah perniagaan anda akan lebih dikenali. Macam mana ia berlaku? Apabila anda mampu meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pemasaran, anda juga secara tidak langsung akan meningkat pengetahuan tentang produk anda.

Justeru, ia akan mampu mengembangkan prospek produk anda untuk orang ramai lebih mengenalinya dan kekal relevan untuk jangka masa panjang.

4. Menonjolkan Kelebihan Syarikat

Setiap syarikat akan menghasilkan produk mereka yang tersendiri. Tetapi berapa banyak syarikat yang memperkenalkan branding syarikat mereka sendiri. Mungkin ada mungkin tidak.

Justeru, untuk melihat potensi syarikat lebih berkembang, strategi pemasaran ini mampu menonjolkan identiti syarikat. Seterusnya ia akan membantu anda untuk lebih berdaya saing dalam aktiviti perniagaan.

strategi pemasaran

5. Strategi Pemasaran Dalam Mempromosikan Produk

Siapa yang tidak inginkan keuntungan berganda dalam syarikat. Oleh itu, selepas anda melakukan kempen pemasaran sudah pasti akan berlaku peningkatan penjualan syarikat antara yang diharapkan. Di sinilah perlunya anda memantapkan kemahiran promosi dan jualan anda. Ini bukan sahaja membolehkan orang ramai mengenali produk anda malah menjadi pelanggan anda akan kembali mendapatkan produk anda.

Melalui cara yang pemasaran yang berkesan sudah pastinya angka jualan syarikat bakal meningkat. Satu perkara lagi! Pastikan anda susun gaya pemasaran yang efektif terlebih dahulu sebelum mensasarkan iklan. Ia bagi meningkatkan ‘brand awareness’ atau penjualan produk atau servis.

6. Menjadi Asas Komunikasi Kempen Produk

Pernah atau tidak anda melihat iklan di TV dengan slogan dan aksi-aksi yang menarik? Ya itulah salah satu cara yang anda boleh lakukan untuk mempromosikan produk anda.

Tetapi tidak semua mampu untuk membiayai belanja menghasilkan iklan di TV. Namun, anda masih berpeluang untuk menjadikan kempen produk anda setanding dengan produk di TV tau!

Sebab itulah pentingnya, strategi pemasaran ini. Selain memberikan diskaun kepada pelanggan, ia juga menjadi asas komunikasi kepada kempen produk anda. Pelbagaikan cara promosi. Kelak anda akan nampak hasilnya.

rancang perniagaan

7. Strategi Pemasaran Dalam Meningkatkan Reputasi Syarikat

Mengapa reputasi syarikat sangat penting? Ramai yang meletakkan hasrat untuk syarikat mereka sentiasa mencapai keuntungan yang tinggil. Namun, menjaga nama baik dan reputasi syarikat juga penting.

Syarikat yang mempunyai nama yang besar atau reputasi yang tinggi bakal menarik perhatian orang ramai dan secara tidak langsung meningkatkan penjualan sesebuah syarikat.

Selain itu, anda juga berpeluang untuk meningkatkan reputasi syarikat dengan menghadiri seminar atau aturcara bisnes bagi memperkenalkan imej bisnes anda kepada orang ramai.

8. Mengembangkan Platform Syarikat

Tahukah anda jenama telefon pintar Oppo, Vivo, Realme dan OnePlus bernaung di satu syarikat yang sama? Ya keempat-empat jenama terkenal ini adalah di bawah syarikat BBK Elektronikcs, sebuah syarikat dari Guangdong, China.

Mungkin syarikat anda juga berpeluang untuk berkembang seperti mereka. Tiada apa yang mustahil di dunia ini. Kunci kepada kejayaan adalah usaha yang berterusan. Dalam setiap usaha, pasti strategi pemasaran produk anda perlu diberikan perhatian kerana ia mampu merubah masa depan syarikat anda.

startegi pemasaran

Jadi itulah 8 strategi pemasaran yang anda boleh aplikasikan untuk perniagaan anda. Jangan lupa follow tau step ni!

Bagi anda yang mungkin belum ada idea lagi untuk berniaga, apa kata anda cuba untuk mulakan perniagaan anda dalam bidang percetakan

Jangan risau, tak susah pun. Kami akan bantu anda dari A sampai Z untuk menjadi usahawan berjaya. Pelbagai pakej menarik kami sediakan. Tidak ketinggalan juga latihan keusahawanan untuk anda mantapkan lagi kemahiran anda untuk berniaga. Jom sertai kami sekarang!

 

 

Berminat nak mulakan bisnes sendiri?