Sejak akhir-akhir ini memang panas topik tentang pelaburan ni. Lagi-lagi bila tiba tahun baru, ramai yang bercerita tentang dividen yang diterima dari agensi pelaburan. Tidak ketinggalan PMB Investment yang telah lama berada dalam dunia pelaburan ini juga nampaknya semakin rancak dibualkan.
Jika sebelum ini kami ada kongsikan berkenaan Wahed Investment, kini terdapat satu lagi platform pelaburan patuh syariah iaitu PMB Investment.
Latar belakang PMB Investment
Untuk pengetahuan anda, PMB Investment Berhad (256439-D) adalah Syarikat Pengurusan Dana Islam (IFMC) yang menawarkan perkhidmatan unit amanah dan pengurusan dana. Ia adalah anak syarikat milik penuh Pelaburan MARA Berhad, salah satu perintis dalam industri unit di Malaysia dengan pengalaman lebih dari lima dekad.
Sejarah Pelaburan PMB dapat ditelusuri sejak 24 Jun 1967 ketika Amanah Saham MARA, sekarang Pelaburan MARA, ditubuhkan dan kemudian melancarkan dana unit amanah pertamanya pada tahun berikutnya pada 6 April – dana tersebut dinamakan Kumpulan Modal Bumiputera Pertama dan kini dikenali sebagai PMB Dana Al-Aiman.
PMB Investment Berhad dilesenkan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan, 2007 dengan modal saham berbayar semasa diterbitkan sebanyak RM15,000,000. Pada 31 Julai 2020, PMB telah menguruskan 15 unit amanah dengan jumlah keseluruhan dana berjumlah RM1.34 bilion.
Jadi itulah serba ringkas mengenai latar belakang PMB. Mungkin ramai dah mula berminat untuk melabur di PMB tp tertanya-tanya bagaimana caranya?
4 Persiapan melabur dengan unit amanah
Sabar sabar sabar! Jangan cepat sangat buat keputusan. Sebelum anda labur duit anda, ini ada 5 persiapan yang perlu anda titik beratkan.
1. Kenal pasti risiko
Risiko dalam pelaburan ini berbalik kepada kemampuan dan keinginan anda untuk mendapatkan pulangan pada masa akan datang. Lebih tinggi risiko yang lebih tinggi potensi kentungan atau kerugain.
Oleh itu, pastikan anda memilih dana yang sesuai dengan tahap kemanpuan anda menghadapi risiko. Pelaburan dalam unit amanah merupakan pelaburan dengan tempoh masa yang panjang. Tempoh yang disarankan untuk pelaburan unit amanah adalah di antara tiga hingga 20 tahun.
Jadi, jika mampu untuk bersabar dan mahu lihat pelaburan dibuat terus berkembang dalam apa jua keadaan ekonomi, maka melabur dengan unit amanah adalah pilihan terbaik.
2. Modal pelaburan
Selepas memilih unit amanah yang bersesuain dengan anda, tetapkan pula jumlah pelaburan yang anda ingin laburkan. Kebiasaannya dana bermula serendah RM100 sehingga RM1000 dan ada juga yang memerlukan dana yang lebih tinggi.
Kemudian tetapkan pula jumlah modal tambahan untuk meningkatkan jumlah bilangan unit dalam dana unit amanah tersebut. Jika anda menyimpan dana secara konsisten setiap bulan, anda bakal menikmati keuntungan yang lebih banyak pada masa akan datang.
3. Bandingkan prestasi dana
Perbandingan prestasi dana ini penting untuk jangka masa panjang. Jadi sebelum melabur bandingkan juga prestasi dana di antara dana-dana yang berada di dalam kategori sama.
Tetapi anda perlu, bahawa prestasi terdahulu tidak menjamin prestasi akan datang. Jadi semua keputusan berada di tangan anda bagi memastikan dana unit amanah yang anda laburkan akan memberi pulangan yang lumayan.
4. Melabur dengan platform patuh Syariah
Jika anda seorang pelabur yang beragama Islam, anda perlu pstikan dana yang mahu dilaburkan itu patuh syariah. Ini bagi memastikan pulangan daripada pelaburan tersebut adalah halal.
Elak daripada melabur ke dalam pelaburan dana konvensional yang mempunyai unsur-unsur riba, judi atau ketidakpastian. Biar pulangan diterima sedikit asalkan berkat, itu adalah lebih utama daripada mencari keuntungan yang tinggi tetapi melalui jalan yang tidak halal.
Kemana duit anda dilaburkan?
Majoriti dana Unit Trust dilaburkan dalam 3 jenis instrumen kewangan utama :
- Saham (Ekuiti)
- Bon / Sukuk
- Money Market
Didalam 3 jenis dana diatas, ada juga dana yang melibatkan ketiga-tiganya dalam suatu masa. Ini bertujuan untuk mengurangkan tahap risiko, inilah yang dinamakan risiko terkawal.
Bagaimana pelabur dapat keuntungan?
Salah satu keuntungan didalam menyertai Unit Trust adalah apabila saham yang dibeli diberikan Dividen. Maka anda pun terima pengagihan unit daripada saham tersebut.
Selain itu, keuntungan yang diperoleh adalah dari harga saham itu sendiri. Apabila harga saham naik & melebihi kos belian, maka anda boleh menjual saham milik anda untuk mendapatkan keuntungan.
TIPS!!!
Beli saham semasa harga murah, Jual saham semasa harga mahal
Macam mana nak beli unit amanah?
- Beli secara online
- Sertai melalui Ejen berdaftar
Cara paling mudah adalah melalui Ejen, ini kerana ejen berdaftar dapat membantu anda dalam memilih dana yang dapat memberikan keuntungan dan mengurangkan risiko kerugian. Anda dinasihatkan untuk tidak menilai tahap keuntungan sahaja, tetapi perlu menilai tahap risiko sesuatu dana itu juga.
Akhir sekali, jika anda berminat untuk melabur dengan apa cara sekalipun, anda perlu selidik dengan penuh teliti syarat-syarat yang ditetapkan. Jangan terlalu asyik melabur, sampai kita yang terpaksa menanggung kerugian kelak.
Tapi jika anda ingin dapatkan pulangan yang kurang risiko, apa kata anda cuba untuk menjadi sebahagian daripada kami. Kami sedia memberi peluang untuk anda mengasah bakat sebagai seorang usahawan pencetakan yang berjaya. Segala keperluan dan latihan kami akan bimbing sehingga anda mampu menjana pendapatan puluhan ribu! Sertai kami sekarang dan jom buat duit.