Nak berniaga tapi tak pasti nak niaga apa? Takpe, jangan terburu-buru buat keputusan. Anda perlu fikir masak-masak dan buat penyelidikan mengenai produk apa yang dah ada di pasaran. Yang terbaiknya memperkenalkan produk yang tak ramai saingan. Tapi, kalau anda masih nak ceburi bidang yang memang ramai pesaing tak salah. Pentingnya, perniagaan anda mempunyai perbezaan dan kelebihan lain yang dapat menandingi apatah lagi mendahului pesaing anda di pasaran. Contohnya, perniagaan printing baju.

Perniagaan ini memang ramai pesaing kerana permintaan untuknya tinggi. Tapi jika anda bijak menggunakan strategi pemasaran dan menyediakan kualiti cetakan t-shirt yang bagus, ini tidak akan menjadi masalah dan anda boleh menempa nama dalam bidang printing baju t-shirt. Jika anda nak tahu manfaat menjalankan perniagaan printing baju, anda tak perlu pergi mana-mana sebab kami dah senaraikan untuk anda siap-siap. Apa yang anda kena buat hanya baca je.

1. Permintaan Tinggi

Macam apa yang kami cakap tadi, permintaan untuk t-shirt bercetak memang tinggi. Tapi kalau anda nak cuba masuk market yang kurang sesak sikit tapi mempunyai pulangan yang lumayan, kami cadangkan perniagaan printing baju t-shirt custom. Sama macam perniagaan printing baju t-shirt biasa, permintaan untuknya tinggi. Dan mengikut statistik pasaran, pasaran global untuknya dijangka mencecah RM41 bil menjelang 2025.   

2. Berpotensi Besar

Manfaat yang kedua ni berkait rapat dengan perkara yang pertama. Disebabkan terdapat permintaan yang tinggi untuknya, ia mempunyai potensi yang besar untuk mengaut keuntungan. Tambahan lagi, di Asia Tenggara perniagaan printing baju t-shirt custom masih belum berkembang luas. Jadi, potensinya untuk menjadi peluang perniagaan yang berjaya dan menguntungkan untuk anda memang tinggi.

3. Disukai Pelanggan

Cuba tanya diri anda, kalau anda diberi pilihan di antara baju yang dah siap print dengan baju yang anda boleh pilih designnya sendiri, yang mana satu anda nak? Di sini takde jawapan salah sebab dua-dua pilihan betul. Melalui perniagaan printing baju t-shirt, anda dapat buat kedua-duanya dengan mudah. Lagipun, siapa yang tak suka pakai t-shirt. Lagi-lagi t-shirt yang ada design lawa. Perniagaan printing baju ni memang akan ada pelanggan, jadi anda tak perlu risau pasal hal itu.

4. Peluang Pekerjaan

Pada zaman sekarang, nak cari kerja yang bagus tak sesenang mana. Walaupun anda mempunyai segulung ijazah, saingan untuk mendapatkan tempat kerja memang tinggi. Jadi, bagaimana? Takkan nak menganggur selamanya. Sementara menunggu peluang kerja yang baik, isilah masa lapang dengan menjalankan perniagaan seperti perniagaan printing baju t-shirt. Dengan ini, sekurang-kurangnya anda akan dapat menjana pendapatan. Mana tahu, mungkin perniagaan anda akan laris habis sampai ke tahap anda tak perlu bekerja untuk orang lain kerana andalah bos empayar sendiri.

5. Kos Rendah

Risau pasal kos? Ini memang kerisauan yang wajar. Apa-apa yang melibatkan wang memang satu kerisauan. Tapi, bagi perniagaan printing baju t-shirt, kos untuk memulakannya tak tinggi kerana anda tak perlu nak sewa bangunan seperti rumah kedai, gudang ataupun kilang. Anda hanya perlu ada mesin-mesin yang berkenaan je. Mesin-mesin ni pun boleh didapati pada harga yang mampu milik.

Di diyprintingsupply, kami siap menyediakan pakej-pakej perniagaan percetakan yang menarik untuk anda. Contohnya, kami ada sediakan pakej perniagaan printing baju dan cenderamata. Pakej ini menggabungkan dua jenis perniagaan yang pasti membuahkan hasil yang lumayan, jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk mulakan perniagaan printing anda sendiri.


 

 

Berminat nak mulakan bisnes sendiri?