Dalam melahirkan generasi Gen Z yang lebih berkaliber serta mengurangkan kadar pengangguran pada bakal graduasi. Pusat Keusahawan PRINTpreneur (PKuP) dengan kerjasama oleh DIYPrintingSupply.com telah bergiat aktif menjalinkan hubungan dua hala antara pihak industri dan institusi pendidikan.
Antara institut pendidikan yang telah terlibat sama adalah dari Politeknik Muadzam Shah, Pahang. Jalinan ini telah di pertemukan dengan penglibatan PKuP didalam sebuah program PRINTpreneur Talk Show. Berlangsung selama sehari pada 3 Febuari 2020, di Dewan Seri Gading, yang di hadiri seramai hampir 200 orang pelajar dari jurusan Media Cetak dan Seni Reka.

Aktiviti ini bertujuan bagi memberi pendedahan kepada para graduan mengenai apakah antara elemen baru dalam dunia percetakan. Samada dari teknologi percetakan yang di guna pakai kini, mahupun mengenai struktur kerjaya dalam industri percetakan.
Di kesempatan itu juga, kami telah di beri peluang untuk menyampaikan beberapa kata mutiara mengenai bagaimana sekiranya, konsep percetakan boleh menjadi pilihan dalam membina kerjaya. Adalah penting bagi mereka untuk mencari alternatif lain dalam sektor ini, bagi membuktikan industri percetakan sememangnya mampu berdaya saing dan mendapat tempat minat pada graduan baharu. Ucapan ini telah di sampaikan oleh Puan Alizah selaku pengarah program PKuP selama sejam.
Bagi membuktikan pihak DIYPrintingSupply.com amat memberi sokongan bahawa industri percetakan boleh di cipta walaupun dirumah. Kami telah mempamerkan beberapa mesin percetakan HEATranz yang sesuai untuk mereka yang hadir.
Seperti mesin heatpress HEATranz H3830 (kombo 8 dalam 1) dan beberapa mesin kecil yang lain seperti mesin pencetak Button Badge, mesin pencetak pelekat nama (TSC). Malah bukan itu sahaja, kami juga memberi sedikit pengenalan cara penggunaan mesin dan hasil beberapa percetakan samada dari HEATranz mahupun percetakan foto.


Antara percetakan HEATranz yang menjadi pilihan utama, sudah pasti adalah dalam percetakan baju. Pilihan rekaan baju yang menarik dan mudah dihasilkan, membuatkan orang yang hadir teruja dan percaya bahawa, peluang kerjaya boleh tercipta dari usaha sendiri.
Malah percetakan baju juga sepertinya tidak mati di telan dek zaman. Sentiasa punyai permintaan sepanjang masa.
Di dalam program bersama Politeknik Muadzam Shah ini. DIYPrintingSupply.com juga telah menunjukkan beberapa demo percetakan pelekat (sticker) dan button badge. Bagi membuktikan bahawa betapa mudah percetakan dapat dibuat.Malah ia juga antara perniagaan yang memerlukan modal rendah tetapi punyai keuntungan lumayan.
Pada akhir program ini, kami telah memberikan sekalung penghargaan kepada pihak Politeknik Muadzam Shah sebagai tanda ingatan, serta bergambar bersama-sama untuk dijadikan potret kenangan. Kami dari DIYPrintingSupply.com mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Politeknik Muadzam Shah kerana memberi peluang yang amat bermakna ini.
Dengan harapan hubungan antara industri percetakan dan institusi pendidikan dapat mencambahkan lagi pertumbuhan ekonomi yang pesat untuk negara mahupun tahap pendapatan bagi lepasan graduan.


