Akhir-akhir ini Beg Guna Semula semakin popular kegunaannya sebagai `Beg Groseri’ mahupun sebagai beg istimewa untuk tujuan promosi perniagaan. Hasil rekaan pada beg yang menonjol dan berbeza dari kebiasaan akan membantu tujuan pemasaran dan penjenamaan produk syarikat.Proses cetakan Tekan Haba atau `Heat transfer’ adalah salah satu teknologi yang digunakan oleh pengeluar Beg Guna Semula/ Beg Groseri untuk menghasilkan warna pada rekaan yang menyerlah , pelbagai dan realistik.
Jika kita mahu faham apa itu cetakan tekan haba. Cara yang mudah adalah untuk melihat contoh proses menggunakan seterika, yang mana bahan rekaan akan dipindahkan ke baju-t setelah digosok dengan seterika panas.Walaupun teknik yang hampir sama digunakan,untuk memastikan kualiti dan hasil yang berbeza, Kertas khas atau `heat transfer paper’ perlu digunakan untuk tujuan percetakan ini. Aplikasi teknik tekan haba pada kertas khas yang digunakan secara komersil ini , tidak akan luntur atau pudar warnanya, ianya juga tidak mudah hilang akibat goresan.Beg ini juga masih boleh dicuci seperti beg tanpa cetakan ataupun produk `silk-screened’.
Proses-prosesnya adalah :
* Rekaan dan ubahsuai imej /logo menggunakan aplikasi komputer yang bersesuaian.
* Cetakan imej rekaan pada kertas khas @ `heat transfer paper’.
* Pemotongan rekaan mengikut kesesuaian menggunakan Mesin Pemotong.
* Kemudiannya, rekaan yang telah siap akan dicetak pada beg mengunakan teknik tekan haba.
Selain dari teknik tekan haba ini, teknik yang digunakan untuk cetakan `Beg Groseri’ ini ialah teknik `Silk Screen’. Proses ini baik dari segi kos pengeluaran kerana harga materialnya yang lebih rendah walaubagaimanapun teknik cetakan ini agak remeh. Jika rekaannya lebih dari satu warna, teknik ini memerlukan pengasingan warna semasa cetakan,dimana setiap warna memerlukan skrin baru dan proses ini berulang mengikut warna pada rekaan tersebut. Oleh yang demikian jika satu beg itu ada lebih dari 3 warna maka dari segi kos ianya menjadi lebih mahal.
Kelebihan cetakan Tekan Haba :
* Warna pada rekaan dan warna latar pada beg adalah berasingan.
* Warna yang dicetak lebih terperinci dan kekal menarik.
* Teknik ini membolehkan beg dicetak dengan gambar foto yang mempunyai perincian warna yang tinggi, yang mana tidak boleh dilakukan dengan teknik `Silk Screen’. Selain dari itu, teknik ini membolehkan cetakan yang lebih jelas dari segi ‘gradients’ dan ‘shadow’ yang mana ini dapat menghasilkan gambar yang realistik dan kesan seperti 3D.
Start Your DIY Gift Printing Business TODAY!! |
||
Company Name | : | DIY Printing Supply Sdn. Bhd.(983005-H) |
Contact Number | : | 019.3232.740 / 019.3232.556 019.3232.930 / 019.3232.783 |
Website | : | www.DIYPrintingSupply.com |
: | enquiry@DIYPrintingSupply.com | |
: | www.facebook.com/diyprintingsupply | |
DIY FB Group | : | www.facebook.com/groups/diyprintingsupply/ |