Di Malaysia, kita ada banyak platform pelaburan. Seperti yang dikongsikan dalam artikel pelaburan sebelum ini seperti Wahed Invest, PMB Investment dan pelaburan emas, terdapat satu lagi platform yang terkenal iaitu Public Mutual Online (PMO).

Buat yang baru berjinak dalam dunia pelaburan ini, Public Mutual Berhad adalah syarikat yang bernaung di bawah Public Bank Berhad. Public Mutual ini menyediakan pelbagai fasiliti kewangan.

Fasiliti kewangan Public Mutual

Antara fasiliti yang disediakan oleh Public Mutual adalah;

  1. Unit Amanah
  2. Unit Amanah berteraskan Syariah
  3. Skim Pesaraan Peribadi
  4. Pelaburan KWSP
  5. Dana Public Mutual
Public Mutual Number one investment

Rancang pelaburan dengan Public Mutual Online

Apa yang menariknya lagi, Public Mutual memperkenalkan platform pelaburan dalam talian mereka sendiri iaitu Public Mutual Online (PMO). Haa apa yang istimewanya PMO ini dengan kaedah pelaburan lain?

Yang istimewanya adalah kini pelabur akan dapat memantau dan mengurus pelaburan secara dalam talian melalui PMO Korporat.

  1. Lakukan pelaburan dan penebusan tambahan pada bila-bila masa.
  2. Dapat menikmati akses pantas ke maklumat pelaburan.
  3. Nikmati akses terus ke e-penyata dan dana e-laporan.

Di PMO, terdapat banyak pasaran unit amanah yang aktif di seluruh dunia! Jika anda menjadi salah seorang pelabur, anda bukan sahaja dapat menikmati pulangan yang lumayan malah mampu mengenali mediam pelaburan yang disediakan.

Top 10 prestasi dana pelaburan PMO

  1. Public China Select Fund
  2. PB China Pacific Equity Fund
  3. PB Islamic Smallcap Fund
  4. Public Indonesia Select Fund
  5. Public Far-east telco & infrastructure fund
  6. Public China Ittikal Fund
  7. PB Indonesia Balanced Fund
  8. Public Far-east Select Fund
  9. Public Far-east Dividend Fund
  10. PB Asia Pacific Dividend Fund

Faedah melabur dalam unit amanah

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, PMO telah membuka pasaran pelaburan mereka ke seluruh dunia. Oleh itu, pastinya pelbagai manfaat yang bakal dinikmati oleh para pelabur.

Jadi, ini adalah 8 faedah melabur dengan unit amanah PMO;

  1. Pelaburan diuruskan secara profesional
  2. Hasil pelaburan yang kompetitif
  3. Kawalan risiko dan volatiliti yang berkesan
  4. Proses transaksi yang mudah
  5. Pelaburan yang fleksibel
  6. Dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
  7. Faedah kompaun
  8. Ketenangan dalam melabur
pelaburan public mutual online
kadar dividen public mutual

Cara buka akaun PMO

Mesti ramai yang dah mula berminat untuk melabur dengan Public Mutual kan? Kalau sebelum ni mesti pernah dengar tentang PMO ini tapi tak yakin untuk membuka akaun. Kali ini kami akan kongsikan 3 cara mudah untuk mula melabur dengan PMO.

  1. Secara dalam talian melalui Corporate Public Mutual Online
  2. Hubungi pihak konsultan yang sah
  3. Terus ke cawangan Public Bank terdekat

Mudah kan? Lepas ni boleh mula melabur dan tambah ilmu bagaimana untuk meningkatkan keuntungan.

Tapi selain nak dapatkan pendapatan sambingan dengan melabur, anda juga boleh mulakan perniagaan sendiri tau. Dengan cara apa? dengan cara berniaga barang cetakan. Ya betul. Kami sediakan segala alatan pencetakan dan latihan untuk menjadi usahawan yang berjaya. Sertai kami sekarang!

 

 

Berminat nak mulakan bisnes sendiri?