Pelanggan akan sentiasa mencari t-shirt berkualiti yang boleh didapati pada harga yang berpatutan. Elemen penting yang diambil kira adalah kualiti pakaian dan secara spesifikasinya, ia harus mempunyai hasil-hasil percetakan yang sempurna di atasnya. Ramai juga yang tidak mengambil kira elemen ini dan akan membeli pakaian yang mempunyai kualiti percetakan yang sangat rendah.
Berlainan pula pada masa kini, dimana tiada lagi mereka- mereka yang mahu memakai baju yang mempunyai kualiti percetakan yang buruk. Dengan itu, anda harus mempunyai beberapa pengetahuan teknikal untuk memilih pakaian berkualiti lebih baik daripada pengeluar untuk perniagaan anda demi untuk mendapatkan t-shirt yang berkualiti untuk memberi kepuasan kepada pelanggan anda.
Proses Percetakan “silk screen” adalah dengan memotong stensil berbentuk teks atau motif pada skrin dengan menggunakan bingkai kayu atau logam dan warna akan memenuhi ruang kosong pada stensil. Proses pewarnaan stensil dilakukan oleh roller yang berfungsi sebagai pemindah warna pada ruang kosong di stensil. Ia adalah satu proses biasa yang digunakan untuk percetakan t-shirt secara besar-besaran.
Percetakan secara lansung atau DTG juga adalah salah satu proses percetakan t-shirt. Proses ini dilakukan oleh mesin percetakan yang yang canggih dan merupakan satu kaedah yang kompeten untuk mencipta imej-imej berkualiti tinggi pada fabrik. Ia membolehkan pencetak untuk membuat perubahan yang lebih baik dalam warna-warna dan boleh mencetak dalam kuantiti yang banyak.
Kaedah pemindahan haba adalah satu lagi proses percetakan yang popular, di mana kertas khas digunakan dan imej dicetak diatasnya kemudian melalui satu proses yang mana imej ditekan pada fabrik di bawah haba. Ia adalah cara terpantas untuk menyediakan sesuatu t-shirt dengan kualiti yang amat memuaskan. Pengetahuan tentang pelbagai kaedah percetakan adalah berguna dalam menentukan kualiti dan harga t-shirt yang sesuai dan dengan itu anda boleh merancang seluruh projek percetakan t-shirt anda.
Tunggu apa lagi? Hubungi kami sekarang!
Jana Pendapatan Anda melalui Perniagaan Percetakan
Hubungi kami sekarang untuk keterangan lanjut!!!
Nama Syarikat | : | DIY Printing Supply Sdn. Bhd.(983005-H) |
Nombor yg Boleh Dihubungi | : | 019.3232.740 / 019.3232.556 019.3232.930 / 019.3232.783 |
Website | : | www.DIYPrintingSupply.com |
Emel | : | enquiry@DIYPrintingSupply.com |
: | www.facebook.com/diyprintingsupply |