Jenama Ramley Burger sememangnya sudah tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat kita. Sebut sahaja Ramly Burger semua pasti tahu ianya adalah pengeluar produk makanan tempatan yang popular dan telah membantu ramai pengusaha untuk memulakan perniagaan menjual burger.

Tetapi kejayaan pada hari ini tidaklah semudah yang disangka, banyak dugaan dan halangan yang ditempuh untuk terus maju sehingga kekal pada hari ini.

Jadi, perkongsian pada kali ini kita akan sama-sama menyelusuri kisah jatuh bangun Ramly Burger yang mungkin akan memberi kita inspirasi.

kiosk ramly burger

Modal permulaan hanya RM2000

Ramly Food Processing Sdn. Bhd atau lebih dikenali Perusahaan Burger Ramly Mokni Sdn. Bhd telah ditubuhkan pada 1984 oleh pasangan suami isteri Dato’ Dr. Haji Ramly Mokni dan Datin Hajjah Shala Siah Abdul Manap.

Idea untuk memulakan perniagaan ini ketika Haji Ramly bekerja sebagai pemotong daging di sebuah pasaraya pada awal tahun 70-an. Pada ketika itu beliau menyedari bahawa produk sejuk beku yang dipasarkan diragui status halal haramnya . Oleh itu, beliau mengambil peluang keemasan ini untuk menghasilkan produk sejuk beku yang halal dan menepati permintaan umat Islam di Malaysia. Sehinggi kini konsep ‘Halalan Toyyiban’ masih dikekalkan pada produk keluaran Ramly Burger.

Pengusaha Ramly Burger

Sebelum mereka berjaya membuka syarikat sendiri, pada 1980, beliau dan isteri mempertaruhkan modal sebanyak RM2000 untuk menghasilkan kepingan daging burger sendiri. Tanpa sebarang alatan dan mesin, mereka meneruskan usaha dan kemudiannya membuka gerai di Kampung Baru, Chow Kit, Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Raja Laut.

Cubaan pertama mereka adalah dengan menjual daging burger mentah dan yang sudah siap dimasak. Pada awalnya hasil jualan mereka kurang mendapat sambutan. Namun berkat usaha dan kesabaran, jualan mereka meningkat dari 200 keping kepada 2000 keping sehari.

Kilang Ramly Burger

“Didakwa pernah ada DNA babi dalam produk”

Hampir 4 dekad berada di dalam pasaran, semestinya pelbagai cabaran yang telah dihadapi. Antara yang memberi kesan mendalam adalah apabila produk Ramly Burger didakwa mengandungi DNA babi di dalam yang heboh diperkatakan suatu ketika dahulu.

Isu ini terjadi apabila telah tersebarnya salinan surat dari Jabatan Kesihatan Negeri Kedah yang mendakwa telah menemui DNA babi hasil kajian terhadap satu sampel produk Ramly Burger di daerah Yan. Namun pihak Haji Ramly menolak sekeras-kerasnya tuduhan tersebut. Malah pihak mereka menjaga kualiti produk dan memastikan proses penghasilannya halal dari setiap aspek.

Kenyataan Media isu DNA babi

Beliau juga menegaskan bahawa bukan sahaja produk mereka yang dititikberatkan soal halal. Mereka juga menerima tuduhan yang mengatakan kononnya syarikat mereka telah dialihkan kepada syarikat bukan bumiputera. Namun, mereka menepis dakwaan tersebut dan Haji Ramly turut memberitahu yang syarikatnya 100% dimiliki oleh keluarga beliau yang beragama  Islam dengan hampir 1, 000 kakitangan yang kesemuanya juga beragama Islam.

Berjaya kembangkan syarikat

Walaupun dihujani pelbagai spekulasi, jenama Ramly Burger masih mampu bertahan sehingga hari ini. Apa yang membanggakan lagi adalah dalam tempoh 36 tahun ini, terdapat 10 anak syarikat telah berjaya ditubuhkan. Wow! dalam tak sedar dah ada sepuluh anak syarikat. Kita mungkin tahu daging burger je kan.

10 anak syarikat di bawah Perusahaan Burger Ramly Mokni Sdn Bhd;

  • Ramly Food Industries Sdn. Bhd
  • Ramly Food Processing Sdn. Bhd
  • Ramly Food Marketing Sdn. Bhd
  • Ramly Food Services Sdn. Bhd
  • Ramly Halal Logistic Sdn. Bhd
  • Ramly Halal Mart Sdn. Bhd
  • Ramly Project Management Sdn. Bhd
  • Ramly Poultry Integrated Sdn. Bhd
  • Ramly Halal Kiosk Sdn. Bhd
  • Ramly Mokni Holding Sdn. Bhd
Kilang Ramly Burger

Itulah dia serba sedikit cabaran dan kejayaan yang dihadapi oleh Haji Ramly dalam membina perniagaan.

Ingat! Kejayaan tidak akan datang bergolek. Menjadi seorang usahawan sememangnya banyak dugaan yang perlu dihadapi. Namun, apa yang pasti jika ada usaha, pasti pulangannya lumayan.

Jadi kita anda berminat untuk memulakan perniagaan sendiri seperti Haji Ramly, kami sedia untuk mempersiapkan anda untuk mejadi seorang usahawan yang berjaya dalam bidang pencetakan. Segala alatan, kelengkapan mencetak dan latihan keusahawanan juga turut disediakan. Tunggu apa lagi marilah sertai kami!

 

 

Berminat nak mulakan bisnes sendiri?