“Banyak kali dah cuba nak berniaga tapi tak berhasil pun.” Kehidupan di kala norma baharu ini memang sukar. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang telah hilang punca pendapatan. Siang malam berfikir macam mana nak tambah pendapatan keluarga. Mungkin jalan penyelesaiannya adalah dengan berniaga. “Tapi nak jual apa?” Okay kami ada satu idea yang anda boleh cuba. Apa kata kita jual DONUT! Mari kami kongsikan untuk anda resepi donut yang lembut dan gebu.
Untuk resepi kali ini, kita akan gunakan satu bahan rahsia untuk jadikan donut ini lagi istimewa. Nak tahu apa bahannya? Jeng jeng jeng! yang menjadikan donut kita ni lebih lembut, bahan rahsianya adalah kentang.
Resepi ini sudah semestinnya sesuai untuk dinikmati bersama keluarga dan dijual sebab donut ni kalau frozen pun boleh tahan lama.
Okay jom kita sediakan bahan-bahan yang diperlukan terlebih dahulu.
Bahan-bahan membuat donut
- 1 biji kentang (anggaran 100g)
- 2 cawan /250g tepung gandum atau tepung roti
- 1½ sudu besar gula kastor
- ½ sudu kecil garam
- 1½ yis segera
- 2 sudu besar susu tepung
- 1½ sudu besar majerin
- 1 biji telur
- 80ml air sejuk dari peti ais (masuk sikit demi sedikit)
- minyak masak
- gula kastor
Mudah kan bahannya? Boleh dikatakan semua bahan telah tersedia di dapur rumah kita. Untuk bahan-bahan di atas ni, anda boleh dapat sehingga 12 biji donut. Jadi, anda boleh gandakan bahan mengikut jumlah yang anda inginkan.
Okay sekarang kita teruskan dengan cara penyediaan. Dah lapar ni!
Cara penyediaan donut
Pertama sekali, ambil kentang dan potong kepada dua. Kemudian, rebus dengan air sampai empuk dan toskan kentang sehingga sejuk. Kupas kulit kentang dan lenyek sehingga halus sekata dengan menggunakan garfu.
Seterusnya, dalam mangkuk adunan, campurkan bahan kering seperti tepung gandum, susu tepung, gula putih, garam, yis, dan magerin. Pukul sebiji telur dan campurkan ke dalam adunan tadi.
Kemudian, masukan air sejuk dari peti ais sedikit demi sedikit dan gaul sehingga adunan sebati. Jangan lupa masukkan juga kentang yang telah dilenyekkan tadi dan uli sehingga adunan tidak melekat.
Sapu sedikit minyak dalam bekas adunan kemudian letak doh dan tutup dengan plastik clingwrap, perap sampailah doh naik dua kali ganda.
Bila doh dan kembang, bulatkan doh dan bahagikan kepada 12 bahagian. Satu ketul donut anggaran 35g hingga 40g. Kemudian biarka doh naik kembang sikit, dalam lingkungan 10-15 minit.
Tiba masa untuk kita goreng donut!
Panaskan minyak dan goreng donut yang telah dibentukkan tadi. Gunakan api yang sederhana dan sentiasa pantau donut. Bila bahagian bawah keperangan, boleh terbalikkan dan goreng sehingga masak.
Bagi mereka yang ingin simpan atau jual donut ini secara frozen, cukup sekadar goreng sehingga kekuningan dan sedia untuk dibungkus!
Langkah terakhir adalah gaul dengan gula kastor semasa donut masih suam supaya mudah untuk gula melekat pada donut. Dah siap! sedia untuk dihidangkan. Makan dengan teh o panas mesti layan.
Respi donut special ni hasil air tangan Che Nom tau. Memang banyak resepi-resepi dia yang best. Untuk video penuh boleh tonton di sini.
Mulakan perniagaan anda sekarang!
Mudah je kan nak buat. Modal pun tak besar. Sesuai kalau nak mula berniaga secara kecil-kecilan.
Tapi kalau anda nak cuba berniaga lain dari yang lain contohnya macam button badge atau tote bag pun boleh juga tau.
Ada yang berminat tak? Kalau berminat kami sedia untuk membantu anda. Inilah masanya untuk anda menceburi bidang percetakan dan menjadi usahawan berjaya.
Jangan risau, kami akan sediakan latihan dan bimbingan untuk anda buat duit dengan kami. Inilah masanya untuk anda keluar dari belenggu memikirkan tentang soal pendapatan. Ayuh mulakan pernigaan anda dengan kami.