Sebut sahaja tentang kek batik pastinya semua akan teruja. Kalau dihidangkan di majlis keramaian memang kek inilah yang habis dulu. Tetapi sejak dunia semakin maju, kek batik pun dah upgrade tau. Sekarang ini tengah viral dan ramai yang mencari resepi kek batik indulgance. Fuh dengar pun dah berselera.

Jadi, kali ini kami nak berkongsi pula dengan anda resepi kek batik indulgance istimewa dari chef selebriti terkenal. Siapa lagi kalau bukan Che Nom.

Untuk sesiapa yang tak tahu, kelainan kek batik indulgance dengan kek batik biasa adalah lapisan cream cheese dan coklat ganache yang membuatkan kek batik ini lebih special dan sedap!

Resepi ni untuk yang baru nak mula belajar pun boleh buat. Memang simple dan mudah. Okay jom kita kenal dengan bahan-bahannya terlebih dahulu.

Bahan-bahan kek batik indulgence

Bahan untuk kek batik

  • 2 pack /540g biskut marie
  • 250g mentega
  • 1/2 tin /200g susu pekat manis
  • 1 cawan serbuk Milo
  • 3/4 cawan /180ml susu full cream
  • 1/2 cawan /50g serbuk koko
  • 1/4 sudu kecil garam *for unsalted butter
  • 1 sudu kecul esen vanilla

Bahan untuk lapisan cheese

  • 250 g krim keju
  • 3 sudu besar /50g gula kastor
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • 3/4 sudu besar serbuk gelatin
  • 3 sudu besar air panas
  • 200 ml krim putar tenusu

Bahan untuk coklat ganache

  • 300g coklat masakan gelap
  • 250g krim putar tenusu
  • 1 sudu besar butter
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara penyediaan kek batik indulgance

Cara-cara untuk kek batik

Pertama sekali, sediakan loyang bersaiz 9×9 inci. Alaskan dengan kertas kalis air atau lebih dikenali dengan parchment paper.

Patahkan biskut marie kepada saiz yang lebih kecil. Kemudian, panaskan butter sehingga cair dan masukkan susu pekat manis, serbuk milo, susu full cream dan serbuk koko. Kacau sampai sebati dan tidak berketul. Lepas itu boleh masukkan pula vanilla.

adunan kek batik

Bila semuanya sebati dan adunan mula pekat, tutup api dan tuangkan biskut marie tadi sedikit demi sedikit. Gaul sehingga adunan dan biskut sebati. Tuangkan ke dalam loyang. Jangan lupa ratakan dan tekan kek supaya sekata dan padat. Kemudian simpan di dalam peti sejuk sementara menyediakan bahan seterusnya.

padatkan kek batik

Cara-cara untuk lapisan cheese

Bagi memastikan cheese tidak cair semasa dihidang, kita akan letak sedikit gelatin. Apa yang perlu kita buat adalah bancuh gelatin dengan sedikit air panas dan kacau sehingga larut.

Masukkan pula cream cheese dalam mangkuk adunan dan kacau sebati bersama gula kastor, esen vanilla, susu pekat dan cecair gelatin. Kacau sehingga sebati.

cream cheese

Dalam mangkuk yang berasingan, pukul whipping cream sehingga ketal dan campur ke dalam adunan cheese.

Sekarang, boleh lah kita keluarkan semula kek batik yang telah disejukkan tadi. Tuangan adunan cheese, ratakan dan simpan semula ke dalam peti sejuk.

cheese kek batik

Cara-cara untuk coklat ganache

Dengan menunggunakan teknik ‘double boiling’, masukkan coklat dan whipping cream ke dalam mangkuk adunan. Kacau sehingga suam dan larut.

Kemudian masukkan pula butter dan vanilla. Bila semua dah cair dan sekata, boleh angkat nak biarkan suam sedikit.

coklat ganache

Keluarkan semula kek batik dari peti ais dan tuang coklat ganache dengan sekata. Simpan semula dalam peti sejuk semalaman. Esoknya boleh dihidang dan dinikmati bersama keluarga!

kek batik indulgance

Untuk video penuh boleh tonton di sini.

Senang je kan nak buat. Tak perlu guna oven, bahan pun tak mahal sangat. Resepi ni pun sesuai sangat untuk sesiapa yang mula nak berniaga kecil-kecilan.

Maklum lah, waktu pandemik Covid-19 ni memang ramai yang terjejas pendapatan. Dengan berniaga secara kecil-kecilan lah dapat menanggung serba sedikit.

Tetapi kalau anda nak mulakan perniagaan sendiri dalam bidang percetakan pun boleh tau. Yang pastinya dapat memberi peluang untuk anda jana pendapatan sendiri. Kalau nak tahu, semua alatan percetakan dan latihan keusahawanan juga akan kami sediaan. Mari sertai kami sekarang!

 

 

Berminat nak mulakan bisnes sendiri?