Menu dan resepi nasi ayam sememangnya tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat kita kan. Tidak kira sama ada masak sendiri di rumah atau pesan di restoran, nasi ayam pasti menjadi salah satu menu utama untuk dinikmati bersama keluarga tercinta.
Kalau tanya tentang resepi nasi ayam ni, pastinya para ibu ada resepi rahsia masing-masing. Tapi yang paling penting air tangan ibu memang sedap betul tak? masaklah apa sahaja memang suami dan anak-anak makan sampai jilat jari.
Tapi kadang-kadang nak juga cuba resepi baru kan. Mana tahu boleh tukar selera dan improve resepi sedia ada. Jadi untuk perkongsian kali ini kami baik hati nak kongsikan satu resepi nasi ayam bakar madu. Dengar pun dah boleh agak sedap.
Untuk resepi kali ini, ia merupakan hasil air tangan tukang masak selebriti yang sedang viral iaitu pasangan Sugu Pavithra. Siapa yang pernah cuba resepi mereka yang sebelum ini pasti tahu macam mana rasanya. Memang terangkat weh! Jom kita sama-sama lihat kelainan resepi mereka ini.
Resipi Nasi Ayam Bakar Madu
Bahan-bahan
1. Untuk sup dan rebusan ayam
- 1 inci halia
- 1/2 biji bawang besar (dihiris)
- 2 ulas bawang putih (diketuk)
- 1 kiub ayam
- 1/4 ayam
2. Untuk perapan ayam
Selepas ayam direbus, perap ayam dengan;
- 3 sudu besar madu
- 2 sudu besar sos tiram
- 3 sudu besar kicap manis
- 1 sudu kecil minyak bijan
3. Untuk nasi ayam
- 2 cawan beras – basuh dan toskan
- Gunakan kulit ayam untuk jadikan nasi lebih sedap dan berlemak
- 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
- 2 ulas bawang kecil (ditumbuk)
- 1 ini halia (ditumbuk)
4. Sos cili
Semua bahan perlu dikisar;
- 3 biji lada merah besar
- 2 ulas bawang putih
- 1 sudu besar gula
- 100ml kuah sup ayam
- 1/2 sudu besar jus limau
- 1 sudu besar sos cili
- Secubit garam
Gunakan kicap lebihan perapan ayam dan masak atas api. Tambah sedikit kicap & kuah sup, masak sehingga sos kicap pekat
Langkah-langkah penyediaan
Untuk resepi nasi ayam ni simple je kan bahannya. Boleh dikatakan semua bahan ada je dekat dapur rumah kita. Jadi lepas kita dah sediakan semua bahan yang diperlukan, jom kita mula memasak!
1. Cara buat sup & rebusan ayam
Letak air dalam periuk kira-kira 1 liter air. Kemudian masukkan semua bahan rebusan tadi. Masukkan pula ayam dan rebus. Ayam tak perlu rebus lama, cukup sekadar didihan pertama sahaja. Angkat ayam & toskan. Sup dah masak tutup api.
2. Cara buat perapan ayam
Campur semua bahan perapan ayam bagi semua sebati. Tak perlu lagi untuk letakkan garam sebab sos tiram dah masin. Tapi boleh adjust ikut selera jika nak tambah garam atau gula.
Perap dalam 2 ke 3 jam. Perap 1 jam pun boleh. Tapi kalau lagi lama perap lagi sedap dan ayam bila dibakar bertambah lembut isinya.
3. Cara masak nasi ayam
Panaskan kuali terlebih dahulu. Kemudian letak 2 sudu besar marjerin dan letak bahan tumbuk tadi. Tumis sampai keperangan, kemudian masukkan pula lemak dan kulit ayam tadi.
Tumis lagi sehingga lemak-lemak tu cair. Lepas tu masukkan beras yang dah cuci tadi. Kacau rata bagi beras masak seketika. Waktu ni memang satu dapur semerbak baunya, sampai rumah sebelah pun boleh bau tau!
Kemudian masukkan beras yang sudah ditumis tadi dalam rice cooker. Tambah 1 kiub ayam. Masukkan pula kuah sup dalam kuantiti 2 cawan setengah. Boleh juga gunakan 1 cawan sup dan 1 cawan air kalau sup tak banyak. Biarkan dalam rice cooker sampailah masak.
4. Cara bakar ayam madu
Untuk bakar ayam madu ni, oven perlu dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 200°c. Kita tunggu lah dalam 15 minit untuk bagi oven panas dahulu.
Susun ayam dalam loyang yang sesuai. Pastikan ayam tidak bertindih dan ada jarak supaya lebih cepat masak. Bila oven sudah panas, bakar ayam selama 20 hingga 25 minit atau sehingga masak. Pastikan ayam tidak terlebih masak, kalau tak nanti ayam jadi kenyal. Tak sedap nak makan.
Untuk lebihan kicap perapan jangan buang dulu! Bila dah masak nanti boleh lumur sedikit kicap tersebut pada ayam dan bakar semula dalam 3 hingga 5 minit. Lagi sedap nanti tau.
5. Cara buat sos cili dan kicap
Semua bahan yang dikisar masakkan atas dapur api yang kecil. Masak sampai pekat ikut citarasa sendiri. Yang penting kena selalu kacau. Jangan tinggalkan atas dapur lama-lama.
Untuk kicap pula, gunakan bahan lebihan perapan ayam dan masak atas api. Tambah sedikit kicap & kuah sup, masak sehingga sos kicap pekat.
NASI AYAM BAKAR MADU DAH SIAP!
Dah siap semua boleh laa dihidang. Untuk sihatkan lagi nasi ayam kita ni, sedikan sayur-sayur segar seperti salad, timun dan tomato. Cuci bersih-bersih dan potong mengikut cara anda sendiri.
Mudah kan? Tak payah pening-pening kepala nak guna bahan yang susah-susah. Yang penting sedap, selamat dan enak dinikmati bersama keluarga. Jadi boleh laa cuba resepi nasi ayam ni ya!
Kalau resepi nasi ayam ni sedap boleh laa buat berniaga lepas ni. Mesti laku sampai tak memang tangan nak masak.
Tapi kalau nak cuba meniaga sesuatu yang lain dari yang lain pun boleh tau. Apa kata anda mulakan perniagaan sendiri dengan menceburi bidang percetakan. Ya! kini dengan pelbagai pakej alatan pencetakan dan latihan keusahwanan. Anda boleh buat duit dan asah bakat kreativiti anda. Tunggu apa lagi, jom sertai kami!