Untuk perkongsian kali ini rasa macam nak kongsi dengan ada resepi rendang ayam istimewa ni. Kenapa istimewa? Sebab resepi rendang ayam ni turun temurun tau dari nenda kepada chef ternama Malaysia, siapa lagi kalau bukan Chef Wan!

Rendang ayam ni memang dah jadi menu wajib bila tiba hari raya. Kalau takde rendang rasa tak lengkap hari raya kita kan? Rendang ayam ni jarang dijadikan juadah harian sebab waktu memasaknya yang lama. Maklumlah sekarang ibu pun dah bekerja. Kalau nak masak rendang pun mungking hujung minggu sahaja.

Jadi kali ini kami nak kongsi satu resepi rendang ayam istimewa air tangan dari Chef Wan. Bahannya mudah dan nak masak pun senang je tau. Okay mari kita mulakan.

chef wan masak rendang

Bahan-bahan rendang ayam:

Bahan dikisar halus

  • 8 biji bawang merah kecil
  • 1 biji bawang merah besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 3 batang serai
  • 2 inci halia
  • 3 inci lengkuas
  • 2 ketul kunyit hidup
  • 4 Cili merah
  • 4 cili padi
  • 3 biji buah keras

Bahan-bahan lain

  • 1 ekor ayam, potong kecil
  • 1 mangkuk kecil cili kisar
  • 4 helai daun limau purut
  • 1 1/2 biji perahan pati santan
  • 4 sudu besar kerisik
  • 2-3 keping asam gelugur
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Hirisan halus daun kunyit
bahan rendang ayam

Cara memasak rendang ayam:

Pertama sekali panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Sebaiknya lebihkan sedikit minyak untuk pastikan bahan tumisan masak dengan sekata.

Bila bahan tumisan dah pecah minyak dan naik bau, masukkan pula cili kisar dan daun limau purut yang dicarikkan. Masakkan lagi untuk beberapa minit sehingga warna berubah menjadi sedikit gelap.

resepi rendang ayam

Kemudian tiba masa untuk masukkan ayam. Untuk ayam boleh juga nak gunakan ayam pencen. Kalau masak rendang kan kita akan hangatkan beberapa kali. Jadi kalau guna ayam pencen, ayam tak mudah hancur.

Seterusnya selepas ayam mula kecut, masukkan santan, asam gelugur dan kerisik. Renehkan sehingga kuah pekat. Pastikan sentiasa kacau tau, barulah rendang kita masak sekata.

Ayam rendang

Akhir sekali kita perasakan rendang kita dengan gula dan garam. Untuk bagi lagi wangi dan cantik, taburkan hirisan daun kunyit. Dah siap!

Mudah je kan? pejam mata pun boleh buat. Lepas ni kalau anak-anak teringin nak makan rendang ke boleh terus siapkan bahan di dapur. Untuk resepi ini, dianggarkan dalam masa 1 jam dah boleh siap termasuk proses penyediaan bahan dan proses memasak.

ayam rendang chef wan

Kalau dah mahir buat rendang ni boleh buat berniaga. Jual sekali dengan pukul kuning ke kan, mesti dapat untung banyak sebab tak ramai tau yang jual rendang kalau bukan waktu perayaan ni.

Tapi kalau nak mula berniaga dalam bidang lain, apa kata mulakan perniagaan anda dalam bidang pencetakan. Modal rendah untuk berganda-ganda! Dengan tawaran alat percetakan secara ansuran dan latihan keusahawanan. Anda bakal menikmati pelbagai keistimewaan. Cepat sertai kami sekarang!

 

 

Berminat nak mulakan bisnes sendiri?