Bila kali terakhir anda masak roti jala? Bila fikir-fikir balik mesti dah lama sangat kan tak buat. Mungkin ada yang tak pernah buat langsung. Takpe, tahun baru azam baru apa kata kami kongsi resepi roti jala yang mudah dan lembut. Sesuai tau nak buat minum petang.

Kalau cakap tentang resepi roti jala ni memang banyak sangat. Tapi kali ini istimewa sebab kami nak kongsikan satu resepi daripada tukang masak selebriti yang ada channel dia sendiri di YouTube. Siapa lagi kalau bukan Che Nom! Di YouTube sahaja dia mempunyai lebih 900ribu subcribers tau.

Okay jom kita belajar step by step cara membuat roti jala dan kari ayam istimewa ini.

Bahan-bahan untuk roti jala dan kari ayam

Roti Jala

  • 3 cawan tepung gandum
  • 3½ cawan santan cair
  • 1 biji telur
  • 3 sudu besar penuh majerin atau ¼ cawan majerin cair
  • 1 sudu kecil garam
  • ¾ sudu kecil serbuk kunyit

Kari Ayam

Bahan ditumbuk halus

  • 4 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 2 inci halia

Rempah 4 sekawan

  • 1 batang kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga cengkih

Bahan-bahan lain

  • ½ cawan minyak masak
  • 1 tangkai daun kari
  • 3 sudu besar rempah kari daging
  • 1 sudu besar serbuk cili sedikit air
  • ½ – 1 ekor ayam saiz sederhana
  • ½ – 1 batang lobak merah
  • 2-3 cawan santan cair
  • 2 biji kentang
  • 2-3 sudu besar jus asam jawa
  • 1 cawan santan pekat
  • 2-3 sudu besar kerisik garam secukup rasa

Cara masak roti jala

Nak buat roti jala ni senang je. Baik pertama sekali campurkan semua bahan ke dalam blender dan blend sehingga sebati. Sebaiknya letak dahulu santan dan diselang seli dengan tepung supaya adunan tidak melekat atau berketul semasa di blend.

adunan roti jala

Selepas sebati, tapis adunan berkenaan terlebih dahulu. Kalau tiada tepung yang berketul tu maksudnya dah okay dan siap untuk dimasak. Untuk acuan pula boleh guna jenis botol ataupun jenis yang biasa. Janji dapat corak jala yang diinginkan.

tapis adunan roti jala

Tibalah masa untuk kita menjala! Panaskan kuali leper yang non-stick. Tapi kalau tiada guna mana-mana kuali leper pun boleh. Sapu sedikit minyak supaya roti jala akan nampak garing dan lagi cantik. Kemudian anda boleh mula mengirai roti jala mengikut kretiviti anda sendiri.

kirai roti jala

Selepas selesai mengirai, gulung roti jala dengan kemas dan susun untuk dihadangkan kemudian.

Cara masak kari ayam

Untuk kuah roti jala, biasanya ada yang makan dengan kari ayam. Tapi ada juga yang cicah dengan serawa durian kalau nak manis. Dua-dua sedap tapi untuk resepi kali ni kita masak kari ayam special!

Pertama sekali, panaskan minyak di dalam kuali yang saiznya sederhana besar. Kemudian, tumis bahan tumbuk sehingga garing. Masukkan pula rempah empat sekawan, daun kari dan bancuhan rempah kari dan serbuk cili. Tumiskan sehingga sebati dan pecah minyak.

kari ayam

Masukkan ayam ke dalam tumisan rempah gaul sebati. Seterusnya masukkan pula lobak merah dan biarkan mereneh seketika. Lepas tu boleh laa masukkan pula air asam jawa. Tapi jangan masuk sekali gus, letak sikit-sikit. Kemudian letakkan kenting dan masak sehingga empuk.

Bila kentang dah agak empuk masukkan santan cari terlebih dahulu sebelum santan pekat. Biarkan mendidih untuk beberapa minit. Sekarang masanya untuk masukkan bahan rahsia iaitu kerisik. Bila kita letak kerisik ni kuah akan jadi wangi dan lebih pekat. Jangan lupa letak garam tau!

kari ayam

Okay kari ayam pun dah siap. Sedia untuk dihidang! Makan untuk sarapan ke minum petang memang sesuai. Kalau buat lebih tu boleh laa bagi jiran sikit. Yelah, roti jala ni bukan selalu kita buat. Kalau buat tu apa salahnya kongsi dengan jiran tetangga betul tak?

Kalau anda nak tonton video penuh boleh tonton di sini.

Dah penat memasak dekat dapur mesti kita duduk di ruang tamu rehat sambil tengok tv kan?

Apa kata dari duduk saja-saja tu kita buat side income dengan jadi peniaga barang printing. Nak tak? Kini peluang untuk anda mulakan perniagaan sendiri tak susah macam dulu. Kami sedia untuk bantu anda dalam segala aspek termasuk alatan percetakan dan latihan keusahawanan. Jadi tunggu apa lagi jom sertai kami sekarang!

 

 

Berminat nak mulakan bisnes sendiri?