Hidup seseorang manusia tidak akan pernah lari dari memikirkan tentang rezeki. Setiap hari kita berdoa agar dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Tidak kurangnya amalan harian yang kita lakukan untuk ‘menarik’ rezeki seperti bersedekah, berdoa dan berzikir.

Namun, sejauh manakah kita faham maksud rezeki?

Maksud Rezeki

Rezeki ditakrifkan sebagai sesuatu yang dianugerahkan oleh Allah kepada haiwan dan manusia. Kemudian, haiwan dan manusia dapat mengambil manfaat daripada pemberian Allah itu

Rezeki Allah ini juga bersifat sesuatu yang memberi kebaikan dan manfaat kepada diri kita dan orang lain. Contohnya jika kita diberi rezeki wang, tetapi jika kita tidak membelanjakan kepada jalan yang diredai oleh-Nya.

Para Ulamak juga ada mengatakan bahawa setiap orang itu telah ditetapkan rezeki mereka dan tidak akan ada orang lain yang akan mengambilnya.

Dari Ibnu Mas’ud Radiallahu’anhu berkata dalam sebuah hadith marfu’;

“Sesungguhnya Malaikat Jibril telah melontarkan dalam hatiku bahawa seseorang tidak akan mati sehingga disempurnakan rezeki baginya, maka bertaqwalah kepada Allah dan perelokkanlah dalam mencari rezeki. Dan janganlah di sebabkan lambatnya rezeki itu membawa salah seorang dari kamu mencarinya dengan jalan maksiat kepada Allah, sesungguhnya apa-apa yang ada di sisi Allah itu tidak diperolehi melainkan dengan cara mentaatinya.”

Maka, dalam bab rezeki ini, ketaatan dan kepercayaan yang tinggi kepada Allah SWT itu adalah kunci utama bagi setiap orang Mukmin untuk terus yakin dengan rezeki yang akan diberikan.

bersyukur dengan rezeki allah

“Rezeki akan cukup untuk memenuhi keperluan, bukan kehendak”

Setiap bulan pasti ada yang mengeluh mengenangkan duit gaji yang diperoleh hanya mampu membayar keperluan bulanan dan membeli barang dapur sahaja.

Tapi sedar atau tidak sebenarnya kita sudah dapat memenuhi keperluan asas bagi diri kita dan keluarga. Konsep ‘earn to spent’ itulah sehingga kini kita mampu untuk teruskan kehidupan.

Namun, tidak dinafikan bahawa semua orang ada kehendak masing-masing untuk membeli sesuatu yang mahal ataupun ingin melakukan sesuatu untuk release stress.

Jadinya, di sinilah ilmu tentang pengurusan kewangan perlu untuk anda kuasai. Jika pandai berbelanja dan menabung, pasti kehendak anda itu dapat direalisasikan.

8 rezeki yang telah dijamin Allah

Di dalam Al-Quran, Allah telah menyebut pintu-pintu rezeki yang telah ditetapkan oleh hamba-Nya. Jadi ini 8 jenis rezeki yang anda perlu tahu.

1. Rezeki yang telah ditetapkan

“Tidak ada satu makhluk melata pun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin ALLAH rezekinya.”
Surah Hud : 6

2. Rezeki kerana usaha

“Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya.”
Surah An-Najm : 39

3. Rezeki kerana bersyukur

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu.”
Surah Ibrahim : 7

4. Rezeki tidak terduga

“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.”
Surah At-Thalaq : 2-3

5. Rezeki kerana istighfar

“Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyakkan harta.”
Surah Nuh : 10-11

6. Rezeki kerana bernikah

“Dan nikahlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka ALLAH akan memberikan kecukupan kepada mereka dengan kurniaNya.”
Surah An-Nur : 32

7. Rezeki kerana anak

“Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.”
Surah Al-Israa’ : 31

8. Rezeki kerana bersedekah

“Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada ALLAH, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka Allah akan melipatgandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak.”
Surah Al-Baqarah : 245

“9/10 rezeki datang dari perniagaan”

Selain berkeja secara makan gaji, ada juga golongan yang mencari pendapatan dengan berniaga.

Hikmah berniaga ini juga telah disebut di dalam Al-Quran. Rasullullah SAW sepanjang hayatnya turut menjalankan perniagaan dan keluarga serta sahabat baginda SAW juga telah mengikuti jejak langkah untuk berniaga.

rezeki allah dalam berniaga

Berkenaan rezeki pula, terdapat dua hadith yang menyebut tentangnya;

  1. عَلَيْكُمْ بِالتِّجَارَةِ فَإِنَّ فِيْهَا تِسْعَةَ أَعْشَارِ الرِّزْقِ Maksudnya: “Hendaklah kamu berniaga kerana padanya 9 daripada 10 rezeki.”
  2. تِسْعَةُ أَعْشَارِ الرِّزْقِ فِي التِّجَارَةِ Maksudnya: “9 daripada 10 rezeki berada pada perniagaan.”

Walaupun berniaga ini pelbagai cabaran dan risiko yang perlu dihadapi, tetapi Allah telah menjamin setiap manusia akan mendapat rezeki masing-masing. Apa yang penting adalah usaha berteruskan untuk mencapai matlamat dalam perniagaan.

Sedikit nasihat buat mereka yang baru sahaja memulakan perniagaan sendiri, JANGAN MUDAH PUTUS ASA!

Setiap kejayaan pasti ada sukar dan duka yang dihadapi. Namun, jika anda berminat untuk memulakan perniagaan sendiri sebagai seorang pengusaha barang cetakan. Kami bukan sahaja menyediakan anda keperluan untuk memulakan perniagaan, tetapi kami juga memberi latihan keusahawanan untuk anda.

Mudah-mudahan dengan berkat doa dan usaha, kita akan bertambah rezeki. Ameen.

 

 

Berminat nak mulakan bisnes sendiri?