Mengapa anda melabur? Adakah saham di Malaysia ini menguntungkan? Apa platform pelaburan yang terbaik untuk anda?

Segala pertanya anda akan kami kongsikan dalam artikel kali ini. Jadi sebelum itu, buat anda yang baru sahaja ingin mengenali dunia pelaburan ini, anda perlu teruskan membaca perkongsian ini.

Apakah itu pelaburan?

Pelaburan adalah suatu kegiatan menanamkan modal atau wang melalui pembelian instrumen kewangan atau aset baik secara langsung mahupun tidak untuk kegunaan lanjut dengan harapan pemilik modal akan mendapatkan sejumlah keuntungan atau manfaat akan datang setelah sekian lama dalam bentuk bayaran faedah, pendapatan atau penambahan nilai instrumen.

Terdapat dua jenis pelabur iaitu:

  1. Pelabur jangka pendek
  2. Pelabur jangka panjang

Pertama, labur jangka pendek biasanya dipanggil peniaga saham. Peniaga saham memerhatikan pergerakan mikro di pasaran untuk meramalkan turunnya harga saham. Mereka kemudian membuat pesanan mengikut analisis mereka untuk mendapatkan keuntungan.

Pelabur jangka panjang mempunyai strategi lain untuk portfolio kewangan mereka. Pelabur ini cenderung membeli saham yang dianggap tidak dinilai dan menunggu harga saham meningkat. Strategi ini dikenali sebagai pelaburan nilai.

Untuk membeli saham, anda tidak boleh membuat keputusan secara terburu-buru, ada banyak perkara penting yang harus diteliti sebelum membeli saham terutamanya yang tersenarai di Bursa Malaysia.

graf saham malaysia

Bursa Malaysia

Dahulu lebih dikenali sebagai Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL), Bursa Malaysia diluluskan dibawah Seksyen 15 Akta Perkhidmatan Dan Pasaran Modal 2007 bagi syarikat pemegang urus niaga yang mengendalikan urusan jual beli saham. Ditubuhkan pada 1976 dan tersenarai pada tahun 2005. Salah satu Bursa terbesar di ASEAN.

Sebuah pasaran yang merangkumi semua dan menyediakan akses kepada produk dan perkhidmatan. Juga menghubungkan pasaran tempatan dan pasaran asing untuk membantu membuka peluang kepada mereka untuk mengembang kan atau melaburkan dengan berkesan. 

Kepelbagaian produk termasuk ekuiti, derivatif,luar pesisir (offshore), dan aset Islamik seperti ETF (Exchange Traded Funds), REIT (Real Estate Investment Trust) dan ETBS (Exchange Traded Bonds and Sukuk). 

Langkah-langkah Beli Saham Malaysia

1. Buka Akaun Pelaburan Saham Malaysia

Permulaan bagi jual beli saham adalah membuka akaun dengan syarikat broker yang dipilih oleh anda. Umumnya syarikat broker akan memberikan seorang remisier atau dealer yang akan berurusan dengan anda. Remisier bergerak secara bebas dan mempunyai perjanjian dengan broker, bayaran remisier ialah komisen manakala dealer pula ialah orang dari broker yang makan gaji bersama broker. 

Membuka akaun CDS dan trading akaun dahulu

Ada broker yang menawarkan saham secara Islamic dan Konvensional. Setiap broker mempunyai cara membuka akaun CDS tersendiri dan ada yang memerlukan anda untuk pergi ke cawangan terdekat contohnya Maybank Investment Bank.

  1. Lengkapkan borang pembukaan akaun dan kad tandatangan spesimen
  2. Untuk rakyat Malaysia harus sertakan dokumen yang diminta seperti salinan kad pengenalan yang disahkan, penyata bank dan lain-lain.
  3. Bagi warga asing pula anda perlu menyediakan dokumen salinan passport dan beberapa lagi dokumen
  4. Bayaran RM 10.00 untuk membuka akaun
  5. Tunggu pengesahan selama beberapa hari sebelum anda boleh mengakses ke dalam akaun trading

2. Cari Brooker Saham Malaysia Yang Boleh Dipercayai

Sebelum memulakan pelaburan saham, anda akan melakukan kajian portfolio ke atas broker-broker yang akan dipilih, selain itu anda boleh ke laman web Bursa Malaysia dan cari broker yang anda senang berurusan. Boleh buka lebih dari 1 akaun. Anda boleh membuka akaun dengan mana-mana broker dahulu dan boleh tukar broker lain sekiranya anda mahu.

Setelah anda membuka akaun CDS dengan broker saham pilihan anda, seterusnya adalah memilih remisier atau dealer representative sebagai agen pelaburan anda. Remisier yang berdaftar mesti melalui proses peperiksaan di bawah kelolaan Securities Commision.

3. Sediakan modal beli saham di Malaysia

Setelah mengkaji beberapa broker yang ada di Malaysia termasuk segala jenis kos transaksi, modal yang sesuai untuk permulaan adalah RM 5000 keatas kerana anda akan kerugian dari segi kos transaksi jika modal anda kurang daripada RM 5000. Apapun anda kena pastikan untung kasar anda lemebihi 3% daripada nilai saham yang dibeli.

Contohnya anda beli saham 100 unit pada harga RM 1000 dan jual semula pada harga RM 1.02, yuran broker ialah 0.10 atau minimum RM 12.00.

saham malaysia

4. Pilih saham yang sesuai dengan kemampuan

Disini ada 5 langkah mudah untuk memilih saham yang sesuai dengan portfolio pelaburan anda.

Pilih industri dan syarikat yang baik

Pastikan industri yang dipilih mempunyai prestasi yang baik dan rekod kewangan yang baik seperti Fast Moving Consumer Goods (FMCG).

Kaji Prestasi Kewangan Syarikat Yang Dipilih

Kaji prestasi kewangan syarikat tersebut dengan menilai penyata kewangan selama 5 tahun yang terkini, anda boleh menilai konsistensi perjalanan dan strategi syarikat tersebut. Selain itu pastikan syarikat yang anda pilih mempunyai strategi seiring dengan teknologi yang membangun pesat.

Kenal Pasti Risiko

Sebelum melakukan pelaburan dan memikirkan keuntungan, adalah lebih baik mengkaji berapa kesanggupan anda untuk menanggung kerugian. Lakukan kajian menyeluruh terhadap syarikat yang anda pilih seperti berapa lama beroperasi, kekuatan syarikat, dividen yang pernah dibayar dan jumlah untung rugi yang dijana.

Bandingkan Syarikat Saham di Malaysia

Lihat volume saham dan transaksi saham itu sendiri, adakah pengarahnya juga membeli sahamnya sendiri. Adakah prestasi syarikat itu lebih baik dari pesaingnya?

Tentukan Portfolio dan Jangka Masa Pelaburan Anda

Biasanya satu portfolio pelaburan saham memerlukan 5 tahun secara purata untuk mengurangkan risiko krisis ekonomi dan kejatuhan pasaran mendadak. Ambil tahu perkembangan semasa dan apakah peluang serta risiko di sebalik keadaan yang berlaku.

duit saham

Nampak macam banyak proses kan? Untuk melibatkan diri dalam dunia saham ini memang memerlukan kefahaman dan tunjuk ajar daripada seseorang yang lebih pakar. Kalau betul caranya memang banyak keuntungan yang kita boleh dapat.

Kalau anda berminat dengan cara lain untuk dapatkan ‘duit poket‘, apa kata anda cuba menjadi seorang usahawan dalam bidang percetakan. Bersama DIYPrinting Supply, anda boleh laburkan modal anda untuk menjual customize gifts. Dari mug, t-shirt, tote bag dan bermacam-macam lagi. Pelbagai pakej menarik kami sediakan untuk anda. Jika berminat hubungi team kami di sini. Selamat maju jaya!

 

 

Berminat nak mulakan bisnes sendiri?