Pelbagai jawapan akan kita temui setelah menggunakan mesin DTG. Namun pada yang baru saja berkira-kira untuk memilikinya, jom kita lihat apakah sebab utama anda perlu tahu kepentingan mesin DTG dalam percetakan baju.

 

Dari sudut peniaga, pastinya pada yang baru saja ingin mulakan dengan kos yang rendah, akan berfikir 10x untuk membeli mesin DTG. Namun, mungkin setelah anda ketahui sebab di bawah, ia akan memudahkan untuk buat keputusan:

 

laughing Mudah digunakan 
Tahukah anda percetakan baju amatlah mudah menggunakan mesin DTG, kerana ia tidak memerlukan kemahiran yang tinggi. Sebagai contoh, ilmu berkenaan reka bentuk mahupun  proses pembuatan yang banyak. Apa yang perlu anda tahu adalah langkah dari mesin DTG itu sendiri tanpa add-on.

Malah proses ini juga tidak menggunakan tenaga kerja yang ramai. Cukup sekadar seorang untuk pengendalian mesin. Amatlah mudah bukan? 

laughing Kos yang efektif
Walaupun pada asalnya pembelian untuk mesin DTG ini agaklah tinggi. Tapi percaya, untuk menghasilkan percetakan baju menggunakan mesin DTG ini, amatlah rendah. Tidak perlu ada bahan tambahan melainkan dakwat yang terdapat di dalam mesin DTG itu sendiri 

Malah, ia juga menjimatkan dari segi penyimpanan stok. Oleh kerana bahan yang amat ringkas dan mudah. Seperti apa yang perlu ada adalah hanya simpanan saiz baju. 

 

laughing Masa yang singkat
Proses pembuatan juga amatlah cepat. Hanya mengambil masa lebih kurang 3 minit sahaja untuk menyiapkan sesuatu design. Ini merupakan kelebihan yang amat menggembirakan hati pelanggan juga nanti. 

 

laughing Mudah di bawa kemana-mana
Saiznya yang mudah di  bawa kemana-mana. Kecil dan tidak terlalu berat. Sudah pasti memudahkan kita sebagai peniaga, membawanya ke acara majlis jika perlu. Mahupun jika mahu buat di rumah. Hanya ruangan kecil saja diperlukan.

 

Setelah kita mengetahui beberapa sebab mengapa mesin DTG menjadi pilihan peniaga. Kini kita ketahui pula sebab mengapa pembeli baju menyukai hasil dari mesin DTG. Antaranya adalah berikut:

 

wink Kualiti tahan lama
Kesan dari prosesnya yang menggunakan serapan dakwat pada fabrik. Ia menjadikan design lebih tahan lama dari percetakan lain. Hasil dari kajian beberapa pengguna sebelm ini menyatakan bahawa warna hasil cetakan ini tidak luntur walaupun cucian pertama.

 

wink Pelbagai design dapat dimiliki dengan harga yang berpatutan
Pelanggan dapat memiliki pelbagai rekabentuk corak atau gambar. Tiada kuantiti minimum untuk memenuhi permintaan pelanggan bagi sesuatu design. Seronok bukan?

 

wink Tidak perlu menunggu masa yang lama 
Berkait lagi dengan cara proses mesin DTG yang ringkas. Ini menyebabkan masa yang diperlukan juga cepat siap. Pelanggan amat teruja untuk melihat hasil cetakan serta merta. Apatah lagi jika ianya barang yang ingin diberi pada seseorang sebagai kenangan ketika saat akhir. 

 

wink Rekaan semasa
Permintaan pelanggan dapat dipenuhi mengikut kehendak mereka, dengan mengikut kesesuaian hasil mesin DTG. Pelbagai warna dan corak dapat dihasilkan.

 

Jadi anda sudah ketahui sebab-sebab pemilihan mesin DTG dalam percetakan baju? Apa tunggu lagi.

KLIK link ini untuk mendapatkannya >> Pakej Perniagaan Percetakan DTG

 

 

Berminat nak mulakan bisnes sendiri?