Heat-Transfer-VS-Screen-Prints1) Apa pendapat otai2 tentang fahaman saya bahawa kos untuk Silkscreen adalah lebih rendah tetapi memerlukan lebih banyak ruang untuk meja, effort untuk block, cat dan pelbagai perkakasan.

Tetapi jika guna kaedah ini pelanggan lebih suka sebab dapat beli baju dengan harga yang lebih murah berbanding kaedah heat transfer yg jimat ruang tetapi kos lebih tinggi sampaikan kita terpaksa jual pada harga lebih mahal.

Betul kata anda, biar kami terangkan kebaikan & keburukan untuk silk screen & heat transfer printing.

SILK SCREEN

KEBAIKAN: kos rendah, sesuai untuk quantiti besar

KEBURUKAN: tidak boleh full color printing, banyak kerja (kena buat block, cat, biar kering …), mesti ada MOQ (50pcs keatas baru berbaloi), semua tshirt mesti sama design & color, margin rendah

Kaedah ini sesuai untuk: membuat uniform kerja spt. kilang, restoren dll, baju korporat, baju pilihan raya dll.

Heat Transfer PrintingHEAT TRANSFER PRINTING

KEBAIKAN: boleh full color printing, mudah (print & heat ke atas baju saja), satu pun boleh buat (jadi boleh personalised dgn nama & gambar untuk meningkatkan nilai baju), margin tinggi.

KEBURUKAN: kos pembuatan agak tinggi, tidak sesuai utk quantiti besar spt 500 keatas sebab pelanggan tak mampu beli

Kaedah ini sesuai untuk: hadiah istimewa bagi perkahwinan, hari jadi dll (boleh print gambar atas produk), syarikat kecil (5-10pcs saja utk pekerja-pekerja), kawan2 rapat (untuk kumpulan kecil atau individu)

Jadi anda bole masuk kedua-dua market, terpulang bagaimana anda intro kepada client anda.

2) Apa pendapat kalau saya hentikan silkscreen printing tetapi fokus penuh pada heat transfer? Persoalannya saya mahu pastikan pilihan saya ini dapat bagi servis sama mcm silkscreen printing juga sbb kadang2 customer kata “taknak stiker..nak print sbb tahan lama”

Jika anda ada sedikit ruang niaga, anda boleh teruskan perniagaan silk screen anda dan tambah sahaja heat transfer printing. Memadai dengan menyediakan satu meja untuk meletakkan mesin heat press.

Kita tak tahu diamasa hadapan mungkin pembeli mahu membeli dengan kuantiti yg sedikit atau banyak.  Jadi dengan meneruskan kedua-dua kaedah ini, tidak ada masalah untuk anda mengambil tempahan kecil ataupun tempahan besar.

 

What is Heat Transfer Printing3) Saya tak pasti samaada perlu start dengan sublimation? atau transfer film?

Jika anda ingin buat t-shirt printing sepenuhnya dengan heat transfer printing, kami cadangankan supaya anda beli satu mesin heat press, tetapi tambah 2 printer untuk sublimation ink dan pigment ink.

Ini membolehkan anda untuk print kedua-dua dryfit dan cotton T-shirt. Manakala untuk baju jersi yang ada nama pemain dan pasukan, anda boleh gunakan vinyl transfer film, potong & heat ke atas t-shirt.

Margin ini sangat tinggi sebab ini memerlukan personalised service. Kebiasanya harga kos ialah rm3 dan anda boleh markup pada harga pasaran dalam RM15-RM20 untuk nama di atas baju.

Untuk tahu lebih banyak tentang heat transfer printing dan heat press machine, jangan lupa untuk lawati website kami di www.DIYPrintingSupply.com

Pelbagai pakej perniagaan dengan harga jimat menanti anda..

 

 

Berminat nak mulakan bisnes sendiri?