Selang beberapa bulan mesti kita dah mula fikir untuk gunting rambut. Yelah rambut pun dah mula panjang. Waktu inilah kita mula mencari kedai gunting rambut mana yang sesuai dan selesa dengan gaya kita.

Di dalam pasaran Malaysia ini, kita ada pelbagai jenis perkhidmatan gunting rambut yang disediakan. Antaranya adalah kedai gunting rambut, saloon dan barber hipster. Semestinya setiap satu jenis kedai tersebut menawarkan servis, kualiti dan harga yang berbeza.

Kalau kita lihat cara penggayaan rambut juga berubah mengikut zaman. Bak kata pepatah “rambut adalah mahkota”. Maka tidak hairanlah fesyen rambut juga sering berinovasi. Pokok pangkalanya penampilan yang menarik adalah paling utama. Sementara itu, banyak program TV dan terbitan bersiri menetapkan potongan rambut fesyen, gaya dan warna rambut. Ini secara tidak langsung telah mempengaruhi minat penonton untuk mencuba potongan rambut yang baharu.

Dalam kemeriahan fesyen dandanan rambut ini, pastinya ada pengusaha yang mengalami sedikit kesukaran apabila Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan. Namun, ianya pasti akan kembali kepada sedia kala apabila pandemik ini telah berakhir.

Jadi, kalau anda masih menyimpan hasrat dan minat yang mendalam untuk membuka kedai gunting rambut, waktu inilah yang terbaik untuk anda rancang bagaimana merialisasikannya.

Dalam perkongsian kali ini, kami akan bantu anda untuk memulakan perniagaan dengan beberapa strategi yang anda boleh follow untuk buka kedai gunting rambut.

4 Cara Buka Kedai Gunting Rambut

1. Lokasi kedai gunting rambut

Cara yang pertama yang paling penting adalah untuk memilih lokasi perniagaan anda. Dalam keadaan ini anda diberi dua pilihan iaitu untuk membuka kedai gunting rambut di kawasan rumah kedai ataupun di dalam pusat beli-belah.

“Apa perbezaan kedua-dua lokasi ini?”

Semestinya dari aspek harga sewaan dan keluasan. Harga sewaan di kawasan rumah kedai adalah lebih tinggi berbanding di pusat beli-belah kerana nilai komersialnya. Jika anda masih baru memulakan perniagaan, mungkin ia akan menjadi sukar untuk anda bersaing dengan jenama salun yang ternama.

Jadi, kami sarankan anda untuk membuka saloon di lot rumah rumah kedai dengan keluasan yang boleh memuatkan 4 hingga 5 pelanggan terlebih dahulu. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit, siapa sangka dengan permulaan yang kecil ini anda boleh perlahan-perlahan berkembang.

kedai gunting rambut

2. Rekaan dalaman kedai

Selepas anda menjumpai lokasi yang sesuai, perkara seterusnya yang perlu dititikberatkan adalah rekaan dan kelengkapan di kedai anda.

Buatlah sedikit kajian berkenaan perkakas yang diperlukan oleh sebuah salun. Sudah semestinya mesin gunting rambut, gunting, kerusi salun dan bermacam lagi alatan yang diperlukan. Pastikan ianya lengkap dan bersesuaian dengan perkhidmatan yang anda sediakan. Jangan pula anda tawarkan servis cuci rambut tapi tak beli shampoo.

Seterusnya yang perlu diberi perhatian adalah rekaan dalaman dan luar kedai anda. Pastikan ianya menarik, ceria dan selesa. Perlu diingat bahawa jarak antara setiap tempat duduk pelanggan adalah satu 5 kaki persegi. Jangan lupa tentang tempat untuk mencuci rambut dan ruang penyimpanan pakaian.

Satu perkara lagi, jangan lupa letak aircond tau! Nanti terbang semua rambut. Untuk hiasan pula pastikan ianya minimalist dan sedap mata memandang. Jangan sampai pelanggan takut tengok dekorasi kedai anda pula.

rekaan dalam kedai gunting rambut

3. Pemilihan pekerja

Jika hanya anda sebagai pemilik seorang sahaja yang menguruskannya pasti ianya akan mengurangkan produktiviti kedai gunting rambut anda. Jadi mahu atau tidak anda perlu mencari pekerja lain.

Proses untuk mencari pekerja sebagai pendandan ini tidak susah. Pastikan anda beri mereka ujian secara praktikal dahulu untuk memotong rambut palsu. Jika mereka lepas untuk ujian yang pertama tidak ada masalah untuk anda memilih mereka. Untuk teknik mendandan pula, anda dan pekerja anda boleh menghadiri kursus dandanan yang banyak disediakan. Ini akan menjad nilai tambah untuk perniagaan.

pilih pekerja

4. Tawarkan promosi untuk kedai gunting rambut

Akhir sekali adalah dengan menawarkan promosi yang menarik kepada pelanggan anda. Seperti yang kita sedia maklum, dalam apa jua perniagaan pastinya ada pesaing. Jadi bagi peniaga yang ingin menarik minat pelanggan dengan lebih ramai adalah dengan menawarkan promosi dan pakej-pakej yang menarik.

Antara promosi yang anda boleh tawarkan adalah seperti berikut;

  1. Cuci rambut percuma untuk kali pertama
  2. Gunting rambut percuma selepas 5 kali
  3. Potongan harga
  4. Kupon dandanan rambut

Banyak lagi idea menarik yang anda boleh ketengahkan. Yang penting promosi tersebut tidak merugikan anda dan dapat menarik lebih ramai pelanggan.

promosi

Haa mudah kan? Ada 4 cara asas ni sahaja yang anda perlu kuasai. Untuk soal teknikal seperti modal dan maintenance pula ianya mengikut skala perniagaan anda. Apa yang penting adalah minat. Jika anda minat melakukan sesuatu, pasti anda akan berusaha untuk menjayakannya.

Jika anda berhasrat untuk memulakan perniagaan kedai gunting rambut, rancanglah dari sekarang. Tetapi jika anda ingin menambah pendapatan atau memulakan perniagaan dalam bidang baharu, apa kata anda mulakan dengan bidang percetakan.

Di DIYPrintingSupply, anda akan berpeluang untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Tak salah juga untuk anda jadikan ia sebagai side income daripada kerja sedia ada anda sekarang. Inilah masanya untuk anda ceburi bidang baharu. Pelbagai pakej menarik yang kami tawarkan. Oh tidak lupa juga latihan keusahawanan turut kami sediakan untuk jadikan anda usahawan ‘from zero to hero’. Jom cuba, siapa tahu ianya berhasil.

 

 

Berminat nak mulakan bisnes sendiri?