Stress Management: Membuka perniagaan bukanlah suatu perkara yang mudah. Mungkin ramai yang beranggapan dengan berniaga ini kita mampu untuk mendapatkan keuntungan yang lumayan. Namun, tidak ramai yang tahu jerit perih untuk menubuhkan sesebuah perniagaan. Tidak kiralah dengan hanya meniaga di bahu jalan ataupun mempunyai syarikat besar, semua usahawan pasti akan meraisai tekanan.
Banyak perniagaan di luar sana mula gulung tikar disebabkan tekanan. Lebih-lebih apabila masalah tersebut melibatkan isu kewangan. Ada pula yang sanggup meminjam wang daripada pihak yang tidak bertanggungjawab. Kesannya, hidup anda dan keluarga akan diancam sehingga mengganggu kesejahteraan. Selain masalah duit, apa lagi tekanan yang selalu dihadapi oleh usahawan?
Apa faktor tekanan bagi seorang peniaga?
Berikut adalah punca anda selalu stress dalam menjalankan perniagaan anda;
- Tidak pandai bersaing – Terlalu takut untuk bersaing dan mudah rasa terancam dengan perniagaan orang lain yang menjual produk yang sama.
- Kurang bimbingan – Tiada ‘idola’ dalam perniagaan yang boleh memotivasikan diri.
- Sentiasa ragu-ragu – Apabila berniaga tanpa ilmu, kita mudah ‘second guess‘ dengan keputusan yang kita lakukan.
- Tiada matlamat perniagaan – Mungkin ada dalam kalangan anda yang hanya melihat meniaga ini salah satu cara penyelesaian untuk mendapatkan duit.
- Tekanan orang sekeliling – Rakan atau keluarga terdekat juga boleh memberi tekanan apabila dia menyokong minat anda untuk berniaga.
Jadi apa jalan terbaik untuk anda uruskan tekanan ini? Dalam artikel ini kami akan kongsikan 7 cara terbaik dan praktikal untuk ‘stress management’ bagi anda seorang usahawan.
7 kaedah ‘stress management’ yang paling berkesan!
Perkara paling utama apabila anda tertekan adalah untuk mencari ‘support system’ iaitu seseorang yang anda percaya untuk berkongsikan masalah anda. Pada masa yang sama, individu tersebut juga akan membantu dan menasihati anda. Secara tidak langsung ia akan membuatkan anda berasa lebih tenang dan memikirkan solusi kepada masalah yang anda hadapi. Antara kaedah lain untuk menguruskan stress adalah seperti berikut.
1. Mengenal pasti masalah yang dihadapi
Apabila anda mula rasa tertekan dengan apa sahaja masalah yang dihadapi, pastikan untuk anda tahu punca kepada masalah yang berlaku. Daripada punca masalah itu barulah anda boleh rancang jalan penyelesaian.
Bukan setakat itu sahaja, kenal pasti juga tahap masalah yang anda hadapi. Tentukan sama ada masalah tersebut boleh ditangangi dengan kadar segera atau memerlukan masa dan perancangan yang lebih teliti. Jika anda tidak membuat penilaian ini, mungkin masalah tidak akan dapat diselesaikan bahkan lebih banyak masalah yang akan menimpa.
2. Ambil masa untuk bertenang
Jika anda yang mudah berasa tertekan, ambil masa untuk bertenang seketika daripada terlalu asyik memikirkan masalah yang berlaku. Ini akan membantu anda untuk berfikir secara rasional dan membuat keputusan yang terbaik untuk.
Tidak salah untuk anda menutup perniagaan atau bercuti untuk beberapa hari. Jika itu yang terbaik untuk anda menenangkan diri boleh sahaja teruskan. Ia juga akan memberi anda semangat baharu untuk kembali merancakkan perniagaan anda. Berehatlah seketika.
3. Minta nasihat pakar perniagaan
Adakah anda mempunyai sesiapa rakan atau idola dalam dunia perniagaan ini?
Jika tiada, inilah masanya untuk anda meminta nasihat daripada pakar perniagaan. Di zaman yang serba moden ini tidaklah sukar untuk anda mencari seseorang yang boleh membantu anda untuk menyelesaikan masalah. Mungkin ini juga peluang terbaik untuk anda memperlajari dengan lebih mendalam tentang dunia perniagaan.
4. Rancang keputusan dan solusi dengan segera
Lepas dah rehat tu jangan tangguh atau lupakan terus masalah yang dihadapi. Kalau tak nanti lebih banyak masalah yang akan timbul.
Bagi menghilangkan rasa tertekan berkenaan masalah yang anda hadapi, anda perlu rancang keputusan dengan segera. Rangka beberapa rancangan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah tersebut. Terusnya ‘try and error’ sehingga ianya selesai. Ini juga menunjukkan anda seorang usahawan yang proaktif dan cepat bertindak.
5. Hadkan komitmen perniagaan
Apabila masalah telah selesai, masih ada lagi perkara yang anda perlu pertimbangkan. Ianya berkenaan dengan komitmen perniagaan. Mungkin ada yang tidak sedar bahawa komitmen perniagaan boleh menjerumus sesebuah perniagaan untuk terus jatuh.
Jadi apa yang anda perlu lakukan adalah semak semula komitmen perniagaan dan cuba untuk hadkan perbelanjaan. Ini dapat membantu untuk anda tingkatkan kemapuang untuk menampung asset dan liabiliti syarikat.
6. Sentiasa berfikiran positif
Selain membuat tindakan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi, sebagai peniaga juga kita perlu sentiasa berfikiran positif.
Sentiasa bersangka baik dan yakin dengan setiap keputusan yang anda lakukan. Jika anda fikir perkara yang positif, pasti perancangan anda akan berjalan dengan lancar. Ia juga akan memberi perspektif yang baik kepada pekerja atau rakan kongsi yang melihat anda sentiasa berada dalam keadaan positif.
7. Rancang pelan pengurusan risiko
Ini panduan tambahan untuk anda. Tidak kira sama ada anda peniagaan kecil atau besar, anda perlu merangkan rancangan pelan pengurusan risiko.
Apa yang anda perlukan untuk pelan ini? Pertama sekali anda perlu bahagikan kepada beberapa kemungkinan masalah yang akan berlaku pada perniagaan anda. Kemudian, tentukan cara penyelesaian anda sendiri bagi masalah tersebut. Dengan adakan pelan pengurusan risiko ini, anda akan lebih bersedia untuk menghadapi pelbagai masalah pada masa akan datang.
Itulah 7 kaedah ‘stress management’ bagi anda seorang usahawan yang mengalami masalah dengan perniagaan. Selepas ini semua tekanan yang anda alami akan lebih mudah untuk diatasi. Jangan lupa kongsikan bersama rakan-rakan niaga anda yang lain ya!
Bagi anda seorang peniaga atau individu yang mengalami masalah tekanan kerana kesempitan wang, ada satu cara terbaik untuk anda jana pendapatan. Di DIYPrintingSupply, kami membuka peluang untuk anda menceburi perniagaan dalam bidang percetakan. Pelbagai jenis pakej untuk mencetak cenderahati seperti mug, t-shirt, tote bag dan bermacam lagi. Jom sertai kami sekarang. Oh latihan keusahawan juga kami sediakan tau!