Setiap umat Islam di Malaysia ini pasti memasang hasrat untuk menyempurnakan Rukun Islam ke-5 iaitu menunaikan haji. Perjalanan untuk ke tanah suci semestinya memerlukan perancangan rapi dan wang perbelanjaan yang mencukupi. Maka, dengan itulah kerajaan Malaysia prihatin untuk menubuhkan sebuah institusi pengurusan haji iaitu Tabung Haji (TH).

Sejak kecil lagi kita sudah diberi pendedahan tentang TH ni kan? Kalau dapat duit raya, asingkan sedikit untuk disimpan ke dalam Tabung Haji. Sehingga kini, TH masih menjadi satu-satunya agensi di bawah kerajaan yang menguruskan hal ehwal menunaikan haji dan umrah.

Buat pengetahuan anda, TH bukan sahaja mempersiapkan anda untuk ke Mekah dan Madinah. Namun bagi pendeposit, anda bakal menikmati hibah daripada hasil pelaburan yang dilakukan. Tidak perlu risau kerana pelaburan yang dilaksanakan ini sepenuhnya patuh syariah dan selamat. Seronok kan? dalam pada masa kita ingin menyimpan, kita juga boleh dapat hasil daripada simpanan tersebut.

Kaunter Tabung Haji

Latar belakang TH

Untuk perkongsian kali ini, mari kita sama-sama mendalami fungsi penubuhan Tabung Haji ini. Mungkin ada perkara yang sebelum ini anda tidak tahu dan kali ini dapat menambah serba sedikit pengatahuan tentang TH.

TH merupakan sebuah badan berkanun yang ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia pada tahun 1963. Ianya ditadbir berdasarkan Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535). TH menyediakan kemudahan bagi umat Islam di negara ini menyimpan wang untuk mengerjakan haji.

Dengan pengalaman lebih 50 tahun pengalaman dalam perkhidmatan simpanan, haji dan pelaburan. Sebagai sebuah institusi haji negara, TH berusaha untuk mengukuhkan ekonomi umat Islam Malaysia dengan memanfaatkan dana dan sumber sedia ada.

TH juga kekal komited memberi perkhidmatan cemerlang dan memuaskan kepada semua Jemaah Haji Malaysia. Hasil pencapaian yang konsisten ini, TH telah mendapat pengiktirafan dunia sebagai model pengurusan haji inovatif.

Untuk pengetahuan anda, TH sehingga hari ini mempunyai lebih daripada 9 juta pendeposit. Manakala,125 cawangan dengan 10,000 ‘touch-points‘ di seluruh negara berjaya dibangunkan. TH juga mempunyai sebuah pejabat yang beroperasi di Jeddah, Arab Saudi di bawah Konsulat Malaysia.

tunaai haji naik kapal

Kisah Penubuhan Lembaga Tabung Haji

Sebelum penubuhan Lembaga Tabung Haji, tiada institusi kewangan Islam yang mampu menyediakan perkhidmatan kepada umat Islam di Malaysia menunaikan haji. Malah, pada waktu itu tiada pihak yang bertanggungjawan untuk menyimpan wang bagi menanggung kos perbelanjaan ke tanah suci Mekah.

Walaupun ketika itu sudah wujud beberapa buah bank, umat Islam di negara ini enggan menabung dengan perbankan konvensional untuk tujuan ibadat haji. Ini kerana, mereka mahu memastikan tabungan mereka bebas dari sebarang unsur dan amalan riba agar haji yang diperoleh merupakan Haji Mabrur.

Maka, tercetuslah idea bagi penubuhan Perbadanan Wang Simpanan Bakal-Bakal Haji (PWSBH), hasil cadangan tokoh ekonomi Melayu terkenal iaitu Profesor DiRaja Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid pada Disember 1959 kepada Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.

Kapal ke mekah

Kronologi penubuhan TH

Langkah pertama ke arah itu diambil dengan penubuhan PWSBH di bawah Undang-undang No. 34, 1962, pada tahun 1963. Perbadanan itu adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Mulai 30 September 1963, PWSBH melakar sejarah dengan membuka kaunter menerima tabungan daripada bakal haji. Umat Islam Malaysia mula dididik untuk membuat tabungan sejak usia untuk membuat tabungan dengan organisasi patuh syariah sebagai persiapan menunaikan Rukun Islam ke-5 itu.

Ketika mula beroperasi pada 1963, seramai 1,281 bakal haji telah membuka akaun mereka dengan jumlah tabungan sebanyak RM46,610. Tujuan utama mereka adalah semata-mata untuk memastikan simpanan mereka terjamin selamat dan bebas daripada riba untuk membolehkan mereka melengkapkan Rukun Islam dan memperoleh Haji Mabrur. Pada masa itu, tiada sama sekali niat untuk meraih bonus atau dividen.

Pada tahun 1969, PWSBH telah digabungkan dengan Pejabat Urusan Hal Ehwal Haji yang telah ditubuhkan dalam tahun 1951 dan beroperasi di Pulau Pinang bagi memudahkan penyelarasan aktiviti penabungan. Badan yang digabungkan ini dinamakan Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LUTH), yang kemudiannya ditukar kepada Lembaga Tabung Haji pada 1995 atau dikenali dengan singkatannya Tabung Haji atau TH sehingga kini.

Dengan penubuhan TH, urusan ibadah haji umat Islam negara ini menjadi lebih mudah dan teratur. Malah, bagi mereka yang pertama kali ke tanah suci juga tidak perlu bimbang kerana TH mengurus semua keperluan mereka termasuk urusan berkaitan pasport, visa haji, pengangkutan, penginapan di Makkah, Madinah, Mina dan Arafah serta penjagaan kesihatan dan bimbingan sepanjang menjalankan ibadah di sana.

menara tabung haji

Perkhidmatan yang ditawarkan oleh Tabung Haji

Haa semua dah tau kan asal usul penubuhan Tabung Haji ni. Kini, TH juga menawarkan beberapa lagi perkhidmatan khas bagi mengembangkan lagi fungsinya sebagai syarikat unggul yang menguruskan proses ibadah haji di Malaysia.

Berikut adalah antara perkhidmatan yang ditawarkan;

  • Simpanan

Simpanan di TH adalah berdasarkan konsep Wakalah bermaksud seseorang (Muwakkil) melantik satu pihak yang lain (Wakil) sebagai wakilnya untuk mengendalikan urusannya. Ia adalah patuh syariah serta dijamin sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia.

  • THiJARI

THiJARI adalah sebuah rangkaian perkhidmatan digital TH yang mula beroperasi pada Rabu, 5 Februari 2020. Ia merupakan platform dalam talian bagi perkhidmatan yang disediakan oleh TH seperti semakan akaun, mencetak penyata akaun, pindahan wang, perkhidmatan Haji dan Kelab TaHa.

logo THiJARI
  • Pengursan Haji

Urusan haji yang dilaksanakan oleh TH adalah proses yang dilakukan sepanjang tahun. Ia bagi memastikan perjalanan operasi haji adalah lancar dan efisyen. Pengurusan haji TH adalah komprehensif, bermula sejak bakal-bakal haji menyimpan wang mereka, sehingga mereka kembali ke Tanah Air setelah selesai menunaikan haji.

  • Pelaburan

Strategi pelaburan TH adalah berdasarkan kepada Alokasi Aset Strategik (SAA) yang telah diluluskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri. SAA juga menjadi panduan sebagai rangka kerja pelaburan yang terdiri daripada 4 kelas aset utama seperti Ekuiti, Pendapatan Tetap, Hartanah dan Tunai.

logo tabung haji

Mula menabung dari sekarang!

Maka, itulah penerangan secara serba sedikit tentang Lembaga Tabung Haji. Dulu susah nak pergi haji kena naik kapal. Perjalanan pun makan masa berbulan lamanya. Sekarang ni dengan ada TH, lebih mudah urusan kita untuk ke tanah suci. Yang paling penting kena mula menabung menabung dari sekarang dan cuba cari jalan untuk tambah pendapatan.

Inilah peluang keemasan anda untuk buit duit dengan memulakan perniagaan sendiri dalam industri percetakan. Ya! rezeki perlu datang dengan usaha, maka dengan itu kami buka peluang untuk anda sertai kami untuk menjadi usahawan yang berjaya. Jangan risau… mesin percetakan dan latihan keusahawanan akan kami sediakan. Mari sertai kami sekarang untuk mulakan tabung ke tanah suci kelak.

 

 

Berminat nak mulakan bisnes sendiri?