Di Malaysia, rakyat kita sememangnya tidak pernah ketinggalan untuk mengikuti trend semasa. Jika sebelum ini kita ada fenomena ‘K-Pop Wave’ dan permainan Pokemon Go, kini kita diperkenalkan pula dengan sebuah aplikasi yang mendapat sambutan hangat iaitu TikTok Malaysia.
TikTok ni apa?
Rata-rata daripada kita mesti dah tahu tentang TikTok ni kan? Tapi mungkin juga ada yang tak tahu. Jadi dalam artikel ini akan dijelaskan apakah itu TikTok beserta fungsinya. Mari kami kongsikan 2 perkara utama tentang TikTok ini.
1. Pengasas TikTok
TikTok ialah perkhidmatan rangkaian sosial dimiliki oleh ByteDance, sebuah syarikat yang berpangkalan di Beijing, China yang diasaskan pada tahun 2012 oleh Zhang Yiming. Ia digunakan untuk membuat tarian pendek, lip-sync, komedi, dan video bakat. Aplikasi ini dilancarkan pada 2017 untuk iOS dan Android di pasaran di luar China.
Bagi pasaran China pula, mereka memperkenalkan aplikasi yang sama, namun dengan nama yang berbeza. Mereka melancarkan Douyin untuk pasaran China pada September 2016.
2. Fungsi TikTok
Kita biasa tengok TikTok orang menari kan? Tetapi menurut pengasasnya sendiri, TikTok ini adalah aplikasi yang membolehkan pengguna membuat video muzik pendek dan lip-sync 3 hingga 15 saat dan video pendek 3 hingga 60 saat.
Kandungannya pula pelbagai seperti tarian, nyanyian dan komedi. Namun, ada sesetengah golongan yang mengambil peluang ini untuk menghasilkan video-video inspirasi seperti nasihat kesihatan, cara memasak dan macam-macam lagi. Seronok kan?
“Kurang 5 tahun berjaya capai matlamat”
Kalau anda nak tahu, TikTok adalah aplikasi yang paling ramai memuat turun di Amerika Syarikat pada Oktober 2018, dan ini aplikasi China pertama untuk mencapai matlamat ini. Sehingga 2018, ia boleh didapati di lebih daripada 150 pasaran dan dalam 75 bahasa.
Pada Februari 2019, TikTok, bersama-sama dengan Douyin, meraih satu bilion muat turun secara global, tidak termasuk pemasangan Android di China.Pada tahun 2019, TikTok turut diisytiharkan sebagai aplikasi mudah alih ketujuh yang paling dimuat turun dalam tempoh satu dekad iaitu dari tahun 2010 hingga 2019.
TikTok Malaysia – Apa yang menarik?
TikTok Malaysia sudah tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat kita. Lihat sahaja di peranti pintar masing-masing pasti ada yang memuat naik. Lebih-lebih lagi mereka yang yang masih muda.
Tidak dinafikan bahawa TikTok di Malaysia ini mampu menjadi medan untuk menonjolkan kreativiti seseorang. Mana tidaknya, ada yang mengambil kesempatan ini untuk membuat cover lagu sehingga mendapat tontonan ribuan orang. Dengan TikTok ini juga anda berpeluang untuk menjadi influencer. Ya! kalau content anda menarik, tidak mustahil untuk anda menjadi seorang yang terkenal.
Antara yang pernah menjadi fenomena di Malaysia ini adalah pengguna TikTok Muhammad Ammarzulkha atau lebih dikenali sebagai ‘Budak 46’. Personaliti TikTok Malaysia ini pernah viral kerana gaya ‘slow motion’ secara manual yang mendapat perhatian orang ramai. Sehingga kini, dengan aksi lucunya itu, dia semakin dikenali dan diundang ke rancangan hiburan tempatan.
Walau bagaimanpun, disebalik keseronokan itu, TikTok ini masih menjadi tanda tanya adakah ianya bermanfaat atau hanya melekakan anak muda pada hari ini. Jadi mari sama-sama kita kupas tentang isu ini.
Medan Kreativiti VS Masalah Sosial
Dalam menerima baik TikTok ini di Malaysia, pasti ada beberapa perkara yang membimbangkan para ibu bapa. Zaman telah berubah, cabaran ibu bapa pada hari ini bukan seperti dahulu. Cabaran untuk mengawal anak-anak mereka dalam penggunaan media sosial adalah sesuatu yang sukar. Ini kerana mereka terikat dengan cara didikan dan kemajuan teknologi.
Oleh itu, TikTok ini juga menjadi perdebatan dalam kalangan masyarakat adakah ianya platform terbaik untuk anak muda menonjolkan kretaiviti atau mampu menyumbang kepada masalah sosial?
1. TikTok Malaysia platform anak muda bereksperimentasi
Yang membezakan TikTok dengan aplikasi lain adalah kemudahan yang disediakan untuk penggunanya dalam menzahirkan kreativiti dalam pelbagai cara seperti nyanyian, tarian dan lakonan. Inilah peluang untuk anak muda khususnya bereksperimentasi dengan dunia digital.
Betul! dunia kini telah berubah. Mungkin dulu kita banyak melukis di atas kertas. Namun seni pada alaf 21 ini bukan lagi semata-mata seni fizikal. Seni digital juga boleh diajar kepada anak-anak kita.
Selain menggunakan TikTok sebagai medium hiburan dan keseronokan, terdapat juga pengguna yang mangambil peluang keemasan untuk berkongsi input-input menarik dan penuh dengan informasi.
Antara informasi yang dikongsikan adalah berkenaan ilmu perniagaan, info automotif, maklumat kesihatan dan macam-macam lagi. Seronok tau! Buka je applikasi TikTok ni memang boleh hadap sampai 2 jam lah.
2. TikTok Malaysia penyumbang kepada masalah sosial
Jika kita hanya melihat TikTok ini pada satu aras sahaja, pasti kita merasakan bahawa applikasi ini membuka peluang untuk anak-anak muda mendedahkan aurat atau menggayakan aksi yang kurang sopan.
Ya mungkin ada betul. Itulah yang menjadi kebimbangan ibu bapa di luar sana. Ada kalanya pelik melihat anak-anak mereka menari seorang diri di halaman rumah. Tetapi jika kejadian ini berlaku, janganlah dimarahnya anak tu. Tegur dengan penuh berhikmah dan cuba sedaya upaya menasihatkan mereka untuk menjaga kehormatan diri dan mengawal aktiviti di media sosial.
Selain memuat naik video sendiri di TikTok, isu yang paling membimbangkan adalah buli siber. Kejadian ini sering berlaku di ruangan komen di mana pengguna bebas menulis komen yang negatif sehingga ada yang menghina. Perkara ini jugalah yang perlu dipantau dan diberi perhatian.
Namun jika anda sebahagian daripada pembaca komen tersebut, anda boleh membuat ‘report’ ke atas komen tersebut untuk dipadamkan. Jadilah pengguna TikTok yang bijak dan sama-sama kita cegah buli siber.
Secara keseluruhan, apa jenis applikasi sekali pun pasti ada baik dan buruknya. Yang paling penting adalah cara penggunaannya perlu dikawal agar tidak mendatangkan sebarang perkara yang tidak baik. Ya! negara kita ada undang-undang. Walaupun ada yang beranggapan “alah post suka-suka je”, namun jika ia melibatkan jenayah siber, pelaku masih boleh dikenakan tindakan.
Selain kegunaan TikTok untuk hiburan, tahu atau tidak TikTok Malaysia juga menyediakan kemudahan TikTok for Business. Jadi bagi mereka yang ada perniagaan sendiri boleh lah mulakan iklan anda menggunakan TikTok.
Tetapi bagi mereka yang baru bercadang untuk berniaga, apa kata anda mulakan peniagaan sendiri dengan kami. Menjadi usahawan dalam industri pencetakan seronok tau! Boleh asah kreativiti dan pada masa yang sama boleh buat duit jugak. Jom sertai kami, alatan pencetakan dan latihan keusahawanan juga kami sediakan untuk anda.