Jika anda terlibat dalam perniagaan percetakan cenderahati menggunakan teknologi heat printing. Anda perlu tahu mesin heat press yang sesuai memainkan peranan yang amat penting dalam perniagaan anda. Oleh ini, DIYPrintingSupply sentiasa menasihati pelanggan kami untuk mengetahui dan mengkaji jenis-jenis mesin heat press yang diperlukan untuk perniagaan mereka. Dalam artikel ini, kami akan berkongsi factor-faktor yang perlu anda pertimbangkan semasa membeli mesin heat press.

Terdapat 4 faktor yang perlu anda pertimbangkan semasa memilih mesin heat press. Empat faktor tersebut termasuklah jenis, saiz, timer, dan attachment.

Faktor #1: Jenis-jenis Mesin Heat Press

Terdapat dua jenis mesin heat press yang selalu kita nampak di pasaran, iaitu swing-away dan clam.

  • Swing-away – Heat press jenis swing-away mempunyai heat platen yang boleh dinaikkan keatas dan juga di ayun ke kanan. Kebanyakan heat platen untuk mesin heat press jenis swing-away boleh berputar 100°.
  • Clam – Mesin heat press jenis clam pula, mempunyai heat platen yang boleh dinaikkan keatas tetapi tidak boleh di ayun ke tepi. Sebaliknya bahagian bawah mesin boleh ditarik keluar. Mesin heat press jenis clam amat sesuai sekali buat peniaga yang mempunyai ruang kerja yang minimum kerana dapat menjimatkan ruang.

Faktor #2: Saiz

Saiz mesin heat press anda hendaklah sepadan dengan jenis percetakan dan perniagaan anda. Misalnya, jika mesin heat press anda bersaiz kecil, ia akan membatasi design dan boleh menyebabkan anda tidak mampu memenuhi tempahan pelanggan. Walau bagaimanapun, jika mesin heat press anda besaiz terlalu besar, ia akan menyebabkan anda rugi dari segi bil elektrik jika menerima tempahan dalam kuantiti yang kecil.

Size: 38cm x 38cm

Saiz: 38cm x 38cm

Saiz: 50cm x 40cm

Faktor #3: Timer (Analog vs. Digital)

Satu lagi faktor penting yang anda perlu ambil kira apabila memilih mesin heat press adalah sama ada ia menggunakan timer analog atau digital. Kini, kebanyakan mesin heat press menggunakan timer digital kerana ia lebih tepat dan mesra pengguna.

Faktor #4: Attachments

Tidak semua mesin heat press dijual secara satu set lengkap. Sesetengah mesin heat press memerlukan anda sendiri untuk menambah attactment yang berasingan untuk mencetak produk-produk tertentu. Misalnya, saiz attachment yang digunakan untuk baju jauh berbeza dengan attachment yang digunakan untuk mencetak keychain. Jadi, anda harus menggunakan attachment yang sesuai untuk mengelakkan daripada product reject. Sebaliknya, anda perlulah memilih attachment yang bersaiz tepat untuk menghasilkan produk-produk yang cantik.

Kami di DIYPrintingSupply mengucapkan selamat maju jaya dalam bisnes anda!

 

 

Berminat nak mulakan bisnes sendiri?