Seronok bukan melihat lambakan mug yang berwarna-warni di pasaran. Tapi kami yakin, anda pasti lebih suka dengan mug yang dihiasi dengan gambar anda sendiri tidak kiralah gambar orang yang disayangi, keluarga atau watak kartun kegemaran anda. Disini kami ingin kongsikan kepada anda beberapa tips dan bagaimana anda boleh mencetak gambar pada mug. Namun sebelum itu, terdapat beberapa perkara yang anda perlu ketahui sebelum mencetak gambar pada mug anda.
- Penggunaan mesin pencetak mug
Terdapat pelbagai cara untuk mencetak mug tetapi penggunaan mesin pencetak mug dapat menyenangkan hidup anda, malah ianya lebih mudah!
2. Ketahui pelbagai jenis mug
Mug mempunyai pelbagai jenis gred dan diperbuat daripada bahan yang berbeza. Ketahui terlebih dahulu jenis-jenis mug sublimation yang sesuai untuk tujuan percetakan.
3. Perisian Reka bentuk dan juga pencetak
Mempunyai ilmu mengenai perisian seperti Adobe Photoshop ataupun Adobe Illustrator merupakan satu kelebihan! Anda boleh resize template design anda mengikut mug tersebut dan untuk pencetak pula, anda sememangnya memerlukannya untuk mencetak gambar anda. Pilih pencetak terbaik untuk memastikan gambar dicetak dengan baik pada mug.
Mari lihat bagaimana anda dapat menghasilkan dan mencetak gambar pada mug menerusi video dibawah! Jom belajar.
Bagaimana? Mudah bukan?
Tahukah anda pencetakan mug merupakan salah satu pencetakan yang sangat popular dalam kalangan pelanggan kami kerana ianya mudah dilakukan dan sangat menguntungkan!
Malah, perniagaan mug mendapat permintaan tinggi kerana mug digunakan secara meluas untuk pelbagai jenis tujuan dan juga acara. Daripada cenderamata mug untuk meraikan tetamu yang datang pada majlis hari jadi sehinggalah door gift mug untuk menyambut tetamu pada majlis makan syarikat korporat. Lihatlah betapa mug mendapat tempat di hati setiap pelanggan kerana ianya juga boleh dijadikan alat pemasaran yang penting untuk sesebuah badan tidak kiralah persendirian ataupun korporat.
Malah, anda boleh mendapat keuntungan yang berganda kerana keuntungan ditentukan oleh anda sendiri!
Berminat untuk mengubah nasib anda pada tahun ini? Mari hubungi kami untuk maklumat lanjut. Kami sedia untuk membantu anda.
6019.3232.556 / 6019.3233.864 / 6019.3232.783
Anda juga boleh menghantarkan email kepada kami di ask@diyprintingsupply.com atau terus melayari laman web kami di diyprintingsupply.com