Seseorang yang layak dipanggil insan yang kreatif adalah mereka yang sentiasa berfikir diluar kotak. Dengan menggunakan kertas pemindahan haba atau “transfer paper”, anda boleh membuat pelbagai produk kraf seperti baju bergambar, cawan bergambar, sarung telefon, pad tetikus, coaster, topi dan lain-lain. Didalam industri pembuatan hadiah ini, semakin kreatif dan unik rekaan anda, semakin ia mendapat tempat di pasaran dan semakin tinggi peluang anda untuk mendapatkan hasil jualan.
Untuk permulaan, anda perlu tahu siapakah bakal pelanggan anda dan mengapa mereka perlu memilih anda. Anda boleh mengklasifikasikan mereka sebagai kumpulan umur sama, minat yang sama, hobi yang sama, dan sebagainya. Sebagai contoh sekumpulan pelajar universiti mungkin mempunyai perspektif yang berbeza tentang pencarian hadiah berbanding dengan pelajar-pelajar sekolah menengah. Begitu juga dengan peminat Manchester United yang mempunyai kepentingan yang berbeza dalam reka bentuk membandingkan kepada peminat F1.
Kedua, sentiasa berwaspada dengan apa-apa peristiwa atau perayaan di sekeliling anda. Sebagai contoh, pada musim cuti sekolah, kita akan dapati banyak majlis perkahwinan akan dijalankan. Jadi anda perlu bijak mengambil kesempatan ini untuk mewujudkan hadiah yang sesuai untuk majlis tersebut. Begitu juga dengan perayaan lain yang memerlukan orang untuk memberi hadiah seperti Krismas, Hari Konvokesyen, Tahun Baru dan lain-lain
Akhir sekali, gunakan kreativiti anda untuk membuat rekaan yang menarik dan unik untuk dipaparkan di media sosial yang boleh anda fikirkan misalnya Facebook, Twitter, Instagram, Pinterest dan sebagainya pada setiap hari. Mengapa? Ini adalah kerana laman sosial adalah tempat paling sesuai untuk memasarkan produk dimana ia tidak memerlukan sebarang bayaran dan anda boleh melakukannya sepanjang masa dimana sahaja.
Terdapat banyak idea-idea yang lebih hebat mengenai cara untuk mendapatkan wang mudah dengan perniagaan hadiah DIY. Kami di DIYPrintingSupply.com memastikan pakej permulaan perniagaan kami amat berpatutan dan dapat membantu anda untuk perniagaan serta-merta. Hubungi kami hari ini untuk maklumat lanjut!
Jana Pendapatan Anda melalui Perniagaan Percetakan Hadiah
Hubungi kami sekarang untuk keterangan lanjut!!!
Nama Syarikat | : | DIY Printing Supply Sdn. Bhd.(983005-H) |
Nombor yg Boleh Dihubungi | : | 019.3233.864 / 019.3232.556 /019.3232.740 |
Website | : | www.DIYPrintingSupply.com |
Emel | : | enquiry@DIYPrintingSupply.com |
: | www.facebook.com/diyprintingsupply |