Berminat nak mulakan perniagaan sendiri? Perniagaan jenis apa yang menarik minat anda? Kalau anda belum buat keputusan lagi, apa kata anda cuba ceburi bidang DIY. Di Malaysia dan juga di seluruh Negara, pasaran untuk bidang ini sangat luas dan untung yang diperoleh memang lumayan. Susah nak percaya? Takpe, kami da agak pun, sebab itu kami sediakan beberapa contoh usahawan berjaya yang menempa nama dalam bidang perniagaan DIY di dalam Malaysia dan juga di luar Negara.

1. Christy Ng

Siapa peminat kasut di Malaysia pasti akan kenal nama ni. Usahawan berjaya yang dikenali ramai ini menubuhkan syarikat kasut dalam taliannya pada tahun 2010. Seperti kebanyakkan usahawan, beliau memulakan perniagaanya dari bawah dan berusaha membangunkannya sehingga ia menjadi perniagaan kasut yang tersohor. Perkhidmatan yang disediakan oleh syarikatnya memang lain daripada para saingan. Di laman webnya, setiap pelanggan boleh miliki kasut idaman mereka. Bagaimana pula kalau setiap orang mempunyai gaya yang tersendiri?

Itu takkan jadi isu sebab kasut-kasut ciptaannya boleh diubahsuai mengikut kesukaan para pelanggan. Dari pilihan fabrik, tekstur, cetakan, renda dan banyak lagi, semua itu boleh disuaikan ikut kesukaan masing-masing. Tambahan lagi, pilihan ketinggian tumit, jenis tumit dan aksesori-aksesori tambahan juga boleh dibuat dengan mudah. Kasut-kasut yang dijualnya memang laris sampaikan sekarang beliau dah mempunyai beberapa cawangan kedai kasut di Johor dan Lembah Klang.

2. LaurDIY

Lauren Riihimaki yang lebih dikenali dengan LaurDIY, merupakan salah satu pencipta kandungan (content creator) YouTube yang terkenal. Usahawan berjaya yang berasal dari Kanada ini berjaya menempah nama dalam bidang DIY disebabkan kemahirannya mencipta barang-barang DIY seperti baju, topi dan lain-lain. Jika anda tak suka tonton video-video YouTube, mungkin anda tidak mengenalinya. Tapi percayalah bila kami cakap yang beliau merupakan personaliti YouTube yang sangat terkenal.

Dengan lebih daripada 15 juta pengikut YouTube, Twitter, Insta dan platform media sosial yang lain, beliau sememangnya seorang usahawan berjaya bagi bidang DIY. Walaupun beliau bermula dengan mencipta kandungan video bagi saluran YouTubenya, kini beliau mempunyai perniagaan sendiri yang telah diperkenalkan pada tahun 2017 di mana beliau menjual pakaian dan aksesori jenama tersendiri. Selain itu, barang-barang jualannya juga boleh didapati di pasaraya-pasaraya terkenal di Amerika seperti Target dan Walmart. Melalui laman web dan saluran YouTubenya, cara-cara hendak ubahsuai barang-barang rumah, pakaian, aksesori dan sebagainya boleh didapati dengan mudah.

3. Anya Hindmarch

Okay, kami dah bincang pasal usahawan berjaya di Malaysia dan di Amerika, sekarang jom bincang pula pasal usahawan berjaya di United Kingdom. Anya Susannah Hindmarch ataupun Anya Hindmarch, merupakan pereka aksesori fesyen yang terkemuka. Beliau memulakan perniagaannya dengan menjual bag-bag yang dibuat dan diimport dari Italy, tetapi kemudiannya memperkenalkan rangkaian bag-bag yang boleh diubahsuai mengikut kehendak pelanggan. Daripada menjual bag ciptaannya di kedai-kedai mewah di London, beliau kini mempunyai empayarnya yang tersendiri. Syarikatnya bukan menjual bag sahaja, tetapi juga barang-barang lain seperti aksesori alat tulis, kotak-kotak barang kemas, dan banyak lagi. Kini, beliau miliki lebih daripada 50 buah kedai di seluruh Negara.

Nak mulakan perniagaan memanglah bukan benda yang mudah, tetapi jika anda mempunyai minat dan sanggup mengharungi apa saja bagi menjayakan perniagaan anda, ia pasti akan memberi hasil. Jika anda berminat untuk menjadi usahawan berjaya dalam bidang DIY yang seterusnya, layarilah laman web kami di diyprintingsupply untuk cara-cara menjalankan perniagaan percetakan tersendiri. Pakej-pakej perniagaan percetakan kami akan bekalkan anda dengan barang-barang keperluan yang akan membantu anda menjalankan perniagaan percetakan dengan lancar dan berjaya.


 

 

Berminat nak mulakan bisnes sendiri?