Akhir-akhir ini, aktiviti pelaburan semakin mendapat sambutan dan perhatian orang ramai. Kebiasaannya, rakyat Malaysia akan memulakan langkah pertama dalam dunia pelaburan dengan melabur melalui Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dan Tabung Haji. Tapi pernah dengar tak tentang Wahed Invest?

Mungkin ada yang baru pertama kali mendengar Wahed Invest ini, tetapi para pelabur yang aktif semestinya sudah tidak asing lagi. Jadi bagi mereka yang belum mengenali apakah Wahed Invest ini, artikel ini akan menjelaskan secara terperinci untuk anda!

Apakah Wahed Invest?

Wahed Invest adalah platform pelaburan yang diuruskan oleh robo-investor. Ia adalah satu saluran pelaburan yang boleh digunakan sebagai alternatif kepada pelaburan secara langsung dalam pasaran saham dan telah diberi kelulusan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebagai sebuah syarikat Digital Investment Management.

Secara ringkasnya, Wahed adalah sebuah saluran pelaburan yang diakui sah, selamat dan patuh syariah!

Antara kelebihannya, dengan simpanan ini, anda dapat menikmati pengalaman pelaburan apabila terdapat naik turun saham pelaburan. Yang penting ia tidak menjejaskan nilai simpanan anda. Konsep ini sama macam simpanan dalam ASB.

Jadi, selain kita melatih diri untuk menabung, kita juga akan menerima pulangan tambahan. Tapi, simpanan anda di Wahed Invest ini tidak boleh dikeluarkan sesuka hati. Ada proses yang akan diterangkan kemudian.

Latar belakang Wahed Invest

Wahed Invest mula diperkenalkan pada 2017 yang berpengkalan di Amerika Syarikat. Kemudian, ia telah berkembang ke pasaran United Kingdom pada 2018 dan merancang untuk melancarkan perkhidmatan pengurusan pelaburan digitalnya merentas rantau Asia Tenggara dari pangkalan serantaunya di Malaysia.

Kini, Wahed telah berjaya beroperasi di lebih 130 buah negara seluruh dunia. Dengan menyediakan kemudahan dan panduan yang mudah untuk pelabur yang baru menjinakkan diri, pastinya Wahed Invest adalah pilihan yang tepat.

Wahed juga melabur dalam Exchange Traded Fund (ETF). Dana yang anda laburkan tidak digunakan untuk membeli saham syarikat secara terus. Sebaliknya, dana yang terkumpul dilaburkan kedalam ETF. Ini menjadikan kurang berlakunya risiko mahupun kelemahan dalam pengurusan dana kerana ETF akan menjejak indeks pada kadar kos yang paling minima.

Perasmian Wahed Invest

9 Langkah melabur dengan Wahed Invest

Ini merupakan 9 langkah penting yang anda perlu tahu untuk mulakan pelaburan anda di Wahed Invest.

  1. Muat turun aplikasi Wahed Invest di App Store/Google Play.
  2. Buka akaun dengan masukkan maklumat seperti emel, kata laluan dan negara.
  3. Jawab beberapa soalan sebagai langkah keselamatan akan datang dan penentuan portfolio.
  4. Pilih portfolio simpanan.
  5. Lengkapkan maklumat yang diminta.
  6. Masukkan kod rujukan jika ada.
  7. Sahkan identiti dengan gambar kad pengenalan dan selfie.
  8. Minimum deposit simpanan sebanyak RM100 melalui perbankan atas talian.
  9. Sistem akan memproses permohonan anda dan tunggu sehingga mendapat pengesahan sistem. Proses ini mengambil masa dalam 3-4 hari bekerja.

Pemilihan portfolio

Merujuk kepada langkah ke-5, semasa anda menjawab soalan untuk mendaftar, sistem akan menilai jenis portfolio yang bersesuaian dengan anda.

Terdapat 7 jenis portfolio Wahed yang boleh dipilih yang bergantung kepada risiko dan pulangan. Untuk makluman anda, satu kad pengenalan boleh membuka dua jenis akaun, jadi anda boleh variasikan portfolio mengikut kemampuan dan kehendak anda.

  1. Portfolio VERY AGGRESSIVE
  2. Portfolio AGGRESSIVE
  3. Portfolio MODERATLEY AGGRESSIVE
  4. Portfolio MODERATE
  5. Portfolio MODERATE CONSERVATIVE
  6. Portfolio CONSERVATIVE
  7. Portfolio GOLD

Setiap portfolio direka mengikut laras risiko dan pulangan yang akan ditanggung oleh pelabur. Jika anda seorang yang sanggup mengambil risiko yang tinggi, Portfolio Very Aggressive adalah yang paling sesuai untuk anda. Manakala lain-lain portfolio pula boleh dipilih mengikut kesanggupan anda sebagai seorang pelabur.

Jadual portfolio wahed invest

Platform pelaburan Wahed Invest

Dalam pelaburan ini sudah semestinya kita sendiri tahu akan ada pasang surutnya. Namun, apa yang membuatkan Wahed ini lebih istimewa berbanding platform pelaburan yang lain? Ini antara 8 kelebihan yang anda perlu tahu

  1. Dilindungi dari penipuan. Ini disebabkan Wahed telah pun mendapat pengesahan dari Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
  2. Diseliakan secara digital. Transaksi boleh dilakukan dengan lebih mudah dan tidak memerlukan tenaga kerja manusia.
  3. Hanya memerlukan bayaran minimum RM100 untuk membuka akaun. Pelabur tidak boleh keluarkan simpanan dalam tempoh 30 hari. Kemudian, sepanjang tempoh tersebut atau selepasnya, anda boleh terus menambah simpanan.
  4. Dilengkapi dengan konsep kod rujukan (referral code) yang boleh disebarkan untuk mendapat lebih banyak bonus. Sebagai contoh, jika kawan anda turut menggunakan Wahed dan masukkan kod rujukan anda, kedua-dua anda akan mendapat $10 selepas 30 hari.
  5. Pengeluaran pula boleh dibuat serendah RM1 ke dalam akaun bank anda sendiri. Namun, proses transaksi ini mengambil masa 1-7 hari untuk diproses.
  6. Wahed Invest ini dikendalikan oleh Robo Advisor iaitu sebuah platform menggunakan algoritma dan AI (artificial intelligence). Fungsinya adalah menyelia dan menyusun atur pelaburan dengan lebih berkesan serta meminimumkan kerugian pelaburan.
  7. Medium untuk anda mendisplinkan diri dalam menabung! Di sini anda bukan sahaja dapat membuat simpanan, malah dapat ‘beranakkan’ duit anda dan dapat keuntungan pasif daripada simpanan tersebut.
  8. Data peribadi anda akan dilindungi dari sebarang penyalahgunaan atau pencerobohan.

Ubah cara anda menabung sekarang!

Menurut Syakir Hashim selaku Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Asia Pasifik, Wahed Inc. mengatakan bahawa majority simpanan rakyat Malaysia hanya bertahan kurang dari 6 bulan. Makan dengan adanya Wahed Invest ini memberi peluang kepada orang ramai khususnya umat Islam di Malaysia untuk menyimpan dan mendapat manfaat daripadanya.

“Kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa satu daripada setiap lima rakyat Malaysia tidak berjaya menyimpan wang dalam tempoh enam bulan. Melalui Wahed, kami menggalakkan pelabur-pelabur kami untuk menjaga kesejahteraan kewangan mereka dengan menyediakan alat pelaburan yang lebih bijak selaras dengan kepercayaan mereka. Kami berhasrat untuk memastikan semua umat Islam mempunyai akses kepada portfolio pelaburan patuh Syariah yang cekap, tanpa mengira status ekonomi atau lokasi geografi mereka,”

Pelaburan patuh syariah

Jadikan tahun baru 2021 sebagai pembakar semangat untuk mula melabur. Bila dividen pelaburan anda mencapai tempoh matang bolehlah anda keluarkan untuk jadikan modal berniaga.

Berniaga secara online juga semakin mendapat sambutan. Apa kata anda rebut peluang ini untuk mencipta perniagaan pencetakan. Di DIY Printing Supply, semua kemudahan dan alatan pencetakan disediakan. Kini tiba masanya untuk anda mulakan perniagaan sendiri!

 

 

Berminat nak mulakan bisnes sendiri?