Buat peminat fesyen di Malaysia, semestinya jenama ZARA tidak asing lagi dalam kalangan anda. Mungkin buat mereka yang kurang arif tentang fesyen melihat jenama ini sebuah butik pakaian yang mahal. Namun, sebenarnya jenama pakaian Zara ini masih mampu milik tau.
Kalau ada yang belum tahu, mari kami kongsikan serba sedikit tentang latar belakang dan pasaran fesyen Zara di Malaysia.
Latar belakang ZARA
ZARA merupakan jenama pakaian dan aksesori yang bertapak di Sepanyol. Mereka memiliki ibu pejabat di Arteixo, Galicia. Jenama pakaian diperkenalkan pada tahun 1975 dan diterajui oleh 2 pengasas utama iaitu Amancio Ortega dan Rosalia Mera.
Amancio Ortega membuka kedai ZARA yang pertama pada tahun 1975 di pusat A Coruña, Galicia, Sepanyol. Ortega pada mulanya menamakan kedai itu Zorba setelah filem klasik ‘Zorba the Greek’, tetapi setelah mengetahui ada sebuah bar dengan nama yang sama dua blok jauhnya, mereka menyusun kembali huruf-huruf yang dicetak untuk tanda “ZARA”. Dipercayai tambahan “a” berasal dari sekumpulan surat tambahan yang telah dibuat untuk syarikat itu.

Buat makluman anda, ZARA ini bernaung di bawah sebuah syarikat pengeluar fesyen terbesar di Eropah iaitu Inditex Group. Syarikat ini telah mengendalikan lebih 7,200 butik di seluruh 93 pasaran fesyen di seluruh dunia.
ZARA ni jual baju je ke? Sebenarnya jenama ini telah meluaskan pasarannya bukan sahaja pada pakaian. Antara koleksi fesyen yang diketengahkan oleh ZARA termasuk pakaian lelaki dan perempuan, pakaian kanak-kanak, koleksi aksesori seperti bag dan kasut, minyak wangi dan tidak ketinggalan dekorasi rumah. Banyak kan?
Apa yang istimewanya ZARA?
Mungkin ada yang tertanya-tanya apa keistimewaan jenama pakaian ZARA ini. Kelebihan ZARA adalah mereka menyediakan pakaian yang berkualiti, selesa serta rekaan terkini dengan harga yang masih mampu milik. Boleh dikatakan ZARA ini pakaian yang premium tetapi masih sesuai digayakan oleh golongan di kelas pertengahan.
ZARA juga menitikberatkan soal fesyen mengikut keinginan pengguna. Setiap respon dan permintaan pengguna akan diambil perhatian untuk menambah baik koleksi pakaian yang akan datang.

Tidak ketinggalan, servis penghantaran dan pemulangan semula juga diselia dengan rapi bagi memuaskan pengalaman membeli belah secara dalam talian untuk pengguna.
Jenama fesyen tersohor, Louis Vuitton Fashion menerusi pengarahnya, Daniel Piette mengatakan bahawa Zara sebagai “retailer yang paling inovatif dan sangat efektif di dunia ini.” Manakala CNN pula memberitahu, Zara juga disebut-sebut sebagai “Spanish success story.”
Kalau betul-betul nak rasai keistimewaan ZARA ini memang kena cuba sendiri. Kalau tak cuba kita tak tahu.
Sambutan ZARA Malaysia
Di Malaysia, ZARA mendapat sambutan yang baik dalam kalangan penggemar fesyen. Beberapa butiknya telah dibuka di pusat beli-belah ternama di sekitar kawasan Lembah Klang. Berikut adalah senarai butik ZARA di Malaysia;
Butik ZARA di sekitar Malaysia
- Suria KLCC, Kuala Lumpur
- Pavilion, Kuala Lumpur
- My Town, Kuala Lumpur
- Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur
- Bangsar Village II, Kuala Lumpur
- 1 Utama, Bandar Utama
- Sunway Pyramid, Petaling Jay
- Setia City Mall, Setia Alam

Tetapi sempena wabak COVID-19 melanda, pihak ZARA Malaysia telah mengambil langkah pencegahan awal dengan menutup kesemua butiknya. Namun, bagi yang berminat anda masih berpeluang untuk shopping online. Sekarang ni ada koleksi tahun baru sempena 2021 tau. Cantik sangat!
Melihat kejayaan ZARA pada hari ini pasti memberi motivasi kepada para pengusaha fesyen tempatan untuk lebih berkembang maju. Siapa tahu suatu hari nanti jenama anda juga mampu ke persada antarabangsa.
Jadi bagi mereka yang terinspirasi dengan ZARA ini dan baru bercadang untuk membuka perniagaan sendiri. Apa kata anda mulakan dengan perniagaan percetakan. Bunyi macam seronok kan?
Ya! memang seronok. Sesuai untuk yang ingin berniaga part-time. Kalau nak jadikan full-time job pun boleh. Yang penting boleh buat duit. Kami juga akan sediakan alat cetakan dan latihan keusahawanan untuk anda. Jadi jom sertai kami sekarang!