1) Adakah perniagaan ini bersesuaian dengan saya?
Ya sudah pasti, kerana proses perniagaan ini semudah 1..2..3.. Dan permintaan untuk barangan percetakan ini tiada penamatnya. Perniagaan ini sesuai dijalankan sebagai pekerjaan separuh masa mahupun tetap. Boleh dilakukan di rumah atau pun sebagai industri SME.
2) Saya punyai pengetahuan dalam seni-reka grafik, boleh saya mula perniagaan ini?
Itu adalah satu kelebihan untuk memulakannya dan buat anda berbeza dari yang lain.
3) Apakah latihan insentif yang diberikan?
Latihan secara praktikal sedia untuk anda, dan kami menyediakan ruang yang selesa hingga 5 orang dalam sesuatu masa sekiranya ingin membawa rakan perniagaan. Atau lebih baik sekiranya menyertai program akademi kami, DIY PRINTpreneur Academy School (DPAS) sebagai latihan selanjutnya dan mendalami ilmu asas sebagai PRINTpreneur.
4) Saya menetap jauh dari lokasi kedai, adakah penghantaran boleh dilakukan?
Ya, sudah pasti. Kami sedia lakukan penghantaran setelah menerima bayaran penuh. Biasanya, barang akan di terima 2-5 hari bergantung pada keadaan kawasan anda.
5) Adakah saya boleh bayar secara ansuran?
Ya, pelan bayaran tanpa nilai tambahan sedia untuk pemegang kredit kad Maybank, CIMB dan AEON sehingga 12 bulan.
6) Adakah latihan dapat diberikan sekiranya saya punyai mesin percetakan dari pembekal lain?
Adalah tidak digalakkan untuk menghadiri latihan ini kerana, perbezaan ciri mesin yang agak ketara dengan brand HEATranz. Kami lebih yakin, mesin percetakan mahupun produk yang dibekalkan akan menghasilkan mutu yang lebih baik. Jangka hayat yang lebih panjang dengan waranti hingga 2 tahun.