1. Perbezaan Kaedah Percetakan untuk Perniagaan Percetakan DIY
Lebih lanjut mengenai percetakan pemindahan haba teknologi dalam percetakan sublimasi & percetakan pemindahan.
2. Bantuan Teknikal
Mempunyai masalah di dalam pengeluaran? Usah risau. Kami sentiasa bersedia untuk memberikan anda bantuan teknikal di laman sesawang, telefon, SMS, e-mel atau Skype. Biar kami uruskan gangguan pengeluaran anda.
3. Penyelidikan & Pembangunan
Teknologi percetakan berubah dari masa ke semasa. Sebagai pemimpin pasaran, pasukan R & D kami sentiasa belajar dan berkongsi dengan anda teknologi, teknik & resepi percetakan yang terkini.
4. Kit Permulaan Perniagaan
Dengan kit permulaan perniagaan kami seperti gambar produk tanpa watermark kami atau logo dan katalog produk, anda boleh memulakan perniagaan dan menonjolkan perniagaan hadiah anda dengan segera.
5. Manual Pengguna
Ooops, terlupa bagaimana untuk menjalankan mesin dan pencetak selepas latihan intensif kami? Jangan panik. Anda sentiasa boleh merujuk kepada manual pengguna kami yang banyak memberikan maklumat untuk jawapan.
6. Templat Reka Bentuk
Dengan rekaan yang diubahsuai pada hadiah, anda boleh menjual hadiah anda pada harga tinggi. Kami memberikan lebih dari 200 gambar reka bentuk templat di dalam fail PSD & pautan lain untuk anda muat turun secara dalam talian.
7. Tutorial Adobe
Adobe adalah perisian profesional grafik dan reka bentuk gambar. Kami memberikan tutorial aturan langkah demi langkah Adobe Photoshop untuk anda meningkatkan kebolehan mereka bentuk grafik anda.
8. Tutorial Video
1. Kualiti Produk & Kepuasan Pengguna
Sebagai pemimpin pasaran & pemborong yang bereputasi, kami sentiasa memberikan harga yang terbaik, khidmat yang terbaik dan mestilah, intergriti yang terbaik untuk pelanggan kami yang istimewa.
2. Bayar & Bawa dan Tiada Kuantiti Pesanan Minimum
Kami mempunyai gudang yang besar untuk mengawal ketersediaan bekalan untuk menyokong pelanggan kami dengan bekalan sedia ada. Tiada kuantiti pesanan minimum jika membuat pesanan dengan kami. Hanya datang, bayar & bawa pulang.
3. Aktiviti Promosi Jualan Beli X Dapat Y
Untuk membantu pelanggan kami mengurangkan kos bahan, kami menawarkan aktiviti promosi Beli X Dapat Y sepanjang masa. Contohnya, beli 11 biji mug dengan harga belian 10 biji mug.
4. Latihan di Tempat & Bengkel Tutorial
Kami akan mengaturkan "Satu Hari Bengkel" latihan amali dari masa ke semasa untuk berkongsi tip tentang percetakan pemindahan haba, penyenggaraan pencetak, Adobe Photoshop / Illustrator dan banyak lagi.
5. Borang Pesanan Dalam Talian & Jejak Sejarah Pesanan
Kedai anda jauh dari pejabat kami? Hanya log masuk ke dalam akaun ahli anda di sistem pesanan dalam talian kami, buat pesanan, buat pembayaran dan barang akan di dihantar kepada anda dalam 3 hari bekerja.
6. Selepas Jualan & Khidmat Pelanggan untuk Produk & Pertanyaan Berkenaan Pesanan
Selain daripada sistem pesanan dalam talian kami yang mesra pengguna, anda juga boleh membuat pesanan melalui telefon, Skype atau e-mel, jurujual kami akan melayan anda & menguruskan pesanan anda juga.
7. Harga Pasaran Runcit Yang Disyorkan
Bagus, anda hanya satu langkah sahaja lagi untuk membuat keuntungan dari perniagaan percetakan. Kami menyediakan garis panduan harga runcit pasaran untuk kebanyakan barangan hadiah untuk anda.
8. Alat Kelengkapan Promosi (Bunting & Risalah)
Dengan alat kelengkapan promosi percuma dari kami seperti bunting dan risalah, anda boleh mula mempromosikan perniagaan percetakan hadiah anda kepada pelanggan yang datang ke kedai anda. Kami mendoakan anda mempunyai Perniagaan Yang Baik!
Mengapa Kami?
DIY Printing Supply Sdn Bhd sentiasa menantikan usahawan seperti anda yang ingin memulakan perniagaan pencetakan bersama kami dengan pelbagai pakej untuk memulakan perniagaan. Kami adalah pembekal semua mesin pencetakan, aksesori, barangan, kertas & dakwat consumables pada harga borong yang sesuai dengan keperluan perniagaan anda. Kami juga menawarkan sokongan teknikal secara berterusan untuk membina hubungan perniagaan yang jangka masa panjang.
Latihan Tutorial & Bantuan Teknikal
Kami menyediakan latihan tutorial komprehensif, intensif, interaktif & praktikal kepada anda untuk memulakan perniagaan pencetakan hadiah anda. Kami turut menyediakan bantuan teknikal & boleh dihubungi melalui e-mail, telefon, SMS, Skype, Web, dll
Pilihan 1 : Rujuk Manual Pengguna atau Tutorial Video dalam talian
Pilihan 2 : Lawati bilik pameran kami & buat temujanji latihan dengan kami
Anda boleh menggunakan Perisian Graphic Design anda sendiri seperti Adobe Illustrator & Photoshop, Corel Draw, Adobe Indesign, Adobe Flash, Art Rage, Wacom Tablets, Corel Paint, Adobe Premiere, dll untuk mereka percetakan hadiah anda.
Cadangan Harga Runcit Pasaran & Senarai Keuntungan Bersih
Anda akan diberikan panduan sebagai rujukan untuk memulakan perniagaan anda
No. | Hadiah Premium | Bahan | Percetakan | Harga Kos | Harga Runcit | Keuntungan Bersih |
1. | Mug Putih | 4.00 | 0.35 | 4.35 | 27.00 | 22.65 |
2. | Sarung Telefon Bimbit | 7.00 | 0.15 | 7.15 | 39.00 | 31.85 |
3. | Dryfit Tee | 13.00 | 1.00 | 14.00 | 45.00 | 31.00 |
4. | Lencana Butang | 0.40 | 0.05 | 0.45 | 8.00 | 7.55 |
5. | Kad PVC | 0.30 | 0.05 | 0.35 | 8.00 | 7.65 |
6. | Pelekat Nama | 1.40 | 0.15 | 1.55 | 15 | 13.45 |
Perbezaan Antara Pencetak RICOH & EPSON
No. | Perbezaan | Pencetak Ricoh GelJet |
Pencetak Epson Inkjet
* Cadangan |
||||||||||
1. |
Warna
Pencetak |
Percetakan 4-Warna
|
Percetakan 6-Warna
|
||||||||||
2. |
Resolusi Percetakan |
Maximum 3,600 X 1,200 dot per inci |
Sehingga 5,760 X 1,440 dot per inci |
||||||||||
3. |
Kelajuan Pencetak |
5 minit untuk percetakan berwarna penuh A4 | 3 minit untuk percetakan berwarna penuh A4 | ||||||||||
4. |
Saiz Percetakan |
28.7 cm × 20.0 cm | 29.5 cm × 21.0 cm | ||||||||||
5. |
Kapasiti Percetakan |
300 - 500 muka surat | 800 - 1,200 muka surat | ||||||||||
6. |
Kos Percetakan |
|
|
||||||||||
7. |
Bahagian Cetakan |
Percetakan Auto Duplex (Dua Sisi) |
Satu sisi cetakan pada 1 masa |
||||||||||
8. |
Dakwat Consumables |
Pencetak Ricoh GelJet & Dakwat Gel Katrij (120 ml) [30 ml X 4 Katrij] * Berasaskan Gel & Cepat Kering |
Pencetak Epson Inkjet & CISS dengan Dakwat Consumables (600ml) [100 ml X 6 Warna] * Berasaskan Air & Lambat Kering * CISS = Continuous Ink Supply System |
||||||||||
9. |
Penjagaan & Penyenggelaraan |
Kurang terjadinya printhead tersumbat kerana gel pigment mengekalkan kelinciran muncung
|
Pastikan pencetakan dibuat setiap 3 hari sekali untuk mengelakkan printhead daripada tersumbat
|
||||||||||
10. |
Penggunaan Kuasa |
26.8 W |
|
Mengenai DIYPrintingSupply.com
Mengenai Hadiah Rekaan Khas
Mengenai Percetakan Pemindahan Haba
Mengenai Permulaan Perniagaan
Mengenai Tip Pemasaran
1. Percetakan Pemindahan Haba
Percetakan pemindahan haba adalah pilihan yang terkenal bagi SME di dalam industri perniagaan percetakan hadiah kerana ia menawarkan kos yang rendah dan keuntungan perniagaan yang tinggi. Mesin pemindahan haba boleh menghasilkan lebih dari 100 jenis produk percetakan hadiah DIY seperti Kemeja-T, mug bergambar, susun suai gambar, kusyen bergambar dan banyak lagi.
Kelebihan perniagaan ini adalah sasaran pasaran anda sangat besar. Sama ada pelajar sekolah yang cuba mencari sesuatu yang istimewa untuk guru mereka pada Hari Guru, seorang anak perempuan yang mahu memberikan penghargaan kepada ibunya pada hari jadinya atau acara oleh majikan berprofil tinggi yang mahu memberi motivasi kepada pekerjanya ketika musim pemberian hadiah. Seperti pepatah ini "selagi ada kasih sayang sesama kita, selagi itu ada pasaran untuk perniagaan percetakan hadiah".
Perkara yang paling penting adalah untuk menarik minat pelanggan anda dalam "Keunikan Reka Bentuk" produk anda. Sentiasa memberikan faktor WOW dalam reka bentuk anda dan sentiasa bereksperimen dengan reka bentuk anda. Cuba bayangkan, anda memakai kemeja-T yang dicetak dengan gambar, slogan, mesej yang anda suka.
2. Pembuatan Lencana Butang
Salah satu sebab yang terkenal kenapa sentiasa ada kenaikan bilangan pemilik perniagaan yang terlibat dengan pembuatan lencana butang adalah kerana ia adalah cara paling mudah untuk mendapatkan keuntungan. Perniagaan ini sangat berpatutan (atau pun anda boleh katakan ia murah), bermakna dan mudah alih di mana-mana.
Kenapa kita panggil ia perniagaan membuat duit? Ini adalah sebabnya:
3. Percetakan Kad PVC
Kebiasaannya, perniagaan ini berkaitan dengan pembuatan "tag nama" yang kita selalu boleh lihat dipakai oleh pelajar kolej dan universiti yang mana mereka panggil sebagai "matrik kad" atau "kad id pelajar". Sektor korporat juga menggunakan kad ini untuk pengenalan pekerja untuk tujuan keselamatan. Nama baru untuk kad jenis ini adalah kad id PVC.
Sebab utama kenapa anda mesti terlibat dengan perniagaan ini adalah kerana anda mempunyai senarai sasaran pasaran yang panjang . Siapakah sasaran anda di dalam perniagaan ini?
Sasaran untuk perniagaan kad ID PVC DIY (Layan Diri) adalah:
4. Percetakan Pelekat Nama
Walaupun pelekat nama tidak di anggap sebagai barangan keperluan tetapi ia mempunyai peminatnya yang tersendiri. Pelekat dengan nama anda sendiri, alamat syarikat dan butiran perhubungan yang sesuai adalah salah satu cara untuk nampak lebih teratur dan diperakui oleh yang lain. Penggunaan pelekat sudah menjadi kebiasaan bukan sahaja untuk kegunaan peribadi, tetapi untuk sektor korporat juga. Berikut adalah beberapa idea yang anda boleh cadangkan kepada pelanggan dalam perniagaan ini:
5. Pakej Cutting Plotter
Benarkan kami memberikan sedikit penerangan mengenai Cutting Plotter sebagai permulaan. Cutting plotter adalah mesin untuk menghasilkan ukiran pada kertas, Mylar dan vinyl. Konsepnya sama seperti mengukir kayu. Tetapi kita tidak ukir pada kayu, kita membuat ukiran pada kertas, pelekat, Mylar, atau vinyl.
Jika anda seorang yang berjiwa seni, perniagaan ini sangat sesuai dengan anda. Ini kerana anda boleh menonjolkan seni kreatif anda untuk menghasilkan kerja seni yang unik dan menjimatkan masa. Anda juga boleh menghasilkan pendapatan menggunakan kreativiti anda sendiri.
a. Mulakan dari Rumah atau Kedai Runcit
Tidak mempunyai kedai bukanlah isu yang besar untuk memulakan perniagaan percetakan hadiah bergambar DIY. Dengan menggunakan kehebatan internet, anda sudah boleh memulakan perniagaan daripada rumah. Mulakan dengan membangunkan laman sesawang atau blog anda sendiri untuk mengenalkan produk anda. Anda juga boleh mencuba untuk menyertai pameran atau pameran perniagaan untuk menarik minat pelanggan yang datang dan dapat maklum balas secara lansung daripada mereka.
b. Modal Pelaburan Rendah
DIY Printing Supply Sdn Bhd adalah Pusat Perhentian pemborong pakar dalam mesin tekanan haba untuk percetakan pemindahan haba, cutting plotter, mesin lencana butang dan lain-lain menggunakan teknologi percetakan yang maju. Kami menawarkan harga yang berpatutan untuk bersaing dengan lain di dalam pasaran hadiah. Kami juga menawarkan pakej perniagaan percetakan hadiah bergambar DIY yang mengikut budget anda untuk memulakan perniagaan percetakan hadiah anda sendiri.
c. Operasi Mudah bagi Mesin dan Pengeluaran
Semua mesin DIYPrintingSupply.com adalah mesra pengguna dan mudah untuk dioperasi. Tidak mahir dengan bahagian teknikal? Jangan risau, kami menyediakan latihan produk secara percuma untuk setiap pembelian pakej perniagaan kami. Tambahan, kami juga akan menyediakan tutorial video dan manual pengguna yang akan menjadi panduan anda akan datang.
d. Perniagaan Sepenuh Masa atau Separuh Masa
Ramai yang berminat untuk memulakan perniagaan kerana mahu mengubah gaya hidup. Jika anda berminat untuk terlibat dalam perniagaan dan dalam masa yang sama masih ingin mengekalkan kerja harian anda, percetakan hadiah bergambar DIY adalah pilihan yang terbaik. Perniagaan ini membenarkan anda untuk meneruskan kerja harian anda dan menjadikan perniagaan ini sebagai pekerjaan separuh masa. Perniagaan ini akan membantu anda untuk menghasilkan lebih pendapatan dan pasti akan mengubah gaya hidup anda.
e. Pelbagai Pakej Permulaan Perniagaan
Kami membantu anda untuk menumpukan perhatian dengan apa yang anda minat dan apa yang anda tahu dengan menawarkan pelbagai pakej permulaan. Kongsikan dengan kami apa yang anda ingin khususkan dalam apa jenis jenis produk hadiah dan kami akan mencadangkan pakej perniagaan yang terbaik untuk anda.
f. Tinggi Permintaan Pasaran
Idea hadiah reka bentuk khas mempunyai pasaran potensi pelanggan yang luas. Sasaran pelanggan anda boleh jadi pembelian individu atau pesanan pukal terutamanya sektor korporat, sektor kerajaan, sekolah, universiti, kolej dan lain-lain. Mereka ini akan sentiasa mencari hadiah sama ada untuk acara istimewa seperti hari jadi, ulang tahun atau untuk faktor perniagaan untuk kempen pemasaran. Selagi ada kasih sayang antara kita, selagi itu sentiasa ada pasaran untuk hadiah reka bentuk khas.