Bahagian I - Apakah itu Percetakan Pemindahan Haba?
Beberapa tahun yang lalu, percetakan pemindahan haba digunakan dalam pencetakan barang-barang baru seperti polister dan kemeja-T. Tetapi kini percetakan pemindahan haba telah mendapat perhatian dan keutamaan dalam beberapa industri terutamanya dalam industri hadiah rekaan khas sebagai alternatif untuk mencetak lebih banyak hadiah rekaan khas yang unik tanpa MOQ.
Jika kita ambil pencetakan kemeja-T sebagai contoh , pencetakan kemeja-T dengan menggunakan pemindahan pencetakan haba boleh di kelaskan kepada tiga kategori:
1. Pencetakan Sublimasi:
Digunakan pada dryfit, microfiber, jersey, poliester, kemeja-T cepat kering dan bahan yang berpermukaan bersalut seperti mug bersalut, plat bersalut, dll.
Pencetakan sublimasi menggunakan dakwat sublimasi & kertas sublimasi
dalam proses percetakan.
Ia memindahkan dakwat sublimasi pada fabrik melalui suhu yang tinggi & tekanan dalam masa 1 minit. Kemeja-T Sublimasi
biasanya akan kekal, mempunyai imej yang jelas dengan tekstur lembut apabila disentuh menggunakan tangan.
2. Percetakan Pemindahan:
Boleh digunakan pada semua jenis fabrik seperti kemeja kapas, kemeja polister, topi dan banyak lagi dalam pelbagai warna.
Percetakan pemindahan menggunakan dakwat pigment and kertas pemindahan dalam proses percetakan.
Terdapat dua jenis kertas pemindahan iaitu asas cerah untuk kemeja-T berwarna putih dan asas gelap untuk kemeja bergambar.
Kami menggunakan kertas pemindahan original (jenama ATT) dari USA untuk kualiti pencetakan yang lebih baik.
3. Percetakan Vinyl:
Sesuai untuk filem pemindahan vinyl seperti Flock,
PU,
Glitter,
Bercahaya di dalam Gelap,
Reflektif &
bahan Hologram.
Pencetakan vinyl adalah terhad kerana hanya boleh menggunakan satu warna untuk percetakan.
Reka bentuk akan direka menggunakan perisian, kemudian akan dihantar ke pemotong vinyl atau plotter untuk dipotong.
Selepas dipotong, kami akan mengeluarkan potongan vinyl yang tidak diperlukan dari filem pemindahan vinyl asal dan ia boleh terus dipanaskan ke permukaan fabrik anda.