Mesin Tekanan Haba Malaysia

Bahagian II - Mesin Heat Press (mesin tekanan haba) - Pengenalan
Mesin heat press adalah mesin yang direka bentuk untuk mencetak reka bentuk atau grafik pada substrat, seperti kemeja-T, dengan menggunakan haba dan tekanan untuk tempoh masa yang ditetapkan.

Walaupun heat press sering digunakan untuk mencetak rekaan pada fabrik, ia juga boleh digunakan untuk mencetak reka bentuk pada mug, plat, jigsaw puzzle dll dengan teknologi percetakan canggih yang disebut pencetakan SUBLIMASI dengan menggunakan dakwat sublimasi & kertas sublimasi.

Sebagai pembekal terkemuka Malaysia dalam mesin heat press, kami dengan bangganya mengumumkan mesin heat press jenama kami sendiri di dalam industri percetakan heat press - HEATranz.

Ingin tahu bagaimana menggunakan mesin heat press kami? Ia semudah A-B-C. Anda hanya perlu tahu cara menetapkan suhu, tekanan dan masa untuk memanaskan setiap item, itu sahaja!

Dalam latihan langsung kami, kami akan berkongsi carta suhu mesin heat press dengan anda supaya anda tidak perlu mengingat semuanya. Kami juga akan berkongsi dengan anda manual pengguna tentang cara mengendalikan setiap fungsi mesin heat press dengan mudah.

Nilai jenama HEATranz kami adalah Berkualiti, Mampu Milik, Mempunyai Sokongan & Tidak Rumit.
img
Video: Cara untuk Mencetak Kemeja-T Menggunakan Mesin Tekanan Haba Kombo


Mesin heat press manual dan automatik dengan size A3 atau A4 boleh didapati secara meluas. Gaya baru untuk mesin heat press semi-automatik juga telah memasuki pasaran, ia dapat ditutup secara manual dan dibuka secara automatik.

Teknologi digital dalam mesin heat press baru ini membolehkan kawalan yang tepat terhadap tahap suhu haba, tekanan dan masa. Mesin heat press yang biasa hanya menggunakan permukaan yang mendatar untuk memproses.

Dengan reka bentuk yang berbentuk "kulit kerang", elemen haba yang berada di atas dibuka seperti kulit kerang, manakala dalam reka bentuk "ayunan", plat pemanas diayun ke tepi daripada plat bahagian bawah.

Jenis rekaan lain berbentuk "laci pengeluar penekan" membolehkan plat bawah ditarik keluar seperti laci yang dikeluarkan dari pemanas untuk penyediaan grafik.

Kebanyakkan mesin heat press yang berada di pasaran menggunakan elemen pemanasan atas aluminium dengan rod haba yang diletakkan ke dalam aluminium atau dawai pemanas pada elemen.

Jangan risau tentang alat ganti mesin heat press kami, sebagai pembekal terbesar di Malaysia, kami menyimpan semua alat ganti seperti papan plat, balutan silikon, tikar silikon, kertas tekan panas dan lain-lain untuk keperluan anda.

Sebilangan besar pengusaha / pelanggan lebih suka membeli mesin heat press dari DIYPrintingSupply hanya kerana kami menawarkan lebih banyak perkhidmatan tambah nilai seperti latihan intensif, sokongan teknikal & perniagaan yang sangat penting dalam menjalankan / memulakan perniagaan percetakan mereka dengan bebas dari masalah.

p / s: PENJUAL di Shopee, Lazada, Mudah.my atau mana-mana penjual mesin heat press terpakai TIDAK AKAN MENYEDIAKAN perkhidmatan tambah nilai di atas sebagai DIYPrintingSupply.

Berapakah harga mesin heat press untuk memulakan perniagaan percetakan saya? Lihat 3 jenis perniagaan percetakan tekan panas yang kami tawarkan.

Dengan pakej promo penuh kami, anda bukan sahaja mendapatkan harga terbaik untuk mesin heat press, tetapi juga sokongan penuh perniagaan & teknikal untuk memulakan perniagaan mencetak t-shirt & hadiah anda.


Source: Mesin Tekanan Haba @ WIKIPEDIA


>> Klik di sini untuk ke Bahagian III - Bagaimana Memilih Mesin Tekanan Haba Yang Sesuai Dengan Anda?

Memuatkan ...