Soalan Lazim

Di sini ada semua jawapan untuk soalan umum anda. Jika tiada jawapan bagi soalan yang anda cari di bawah, sila Beritahu Kami!

Pertanyaan Mengenai Produk

 Kenapa Kami?

DIY Printing Supply Sdn Bhd sentiasa mengalu-alukan usahawan seperti anda untuk memulakan atau mengembangkan perniagaan percetakkan dengan kami yang mempunyai pelbagai pakej memulakan perniagaan. Kami membekalkan pelbagai jenis mesin pencetak, aksesori, bahan, kertas & dakwat pencetakkan pada harga borong untuk memenuhi keperluan perniagaan anda. Kami juga menyediakan sokongan teknikal untuk membina hubungan perniagaan jangka masa panjang. 
 

 1.  Anugerah 'Asia Pacific Top Excellence Brand'
 2.  Borang Pesanan Atas Talian & Jejak Sejarah Pesanan
 3.  Tunai & Bawa dan Tiada Kuantiti Pesanan Minima
 4.  Sokongan FAQ & Jawapan tentang Persoalan Teknikal
 5.  Penghantaran ke Semenanjung Malaysia & Sabah, Sarawak, Singapura & Brunei
 6.  Menjawab Persoalan Tentang Penjualan & Perkhidmatan untuk Produk & Pesanan

 Latihan Tutorial & Bantuan Teknikal

Kami menyediakan latihan tutorial komprehensif, intensif, interaktif & praktikal untuk anda memulakan perniagaan pencetakan hadiah anda. Kami secara teknikal menyokong anda melalui e-mel, telefon, SMS, Skype, Web dll.

Pilihan 1 : Rujuk kepada Manual Pengguna atau Video Tutorial secara atas talian.
Pilihan 2 : Melawat bilik pameran kami & buat temujanji latihan dengan kami.

Anda boleh menggunakan Graphic Design Software anda sendiri seperti Adobe Illustrator & Photoshop, Corel Draw, Adobe Indesign, Adobe Flash, Art Rage, Wacom Tablets, Corel Paint, Adobe Premiere, dll untuk menyesuaikan reka bentuk pencetakkan hadiah anda dengan istimewa dan bersifat peribadi.


 Cadangan Harga Runcit & Senarai Jumlah Margin Keuntungan

Kami akan beri anda panduan rujukan untuk memulakan perniagaan anda.

No. Hadiah Premium Bahan Cetakan Harga Kos Harga Runcit Untung Bersih
1. Mug Putih 4.00 0.35 4.35 27.00 22.65
2. Sarung Telefon Bimbit 7.00 0.15 7.15 39.00 31.85
3. Dryfit Tee 13.00 1.00 14.00 45.00 31.00
4. Lencana Butang 0.40 0.05 0.45 8.00 7.55
5. Kad PVC 0.30 0.05 0.35 8.00 7.65
6. Pelekat Nama 1.40 0.15 1.55 15 13.45
 

 Perbezaan Antara Pencetakan RICOH & EPSON

No. Perbezaan Pencetak Ricoh GelJet Pencetak Epson Inkjet
* Cadangan
1.
Warna
Pencetak
4-Warna Pencetak
- Cyan
- Magenta
- Kuning
- Hitam

6-Warna Pencetak
- Cyan
- Magenta
- Kuning
- Hitam
- Cyan Terang
- Magenta Terang
2.
Resolusi
Pencetak

Maksimum 3,600 X 1,200
dot setiap inci

Sehingga 5,760 X 1,440
dot setiap inci
3.
Kelajuan
Mencetak

5 minit untuk warna penuh pencetakan A4

3 minit untuk warna penuh pencetakan A4
4.
Saiz
Cetakan
28.7 cm × 20.0 cm 29.5 cm × 21.0 cm
5.
Kapasiti
Cetakan
300 - 500 muka surat 800 - 1,200 muka surat
6.
Kos
Cetakan
SubTrans RM 0.64 / A4
GelTrans RM 0.64 / A4

Dakwat Sublimasi
RM 0.40 / A4
Dakwat Pigment RM 0.30 / A4
Dakwat Dye RM 0.10 / A4
7.
Bahagian
Cetakan
Pencetakan Auto Duplex
(dua sisi)
Satu sisi cetakan pada
1 masa
8.
Dakwat
Consumables
Pencetak Ricoh GelJet & Gel Ink Cartridges (120 ml)
[30 ml X 4 Katrij]
* Berasaskan gel & Cepat Kering

Pencetak Epson Inkjet & CISS bersama Dakwat Consumables (600ml)
[100 ml X 6 Warna]
* Berasaskan Air & Lambat Kering
* CISS = Continuous Ink Supply System
 
9.
Penjagaan &
Penyelenggaraan

Kurang terjadinya printhead tersumbat kerana gel pigment mengekalkan kelinciran muncung
- Nozzle Check
- Head Cleaning
- Head Flushing
 

Pastikan pencetakan dibuat setiap 3 hari sekali untuk mengelakkan printhead daripada tersumbat
- Nozzle Check
- Head Cleaning
- Printhead Cleaning
10.
Penggunaan
Kuasa
26.8 W

Epson T60 13 W
Epson1390 16 W

Pertanyaan Mengenai Pesanan

 Pendaftaran Akaun Ahli

Sila hantar maklumat peribadi anda melalui SMS ke 019.3233.864 (Cik Zetty) untuk mendaftar sebagai ahli.

1. Nama
2. Nama Syarikat (jika ada)
3. Alamat Penghantaran
4. Alamat E-mel
5. No. Telefon

ID ahli & kata laluan akan ditetapkan oleh Admin Jualan kami setelah pembelian anda selesai.

Log masuk akaun ahli anda di www.DIYPrintingSupply.com & klik pada 'Member Login' di atas sebelah kanan.

Lihat profil & butiran dan taip semula kata laluan baru anda untuk tujuan keselamatan.


 Borang Pemesanan Dalam Talian

Anda boleh membuat pemesanan dalam talian menggunakan akaun ahli anda di www.DIYPrintingSupply.com.

Langkah 1: Membuat Pesanan
Tiada Minimum Order Quantity (MOQ) untuk sebarang pesanan. Anda juga boleh memesan bahan & produk yang sama untuk menikmati Promosi Beli X Percuma Y.

Langkah 2: Sahkan Pesanan
Pilih cara penghantaran iaitu melalui pengambilan sendiri di bilik pameran kami atau khidmat penghantaran sama ada di Semenanjung Malaysia atau Sabah & Sarawak.

Langkah 3: Pembelian
Sahkan pesanan, kuantiti pesanan caj penghantaran, & jumlah bayaran anda buat kali yang terakhir. Sila buat pembayaran anda di akaun Maybank kami.


Pertanyaan Mengenai Pembayaran

 Akaun Maybank

Pembayaran penuh haruslah dilunaskan sebelum penghantaran barang dilakukan.
 

 Bank : MAYBANK
 Nama Akaun : DIY Printing Supply Sdn Bhd
 No. Akaun : 5123.9806.0945
 E-mel : payment@diyprintingsupply.com 

 Kaedah Bayaran

Penghantaran akan dilakukan pada hari yang sama atau hari berikutnya setelah bayaran penuh diterima sebelum 12.00 tengah hari.

Kami menerima cara pembayaran seperti berikut: -
 

OT
:
Maybank Online Transfer 
IBG
:
IBG & IBFT Interbank Transfer 
ATM
:
ATM Transfer
 
:
 
CDM
:
Cash Deposit Machine
CDC
:
Cash Deposit Counter
 
 
 
CQ
:
Cheque Payment
MOL
:
MOL Pay

Pertanyaan Mengenai Penghantaran

 Caj Penghantaran

Penghantaran akan dilakukan setelah bukti bayaran penuh diterima.

1. Semenanjung Malaysia

 -  Caj minimum penghantaran adalah RM10.00 mengikut jumlah berat penghantaran.
 -  Caj penghantaran adalah berasaskan RM2.00/kg untuk 5kg dan keatas.
 -  Kawasan pinggir bandar akan dicaj dua kali ganda.
 -  Barangan anda akan dihantar oleh Skynet atau TA-Q-BIN dalam 2-3 hari bekerja.
 -  Nombor jejak pesanan & nota konsainan akan dihantar melalui SMS atau e-mel setelah penghantaran dilakukan.


2. Sabah & Sarawak

 -  Caj penghantaran adalah berdasarkan lokasi & berat penghantaran anda.
 -  Kawasan pinggir Bandar berkeluasan 5km akan di caj dua kali ganda.
 -  Barangan anda akan dihantar melalui Metroport, Pos Laju atau Borneo 2-3 hari waktu bekerja.
 -  Nombor jejak pesanan & nota konsainan akan dihantar melalui SMS atau e-mel setelah penghantaran dilakukan.


3. Singapura

 -  Caj penghantaran minimum ialah RM165.00 mengikut jumlah berat penghantaran.
 -  Barangan anda akan dihantar oleh Skynet dalam 2-3 hari bekerja.
 -  Nombor jejak pesanan & nota konsainan akan dihantar melalui SMS atau e-mel setelah penghantaran dilakukan.

Bantuan

 Pakej Permulaan untuk Perniagaan Pencetakan Hadiah DIY


1. Percetakan Pemindahan Haba

Percetakan Pemindahan Haba adalah permintaan yang sangat popular di SME dalam industri pencetakan hadiah kerana ia menawarkan kos yang rendah dan boleh menjana keuntungan yang tinggi. Mesin tekanan haba boleh menghasilkan lebih daripada 100 jenis produk pencetakan hadiah DIY seperti foto kemeja-T, foto mug, jingsaw puzzle, foto kusyen dll.  

Tarikan dalam perniagaan ini adalah target pasaran anda yang sangat besar seperti kanak-kanak sekolah yang cuba mendapatkan sesuatu yang istimewa untuk guru mereka pada Hari Guru, seorang anak perempuan yang ingin menunjukkan penghargaan kepada ibunya pada hari lahirnya atau acara yang dianjurkan oleh majikan yang ingin memotivasikan kakitangannya dengan hadiah yang sederhana seperti pepatah ini ."whenever there is love between us, there is always a niche market for gift printing business.".
 
Perkara paling penting di sini adalah untuk menarik perhatian pelanggan anda dari segi "KEKUATAN REKA BENTUK" produk anda. Sentiasa membawa faktor WOW dalam reka bentuk anda dan teruskan bereksperimen dengan reka bentuk anda. Bayangkan, anda memakai kemeja-t yang dicetak dengan gambar, slogan, mesej yang anda suka.
 
 
2. Pembuatan Lencana Butang

Salah satu sebab mengapa terjadinya peningkatan perniagaan button badge dalam dunia perniagaan adalah kerana ia merupakan cara paling mudah untuk menghasilkan wang. Perniagaan ini adalah sangat berbalui ( murah ), bermakna, dan mudah dibawa kemana sahaja.
 
Mengapa perniagaan ini boleh mendatangkan hasil? Inilah sebabnya:
  • Lencana Butang boleh digunakan sebagai hadiah untuk tetamu majlis perkahwinan, majlis ulang tahun, dan pelbagai perjumpaan reunion.
  • Lencana Butang sangat sesuai untuk kempen politik, kempen khas, atau kempen penganjuran dana.
  • Lencana Butang juga boleh digunakan untuk mempromosikan produk, jenama, acara, idea atau diri anda.
  • Ekspresikan diri dengan mengenakan lencana butang anda pada pakaian, topi, beg atau dempet anda.
  • Dan banyak lagi……..
 
3. Percetakan Kad PVC

Pada mulanya, perniagaan ini hanya membuat "tag nama" yang sering kita lihat oleh pelajar kolej dan universiti di mana mereka memanggilnya sebagai "kad matrik" atau "kad ID pelajar". Sektor korporat juga menggunakan kad ini untuk pengenalan kakitangan dan sebagai tujuan keselamatan. Nama baru untuk jenis kad ini ialah kad ID PVC. 
 
Sebab utama mengapa anda perlu melibatkan diri dalam perniagaan ini adalah kerana anda mempunyai banyak target pasaran.  Siapakah sasaran anda untuk perniagaan ini?
 
Sasaran untuk perniagaan DIY (Membuat Sendiri) kad ID PVC adalah:
  • Syarikat (Persendirian/ Kerajaan/Awam/ NGO)
  • Institut Pengajian Tinggi (Kolej Swasta/ Awam, Universiti Swasta/ Awam)
  • Sekolah Rendah dan Menengah
  • Institut Latihan (SDS)
  • Pengatur Acara (sentiasa memerlukan kad ID yang berbeza untuk fungsi yang berbeza)
 
4. Percetakan Pelekat Nama

Walaupun pelekat nama tidak dianggap sebagai produk keperluan tetapi ada juga yang meminatinya. Pelekat sama ada dengan nama anda sendiri, alamat syarikat dan butiran peribadi lain adalah cara untuk orang ramai melihat dengan lebih teliti. Penggunaan pelekat telah menerima sambutan yang baik dan bukan hanya untuk kegunaan peribadi tetapi juga untuk sektor korporat. Berikut adalah beberapa idea yang anda boleh mencadangkan pelanggan anda dalam perniagaan ini: 
  • Untuk pengenalan: Sebagaimana dinyatakan sebelum ini, pelekat dengan nama dan buritan peribadi anda menunjukkan profesionalisme 
  • Untuk pengiklanan atau kempen: Menggunakan pelekat pada label produk anda untuk menjadikannya lebih menarik daripada produk pesaing. Pelekat ini juga membantu anda untuk mendapatkan imej jenama anda sendiri. 
  • Untuk keseronokan: Mengumpul pelekat adalah salah satu hobi yang menyeronokkan dan menarik. Biasanya, kanak-kanak akan menjadi target kepada pelekat kartun anda iaitu merupakan kegemaran mereka.
  
5. Pakej Cutting Plotter

Kami akan berikan sedikit ulasan mengenai Cutting Plotter. Cutting Plotter adalah mesin untuk menghasilkan ukiran di atas kertas, Mylar, dan Vinyl. Konsep yang sama berlaku untuk ukiran kayu. Tetapi tidak diukir ke kayu, kita akan membuat ukiran di atas kertas, pelekat, Mylar, atau Vinyl.
 
Jika anda seorang yang berseni, maka perniagaan ini sangt sesuai untuk anda. Ini kerana anda boleh menunjukkan kreativiti artistik anda untuk menghasilkan karya seni yang unik dan menjimatkan masa. Anda juga boleh menjana lebih banyak pendapatan dengan kreativiti anda. 

 Keistimewaan Perniagaan Pencetakan Foto Hadiah DIY


a. Bermula Dari Rumah atau Perniagaan Runcit

 


Tiada kedai untuk perniagaan bukanlah masalah besar untuk memulakan perniagaan pencetakan foto hadiah DIY. Dengan menggunakan internet, anda boleh memulakan perniagaan anda di rumah. Mulakan dengan membuat laman web atau blog anda sendiri untuk memperkenalkan produk anda. Anda juga boleh mencuba untuk menyertai pameran atau pameran perdagangan untuk menarik lebih ramai pelanggan dan mendapat maklum balas segera daripada mereka.

 

 
b. Pelaburan dengan Modal Rendah
 
DIY Printing Supply SDN BHD adalah pembekal istimewa mesin tekanan haba seperti percetakan pemindahan haba , cutting plotters, mesin lencana butang, dll dengan menggunakan teknologi pencetakan yang canggih. Kami menawarkan harga yang berpatutan untuk bersaing dengan orang lain dalam pasaran hadiah. Kami juga menyediakan pakej perniagaan pencetakan hadiah DIY yang dapat membantu anda untuk menyimpan lebih banyak lagi untuk memulakan perniagaan pencetakkan hadiah anda sendiri.
 
c. Mesin & Proses yang Lebih Mudah
 
Semua mesin DIYPrintingSupply.com adalah mesra pengguna dan mudah dikendalikan. Bahagian teknikal yang tidak baik? Tidak perlu risau, kami akan menyediakan latihan produk PERCUMA untuk setiap pembelian pakej perniagaan kami. Di samping itu, kami juga akan menambah tutorial video dan manual pengguna yang akan membimbing anda lebih lanjut.   
 
d. Perniagaan Sepenuh Masa atau Sambilan
 
Mereka yang berminat untuk memulakan perniagaan mungkin kerana ingin menukar gaya hidup. Sekiranya anda berminat untuk melibatkan diri dalam perniagaan tetapi pada masa yang sama ingin mengekalkan kerja harian anda, pencetakkan hadiah foto DIY adalah pilihan terbaik. Perniagaan ini membolehkan anda meneruskan kerja harian anda dan membuat perniagaan ini sebagai pekerjaan sambilan anda. Perniagaan ini akan membantu anda menghasilkan lebih banyak pendapatan dan pasti akan mengubah gaya hidup anda.
 
e. Pelbagai Pakej untuk Memulakan Perniagaan 
 
Kami membantu anda menumpukan perhatian dengan apa yang anda suka dan apa yang anda tahu tentang penyediakan pelbagai pakej untuk memulakan perniagaan. Sekiranya anda ingin mengkhususkan diri dalam produk hadiah ini, kami akan mencadangkan pakej perniagaan terbaik untuk anda
 
f. Permintaan Pasaran yang Tinggi 
 
Idea hadiah peribadi ini mempunyai rangkaian pelanggan berpotensi yang lebih luas. Pelanggan sasaran anda boleh membeli atau memesan secara pukal terutamanya sektor korporat, sektor swasta, sekolah, universiti, kolej, dll. Pelanggan akan terus mencari hadiah sama ada untuk majlis khas seperti ulang tahun kelahiran, ulang tahun perkahwinan atau untuk faktor perniagaan misalnya pemasaran kempen. Selagi ada LOVE antara kita, sentiasa ada ilham untuk idea hadiah peribadi.

Memuatkan ...