Bagaimana Memilih Mesin Percetakan Haba

img


Berdasarkan pengalaman kami, kebiasaannya pelanggan akan mempertimbangkan faktor di bawah semasa memilih Mesin Pemindahan Haba yang sesuai untuk perniagaan mereka:

  1. Jenis Produk untuk dicetak
    • Tekanan Mug Digital
      Adakah anda hanya membuat perniagaan percetakan mug? Jika ya, tekanan mug digital sudah cukup untuk anda.
    • Tekanan Haba Rata Digital
      Jika perniagaan percetakan pemindahan haba anda termasuk dengan percetakan kemeja-T, puzzle, kusyen, jubin seramik dan semua jenis blank sublimasi "Rata", tekanan haba rata digital adalah bersesuaian dengan anda.
    • Kombo Tekanan Haba
      Jika anda mulakan perniagaan percetakan hadiah dengan mencetak semua jenis barangan hadiah sublimasi seperti di bawah, kami cadangkan anda untuk dapatkan kombo tekanan haba.
      • barangan berpemukaan "rata" seperti kemeja-T, puzzle, kusyen dll.
      • percetakan plat (diameter 11cm)
      • percetakan mug (11oz)

  2. Size Percetakan
    Adakah anda hanya mencetak saiz A4 pada Kemeja-T, Puzzle, Kusyen dll? Atau hanya mencetak mug (11oz)? Jika ya, mesin pemindahan haba boleh memenuhi keperluan anda. Tetapi jika anda mahu mencetak saiz A3 atau lebih besar, atau mug berbentuk kon khas, kami mempunyai mesin pemindahan haba yang lain untuk anda.

  3. Keperluan Produksi
    Biar kami bezakan "kombo tekanan haba" dengan " tekanan haba flat digital + tekanan mug digital"? Bila kita perlu membeli DUA mesin?

    Seperti yang kita tahu, kita boleh menggunakan kombo tekanan haba untuk mencetak kemeja-T, mug & plat. Walaubagaimanapun, barang tersebut boleh dicetak dalam kategori yang sama pada satu masa, bermaksud selepas kita mencetak mug, kita mesti membuka lampiran percetakan mug dan memasang lampiran lain seperti plat.

    Jika perniagaan anda memerlukan percetakan "on-the-spot", ini adalah tidak bersesuaian kerana ia memerlukan masa penghasilan yang lebih panjang. Untuk perkara ini, kami mencadangkan anda untuk mendapatkan ttekanan haba flat digital dan tekanan mug digital untuk mempercepatkan penghasilan. Masa itu Emas. Setuju?

  4. Bajet
    Rasanya anda lebih mengetahui perkara ini.

  5. Bantuan
    Di dalam perniagaan percetakan pemindahan haba, bantuan berterusan adalah sangat penting dalam memastikan perniagaan anda dimulakan dengan baik dan cepat berkembang.
    Cuba bayangkan situasi di bawah:-
    • Bagaimana menggunakan dan menyelenggara mesin pemindahan haba saya?
    • Mengapa hasil percetakan saya tidak sebaik pesaing saya?
    • Apa terjadi jima mesin pemindahan haba saya tidak berfungsi?
    • Di mana saya boleh dapatkan lagi blank sublimasi untuk mesin pemindahan haba saya?

  6. Waranti
    Kami memberikan waranti satu tahun, latihan dan tip penyelenggaraan untuk semua mesin pemindahan haba kami.


Sudah tentu, selain mesin pemindahan haba untuk perniagaan percetakan haba hadiah DIY anda, anda memerlukan barangan di bawah untuk memulakan perniagaan anda:

  • Pencetak Dipasang Dengan CISS
  • Kertas Sublimasi
  • Dakwat Sublimasi
  • Blank Sublimasi
  • Komputer
  • Sofware Editing untuk Gambar seperti Adobe Photoshop & Illustrator

Klik di sini untuk Pakej perniagaan percetakan hadiah DIY dengan mesin tekanan haba yang berbeza mengikut keperluan perniagaan anda.

Memuatkan ...