Apakah Kertas Sublimasi & Bagaimana Mengetahui Kualitinya?
Kertas sublimasi digunakan dengan dakwat sublimasi untuk percetakan pemindahan haba.
Pelanggan selalusnya terlepas pandang kertas sublimasi semasa membuat persiapan sistem pemindahan haba. Mereka banyak menghabiskan masa untuk menguji suhu panas yang sesuai dan dakwat sublimasi untuk kualiti pemindahan haba yang lebih baik. Kertas sublimasi selalunya digunakan sebagai pilihan terakhir.
Dan juga, sesetengah pelanggan menganggap kertas sublimasi adalah kertas biasa A4 yang boleh didapati di luar.
Sebenarnya, kertas sublimasi yang memainkan peranan penting dalam penghasilan kualiti yang terbaik untuk produk sublimasi anda.
Lihat pada gambar di bawah. Anda akan faham.
Berikut adalah dua kertas sublimasi yang berbeza dari jenama yang berbeza selepas percetakan pemindahan haba menggunakan mesin tekanan mug digital untuk masa dan suhu yang sama.
Nama Jenama | % Pemindahan pada Sublimasi Blank |
---|---|
Jenama X | 50% (50% lagi dakwat dibazirkan) |
DIYPrintingSupply | Sehingga 90% |
Sekali lagi, kertas sublimasi adalah penting untuk hasil percetakan pemindahan yang baik. Kenaapa? Kerana kertas sublimasi adalah bahan untuk memindahan dakwat kepada sublimasi blank.
Bayangkan, jika kertas sublimasi tidak bagus, ia hanya memindahkan 50% dakwat sublimasi ke atas sublimasi blank, dan anda akan sentiasa kerugian 50% lagi dakwat sublimasi.
Dalam perniagaan jangka panjang, perkara ini adalah sangat membazirkan dakwat dan wang anda. Anda faham?
Untuk menjimatkan kos percetakan pemindahan haba, kami mempunyai dua jenis kertas sublimasi berkualiti untuk perniagaan percetakan pemindahan haba anda:-