Kertas Pemindahan

Apa itu Kertas Pemindahan untuk Pencetakan Kemeja-T? img
Kertas pemindahan digunakan untuk tekstil, projek seni & kraf. Selalunya, pencetakan ink-jet atau pencetak lain digunakan untuk mencetak imej pada kertas pemindahan. Kemudian mesin tekanan haba boleh digunakan untuk memindahkan imej ke pakaian, kanvas, atau permukaan lain. Kertas pemindahan mempunyai dua jenis iaitu fabrik berwarna cerah & fabrik berwarna gelap.

Jenis fabrik berwarna cerah tidah boleh digunakan pada fabrik gelap kerana kertas tersebut bersifat lutsinar. Pencetak inkjet tidak boleh mencetak warna putih. Jadi, apa sahaja gambar yang mempunyai warna putih anda akan nampak terus melalui warna pakaian.

kertas pemindahan inkjet untuk pakaian berwarna gelap tidak lutisinar. Ia berwarna putih. Jadi tidak sama seperti kertas pemindahan untuk fabric berwarna cerah, anda tidak mencetak gambar tersebut secara cermin horizontal.



Tonton Video Youtube Untuk Lebih Pemahaman dalam Cara Menggunakan Kertas Pemindahan

Memuatkan ...