Permintaan Pasaran Terhadap Hadiah

img

Bahagian I – Permintaan Pasaran dalam Hadiah Besifat Peribadi

Hadiah boleh dikelaskan kepada hadiah peribadi dan hadiah korporat.
Dalam kategori hadiah peribadi biasanya terbahagi kepada tiga sub kategori:

  • Hadiah yang jarang diperolehi: Perkahwinan, ulang tahun
  • Hadiah bermusim & peringatan: Krismas, Hari Ibu, Hari Valentine

Jumlah keseluruhan pasaran hadiah di Malaysia yang merangkumi semua kategori ini dianggarkan kira-kira RM20 BILION.

img

Tetapi, tidak semua orang tahu bagaimana membentangkan hadiah yang bermakna dan berharga kepada si penerimanya. Mereka sentiasa menghadapi masalah biasa seperti di bawah:-

  1. "Anggaran harga saya adalah terhad. Bagaimana jika saya tidak mampu untuk membeli hadiah yang mahal?"
  2. "Hadiah ini sangat menarik, Bagaimana boleh saya menjadikannya tidak terlalu biasa dan boleh menunjukkan keikhlasan dan menyampaikan hasrat hati?"
  3. "Bagaimana saya boleh mendapatkan hadiah yang lebih bermakna dan boleh digunakan?"

Oleh sebab itu, tanpa membuang masa dan memerah otak untuk mendapatkan hadiah, mereka boleh menyelesaikannya dengan membeli hadiah yang "bagus" dengan harga yang mahal dan berfikir bahawa hadiah yang mahal adalah hadiah yang terbaik.

Ianya mungkin benar, tetapi pada masa yang sama, kami lebih tertarik untuk menerima hadiah yang benar-benar dapat menunjukkan keikhlasan dan keprihatinan si pemberi bukan hanya mendapat hadiah mahal yang tidak mempunyai makna atau nilai sama sekali.

Benar, hadiah yang terbaik adalah hadiah yang berpatutan, bermakna, berguna dan sesuai untuk semua orang. Untuk memenuhi semua ciri di atas, kami akan memperkenalkan perancangan perniagaan kami – "hadiah bersifat peribadi dengan heat transfer printing".


>> Klik di sini untuk Bahagian II - Pasaran Berasaskan Pelanggan
Memuatkan ...