Pasaran Berasaskan Pelanggan

Bagaimana pencetakan pemindahan haba boleh menjana pendapatan?

Bahagian II – Pasaran berasaskan pelanggan
Idea hadiah peribadi mempunyai rangkaian pelanggan berpotensi yang lebih luas:

  1. Persahabatan: Hadiah kepada rakan pada hari lahir, tamat pengajian atau konvokesyen.
  2. Keluarga: Hadiah untuk ibubapa pada Hari Ibubapa, Hari Keluarga atau Hari Reunion.
  3. Hubungan Percintaan: Hadiah untuk orang tersayang pada Valentine’s Day atau ulang tahun perkahwinan.
  4. Korporat: Hadiah untuk pekerja yang paling cemerlang pada majlis makan malam tahunan atau hadiah penghargaan kepada pelanggan setia.
  5. Agen perkahwinan: Hadiah untuk pasangan baru berkahwin atau ketika ulang tahun perkahwinan mereka.
  6. Sekolah: Hadiah untuk guru pada Hari Guru.
  7. Hospital: Hadiah untuk sokongan dan memberi inspirasi kepada pesakit untuk pulih dari penyakit.
  8. Makmal Foto: Idea hadiah tambahan untuk pemilik perniagaan makmal foto untuk menambahkan nilai dalam perniagaan mereka.

Kita boleh mengatakan bahawa, "Selagi ada KASIH SAYANG antara kita, selagi itu akan ada pasaran untuk idea hadiah peribadi.

Sebagai contoh, jika kami ingin memberi hadiah ulang tahun, kami boleh mencetak foto anda dan kami serta ucapan yang bermakna di photo puzzle, dan bingkai tradisional seperti bingkai kayu. Ianya hanya RM 99. Kami percaya gambar tersebut bukan hanya murah dan bernilai, tetapi juga dapat memberi makna pada hari ulang tahun seseorang.

Untuk tujuan korporat, agak memeningkan apabila ingin mencari sesuatu yang bermakna dan berpatutan pada hari ulang tahun kakitangan. Jadi, dengan percetakan haba, kita boleh menghasilkan 100 biji cawan dengan 100 gambar yang berbeza yang bernilai RM 7 setiap satu. Kami percaya bahawa perkhidmatan pencetakan peribadi yang istimewa akan menambah baik perniagaan hadiah anda.

Gambar dibawah adalah contoh pemintaan pelanggan dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kerajaan Negeri Selangor.

img
>> Klik di sini untuk ke Bahagian III - Berapa Keuntungan yang Saya Perolehi?
Memuatkan ...