Kehadiran usahawan wanita dalam pelbagai jenis bidang perniagaan dan industri kini bagaikan cendawan tumbuh dan semakin mewarnai industri perniagaan. Yang pasti, usahawan wanita tidak kurang hebatnya seperti usahawan lelaki. Lihat sahaja nama-nama besar seperti Faiza Bawumi, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Dr Maznah Hamid dan satu nama yang tidak asing lagi iaitu Neelofa yang telah membuktikan kepada Malaysia bahkan dunia bahawa usahawan wanita juga mampu berdiri setanding dengan usahawan lelaki lain. Wanita juga boleh menjadi pemimpin yang baik dan mampu merencana perniagaan dengan baik.

Ada diantara anda yang merupakan lady boss? Baik lelaki mahupun perempuan, sekiranya anda merupakan pemimpin ataupun ketua dalam sesebuah organisasi syarikat ataupun mempunyai perusahaan sendiri, menjadi seorang pemimpin sememangnya sukar lebih-lebih lagi jika anda seorang wanita.

Tetapi tiada apa yang mustahil sekiranya anda menyimpan niat dan mempunyai matlamat untuk memajukan perniagaan anda. Jadi buat kaum wanita di luar sana, kami ingin memberikan anda beberapa panduan atau pun tips tentang apa yang diperlukan untuk menjadi seorang lady boss.

 

#1 Keyakinan diri

Anda perlu percaya dan yakin pada diri sendiri bahawa anda boleh melakukannya. Ini kerana jika anda tidak yakin pada diri sendiri dan mempunyai keraguan terhadap apa yang anda lakukan, bagaimana orang lain boleh mempercayai anda? Jadilah wanita yang berkuasa dan percayakan diri anda! Buang semua keraguan.

#2 Displin diri

Tanpa displin diri yang kuat, sesiapa sahaja tidak boleh berjaya. Lebih-lebih jika anda seorang wanita yang berkerjaya, displin adalah sangat diperlukan bagi memastikan anda sentiasa fokus dalam mencapai matlamat anda. Yang penting, anda perlu siapkan misi, visi dan apa yang diperlukan untuk berjaya. Buat checklist untuk memastikan anda tidak tersasar dalam target anda.

#3 Skil komunikasi yang baik

Sebagai seorang pemimpin, anda perlulah mempunyai skil komunikasi yang baik untuk memimpin dan membuat rundingan. Belajar skil yang diperlukan untuk menjadikan anda seorang pemimpin yang baik.

#4 Pengurusan masa

Apabila membicarakan tentang wanita dan kerjaya, ramai mengatakan bahawa wanita tidak mampu mengimbangi kerjaya mereka dan masa bersama keluarga. Buktikan mereka silap!

#5 Skil kepimpinan

Wanita juga boleh memimpin dengan baik sama seperti lelaki. Dan juga haruslah memimpin tanpa mengambil kira aspek jantina atau sebagainya. Jangan berat sebelah!

#6 Rasional dan tidak emosi

Wanita kerap kali dikaitkan dengan ketidakkemampuan mereka menangani masalah dan kerap menggunakan emosi berbanding akal fikiran sewaktu membuat keputusan. Jangan jadikan ini sebagai penghalang. Tarik nafas sekiranya anda merasakan anda diganggu emosi dan jangan biarkan emosi mengganggu anda dalam membuat keputusan.

#7 Berpengetahuan

Sebagai seorang ketua, anda seharuslah lebih bijak dan lebih berpengetahuan dalam semua aspek. Ini kerana baik sesiapa pun dibawah anda, mereka anda memandang anda sebagai sumber inspirasi dan pengetahuan. Persiapkan diri anda dengan pelbagai ilmu kerana ianya akan membantu anda dalam membuat keputusan. Pengalaman juga turut mematangkan anda.

#8 Sentiasa positif

Dalam perniagaan, akan ada banyak dugaan dan cabaran yang akan menimpa anda. Pasti akan ada satu saat yang anda mula berasa goyah, namun pun begitu kekalkan mindset yang positif dan sikap anda. Cuba bertahan.

#9 Tidak berputus asa

Apa jua cabaran yang datang, jangan anda berputus asa. Jangan sesekali anda menyerah kalah kerana setiap masalah ada penyelesaiannya.

#10 Kesabaran yang tinggi 

Kata kunci sabar adalah penting disini. Sebagai seorang wanita, pastinya anda mempunyai kesabaran yang tinggi. Jangan cepat melenting dan terburu-buru dalam membuat keputusan. Pastikan anda menilai dari segi aspek sebelum membuat apa-apa perhitungan.

 

 

Adakah anda seorang wanita yang berminat untuk mengubah nasib anda pada tahun ini? Mari hubungi kami untuk maklumat lanjut. Kami sedia untuk membantu anda.

6019.3232.556  /   6019.3233.864  /   6019.3232.783

Anda juga boleh menghantarkan email kepada kami di ask@diyprintingsupply.com atau terus melayari laman web kami di diyprintingsupply.com

 

 

 

 

 

Berminat nak mulakan bisnes sendiri?