Kunci kejayaan kepada sesebuah perniagaan adalah strategi pemasaran yang baik dan sistematik. Tidak kiralah apa saiz perniagaan anda, sama ada syarikat yang baru menapak ataupun syarikat mega, untuk memastikan perniagaan anda kekal berjaya, anda memerlukan strategi pemasaran yang baik.

Untuk pengetahuan anda, strategi pemasaran adalah pendekatan jangka panjang dan berpandangan ke depan serta rancangan permainan keseluruhan organisasi atau perniagaan. Tujuan asas strategi pemasaran ni adalah untuk mencapai kelebihan daya saing yang mapan dengan memahami keperluan dan kehendak pelanggan.

Selain itu, elemen strategi perniagaan yang paling penting yang diperlukan ialah apabila anda mahu memperkenalkan sesuatu produk baru dalam perniagaan anda. Justeru, dalam artikel ini, kami akan berkongsi beberapa tips yang paling berkesan bagaimana untuk melakukan persediaan bagi memasarkan produk baru. Klik sini untuk hadiah korporat & hadiah premium anda.

Jual pelbagai barangan doprship

10 Strategi Pemasaran Yang Berkesan

Strategi Pemasaran 1: Pelan Pemasaran Yang Kukuh

Langkah pertama dan paling utama untuk berjaya dalam perniagaan adalah dengan mempunyai satu pelan pemasaran yang sangat baik. Ia merupakan satu-satunya cara terbaik untuk berjaya di dalam perniagaan anda.  

Apa yang perlu untuk pelan pemasaran ini? Sebagai permulaan, pastikan anda memahami apakah corak pemasaran dalam industri yang anda ceburi.  Sebagai contoh dalam industri penjualan hadiah ini, anda perlu selidik apakah produk yang paling digemari dan dituntut oleh pelanggan anda.

Seterusnya, anda boleh memulakan perancangan pemasaran bagi dua kaedah utama iaitu pelan jangka masa pendek dan pelan jangka masa panjang. Ini akan membuatkan strategi pemasaran anda lebih sistematik serta mampu meningkatkan hasil jualan produk anda.

Strategi Pemasaran 2: Kenal Pasti Pesaing

Sebelum memperkenalkan produk baru di pasaran, anda perlu mengkaji pesaing-pesaing anda terlebih dahulu. Ini bukanlah taktik untuk menjatuhkan perniagaan orang lain tetapi kaedah ini diterapkan untuk memastikan dan menggelakkan sebarang persamaan samada fizikal produk ataupun kaedah pemasaran.  

Namun begitu, jika industri yang anda ceburi itu pasarannya kecil, persamaan ini adakalanya tidak boleh dielak.  Jika ini terjadi, anda perlu menambah beberapa perkara untuk menarik minat pelanggan anda untuk tahu lebih lanjut tentang produk atau perkhidmatan yang anda sediakan.

persaingan perniagaan

Strategi Pemasaran 3: Menghasilkan Produk Berkualiti

“Quality is the key”

Untuk menghasilkan sesebuah produk yang baharu, aspek kualiti perlu diutamakan. Ia bukan sahaja sebagai permulaan yang baik bagi perniagaan anda malah mampu membina kepercayaan kepada pelanggan anda. 

Kalau produk dah berkualiti, pasti ramai yang akan membelinya dan sekali gus membantu proses pemasaran tersebut. Jika barang kita bagus, susah semestinya ramai yang akan membeli berulang kali. 

Oleh itu, anda sebagai peniaga perlu menjalankan kajian yang terperinci tentang produk yang anda akan keluarkan. Pastikan proses penghasilan menepati elemen kualiti yang benar-benar diharapkan.

Strategi Pemasaran 4: Pembungkusan Produk Yang Menarik

Siapa pernah dengar pepatah “Dari mata turun ke hati?” Jangan ingat pepatah itu untuk orang yang dilamun cinta je tau.

Jika anda ingin memasarkan sesuatu produk baru, cara pembungkusan produk juga memainkan peranan yang penting. Bagi pelanggan, selain daripada kualiti produk, pembungkusan juga mampu mempengaruhi pilihan mereka.

Katakan ada dua produk yang sama, tetapi produk anda memiliki packaging yang lebih menarik dan kreatif, pasti pelanggan tersebut akan lebih tertarik dengan produk anda.

Jadi gunakan peluang ini untuk anda perbaiki cara pembungkusan produk anda. Disarankan untuk anda memilih bungkusan yang bewarna-warna, material yang tahan lama dan boleh juga disertakan dengan sticker produk anda. Kalau siapa yang belum ada sticker, and boleh custom sendiri di sini.

strategi pemasaran produk

Strategi Pemasaran 5: Menguasai Pemasaran Digital

Dalam kemodenan dan kepesatan teknologi pada hari ini, cara pemasaran produk juga semakin berubah. Dengan adanya internet, produk kita mampu dipasarkan ke seluruh dunia hanya dengan satu klik sahaja!

Gunakan peluang ini sebaiknya untuk memasarkan produk anda di semua platform media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan TikTok. Dengan jutaan pengguna dalam laman sosial tersebut pasti ia akan meningkatkan lagi jualan produk anda.

Bagi anda yang mempunyai syarikat yang besar, anda juga boleh mengambil peluang untuk memasarkan produk melalui Search Engine Marketing (SME) dan Search Engine Optimization (SEO). Kedua-dua kaedah ini bukan sahaja mampu mempromosikan produk baharu mahal meningkatkan trafik laman web syarikat anda. Berikut adalah 4 pengisian yang anda boleh kuasai;

strategi pemasaran online

Strategi 6: Menentukan Lokasi Jualan Produk

Walaupun dunia perniagaan pada hari ini semakin aktif menerusi urusan jual beli secara dalam talian. Namun ia tidak menolak hakikat untuk kita terus menjual produk secara fizikal.

Sebagai peniaga, anda perlu memikirkan lokasi yang sesuai untuk menjual produk anda. Antara perkara yang perlu dititik beratkan adalah golongan sasaran anda.

Sebagai contoh jika anda menjual kek, anda perlu melihat kepadatan penduduk di suatu tempat. Selain itu, anda juga perlu melihat jika ada peniaga lain yang turut menjual kek. Jangan lupa untuk sediakan banner atau papan tanda produk yang anda tawarkan.

Strategi 7: Tawarkan Promosi

Siapa yang tak suka harga murah kan? Ya semua orang suka akan promosi. Jadi gunakan kesempatan ini untuk menawarkan promosi kepada pelanggan anda.

Bila bercakap soal harga produk ini, anda tidak boleh sewenang-wenangnya memberikan promosi. Namun, ia memerlukan penelitian yang terperinci kerana melibatkan soal kos dan keuntungan. 

Oleh itu, perancangan promosi yang anda ingin jalankan perlulah “win-win situation”. Di mana anda tidak kerugian dan pelanggan juga dapat menikmati tawaran. Dengan menjalankan promosi ini, secara tidak langsung anda dapat memasarkan perniagaan dan memperolehi hasil daripada jualan tersebut.

promosi strategi pemasaran

Strategi 8: Menjadi Penaja Program

Strategi pemasaran produk baru dengan menaja program adalah salah satu strategi perniagaan yang sangat berkesan. Cara pemasaran ini boleh dilakukan secara dalam talian atau luar talian.

Sebagai contoh anda menjual barangan cenderahati. Jadi anda boleh menaja mana-mana program di pelbagai peringkat dengan memberikan produk anda sebagai saguhati dalam program tersebut.

Kaedah memasarkan produk ini sangat berkesan kerana produk yang anda taja adalah produk yang anda jual. Namun, ada kemungkinan anda boleh menjadi penaja untuk aktiviti lain, bukan hanya acara yang berkait dengan jenis produk yang anda pasarkan.

Strategi 9: Melakukan Aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat

Setiap perniagaan semestinya ingin dikenali dengan menghasilkan produk yang bukan sahaja berkualiti, malah mampu memberi manfaat kepada masyarakat.

Oleh itu, strategi pemasaran alternatif yang anda boleh pertimbangkan adalah dengan menjalanan aktiviti amal iaitu Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). Program seperti ini mampu menonjolkan perniagaan anda sebagai sebuah syarikat yang mengamalkan konsep “dari rakyat demi rakyat”

Mungkin ada yang beranggapan aktiviti amal ini sukar untuk dikendalikan. Namun, dengan perancangan yang menyeluruh, ia dapat dilaksanakan dengan lancar dan terurus. Aktiviti CSR ini juga sebenarnya mampu meningkatkan penjenamaan produk anda untuk dikenali oleh orang ramai.

Antara contoh aktiviti amal yang anda boleh jalankan adalah gotong-royong, menziarahi rumah orang tua, kempen yang berkaitan dengan produk anda serta banyak lagi. Percayalah, bukan keuntungan semata-mata yang kita kejar. Tetapi kepercayaan orang ramai terhadap syarikat itu adalah lebih bermakna.

Strategi 10: Capai Matlamat Pasaran Anda

Tidak kira sama ada perniagaan anda sudah lama atau masih baru di pasaran, perkara yang paling penting untuk dilakukan adalah dengan menarik pasaran sasaran anda. Siapakah yang perlu anda sasarkan? 

Cara terbaik adalah dengan menyasarkan pada mereka-merka yang terbiasa membeli barangan yang menawarkan ciri-ciri yang serupa dengan produk anda.  

Sekali lagi, menggunakan kata kunci yang sama seperti di atas untuk membuat orang beralih daripada pilihan semasa mereka kepada produk syarikat anda.

Dalam perniagaan ini, terdapat 3 cara untuk menarik pelanggan anda iaitu:

  1. Menyediakan produk yang berkualiti
  2. Reka bentuk yang unik dan menarik
  3. Perkhidmatan yang mesra dan cepat

Kami di DIYPrintingSupply.com boleh membantu anda menjadi seorang usahawan yang berjaya dengan menyediakan produk yang berkualiti. Dengan menggunakan pelbagai mesin percetakan,  kami menyediakan kelengkapan yang terbaik di pasaran.

Kami juga menyediakan idea perniagaan yang berguna untuk anda yang berminat untuk berniaga dalam industri percetakan ini. Tidak cukup dengan itu, kami turut persiapkan dengan latihan keusahawanan yang komprehensif. Ayuh sertai kami sekarang!

 

 

Berminat nak mulakan bisnes sendiri?