“SELAMAT SELAMAT SELAMAT HARI RAYA!”

Sambutan hari raya sememangnya ditunggu-tunggu saban tahun. Waktu inilah semua ahli keluarga dan sanak saudara berkumpul untuk mengeratkan silaturrahim. Siap pakai baju baru, warna pun semuanya sedondon. Tak lupa makanan yang terhidang penuh satu meja. Tidak ketinggalan ucapan hari raya turut dilafazkan dengan kata-kata pujian dan doa buat orang yang disayangi. Seronok kan!

Raya memang seronok, tapi dalam keseronokan itu anda tahu tak apa hikmahnya sambutan Hari Raya Aidilfitri ini? Mungkin ada yang tahu dan ada juga yang belum tahu. Tidak mengapa mari kami kongsikan.

suasana hari raya

Hikmah Hari Raya Aidilfitri

Kita sedia maklum bahawa Hari Raya Aidilfitri ini disambut selepas sebulan menahan lapar dahaga dan beribadah sepanjang hari ketika bulan Ramadan. Namun apakah hikmah terbesar perayaan yang disambut oleh seluruh umat Islam di dunia ini?

Matlamat perayaan dalam Islam adalah jelas iaitu mengajak umat Islam agar kembali kepada Allah swt, seterusnya menjamin kebahagiaan hidup yang bahagia di dunia dan di akhirat. Kenyataan ini selari dengan sebuah athar;

“Carilah Aku (yakni Allah), pasti kamu akan temui aku, sekiranya aku hilang daripadamu, maka kamu akan hilang segala-galanya, pastikan Aku lebih kamu cintai berbanding yang lain.”

Oleh itu, tempoh sebulan Ramadan itu adalah waktu untuk menanam rasa cinta untuk beridabah kepada Allah dan kemudiannya diteruskan bagi bulan-bulan yang seterusnya. Itulah yang dinamakan ‘Tarbiah Ramadan’

dekorasi hari raya

Ucapan dan Pantun Hari Raya Aidilfitri buat yang tersayang

Memberi ucapan serta mendoakan orang tersayang semasa hari raya sudah menjadi kebiasaan bukan?

Tapi kadang-kadang tiap tahun ucapan yang sama sahaja. Apa kata tahun ini kita variasikan ucapan kita untuk tahun ini. Barulah lagi kreatif dan syok je bila baca.

Jadi, ini 20 idea ucapan dan pantun yang anda boleh guna untuk beri pada ahli keluarga atau kawan-kawan.

Ucapan ringkas

  1. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki ya!
  2. Semoga ibadah sepanjang bulan Ramadan diterima dan Salam Aidilfitri untuk awak sekeluarga.
  3. Salam Eid Mubarak. Semoga awak dan keluarga dilimpahi rezeki dan berbahagia selalu.
  4. Selamat Hari Raya Aidilfitri! Dengan ingatan tulus ikhlas, maaf zahir batin.
  5. Semoga keluarga anda dilimpahi kesihatan dan kesejahteraan. Salam Aidilfiti Minal ‘Aidil Walfaizin.
  6. Semoga kegembiraan musim perayaan ini menyinari hidup anda dengan rasa kasih sayang. Selamat Hari Raya!
  7. Selamat Hari Raya! Menyusun sepuluh jari, harap dimaafkan salah dan silap.
  8. Selamat Hari Raya Aidilfitri dan selamat pulang ke kampung halaman!
  9. Mohon seribu kemaafan dari kalian, andai ada tersalah bahasa dan tersilap perlakuan sepanjang kita bersama. Selamat Hari Raya!
  10. Selamat Hari Raya Aidilfitri! Semoga Hari Raya kali ini membawa keceriaan sepanjang tahun.
Malam hari raya

Pantun Hari Raya Aidilfitri

Tersusun rapi sepuluh jari,
Bunga melur si bunga melati ,
Ucapan dihantar pengganti diri,
Mohon maaf setulus hati.

Pelita diletak di atas para, 
Hendak dinyala di tepi perigi,
Wassap dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan di Aidilfitri

Takbir sudah bergema,
Syawal sudah tiba,
Selamat Hari Raya,
Ampun maaf dipinta.

Jambangan indah lagi berseri,
Menjadi hiasan di Aidilfitri,
Ucapan dikirim pengganti diri, 
Tanda ingatan tak lupa dihati.

Ramadhan barakah pasti dirindui,
Moga amalan diterima Ilahi,
Syawal menjelma sama dirai,
Dengan ucapan “Selamat Hari Raya Aidilfitri.”

Kian berlabuh tirai Ramadhan,
Lambaian Syawal kian dinanti,
Luhur hati ikhlas kemaafan,
Semoga kesalahan dapat dimaafi.

Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun di pinta di hari mulia.

Cahaya Ramadhan berlalu pergi
Menyambut tibanya Aidilfitri,
Ampun dan maaf segala peri,
Semoga ikatan kekal dihati.

Ramadhan bakal beransur pergi,
Syawal menjelma di Aidilfitri, 
Seikhlas hati menyusun jari.
Mohon maaf kekhilafan diri.

Indah berseri di pagi hari,
Bersama dengan ahli keluarga,
Banyakkan takbir memuji ilahi,
Supaya diri syukur sentiasa.

Sumber: Giftr dan TheInspirasi.My

dekorasi kad

Hari Raya dikala pandemik Covid-19

Kalau nak kongsi ucapan dan pantun hari raya memang banyak. Tapi bukanlah ucapan yang penting dalam perayaan ini. Yang paling penting adalah ikatan kasih sayang sesama keluarga itu dapat terjalin erat sepanjang masa. Jadikan raya kali ini lebih bermakna walaupun dalam keadaan pandemik Covid-19.

Mari sama-sama kita berdoa agar wabak ini segera lenyap dari sekeliling kita dan seterusnya dalam menyambut hari raya seperti sebelum ini.

Satu lagi perkara bila nak raya mesti fikir banyak nak guna duit kan? Jadi apa kata anda cabar diri untuk ceburi bidang perniagaan pencetakan. Kami jamin dengan modal yang rendah, anda bakal menikmati keuntungan yang lumayan. Mari sertai kami! segala kelengkapan mencetak dan latihan untuk usahawan baharu akan kami sediakan untuk anda. Lepas ni lagi meriah lah hari raya, duit raya pun boleh bagi lagi banyak!

 

 

Berminat nak mulakan bisnes sendiri?