Perniagaan dalam talian atau bisnes online ni memang dah jadi trend sekarang. Kalau anda yang baru mula nak berjinak-jinak dalam dunia perniagaan. Bisnes online ini antara pilihan yang terbaik untuk anda.

Nak berniaga ni banyak cara sebenarnya. Kalau sepuluh tahun dahulu antara pilihan perniagaan yang terbaik adalah menjual nasi lemak, burger dan satay. Kalau jual makanan memang akan laris sepanjang masa.

Tapi sekarang zaman dah berubah, dengan keadaan pandemik Covid-19 yang kita hadapi, memang ramai yang terjejas. Apatah lagi perniaga yang selama ini pacak khemah tapi sekarang kan susah. Jadi jalan terbaik untuk anda berniaga adalah secara online.

“Susah ke nak start bisnes online ni? saya takut lah”

Sabar jangan takut dulu. Sebelum kita nak mula apa-apa jenis perniagaan, kita kena faham setiap perniagaan akan ada risikonya. Memang itulah cabaran yang perlu anda hadapi. Tapi ingat! Jika anda berjaya hadapi risiko ini, anda akan berjaya mengaut keuntungan yang lumayan dari hasil perniagaan anda.

Jadi khas untuk anda, kami akan kongsikan langkah-langkah mudah untuk anda berniaga secara online. Untul artikel kali ini, kita akan menfokuskan cara bisnes online melalui media sosial. Okay jom kita mulakan.

4 Step Mulakan Bisnes Online Melalui Media Sosial

1. Cipta DNA Produk dan Syarikat

Senjata utama kita untuk bisnes online kali ni semestinya kita perlukan media sosial. Antara platform yang boleh kita gunakan adalah Facebook dan Instagram lah. Tapi boleh juga kalau nak guna media sosial lain seperti Twitter dan TikTok. Tapi untuk perkongsian kali ini kita akan fokus untuk FB dan IG.

Jadi pertama sekali adalah anda perlu bukan akaun facebook page anda. Ya! Facebook page ni berbeza dengan akaun peribadi anda tu. Untuk Facebook Page ini memang dikhaskan untuk bagi mereka yang ingin berniaga. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu follow selepas membuka akaun Facebook Page;

#1 Cipta Nama Untuk Branding Produk

Haa yang ini memang penting. Untuk anda dikenali ramai, nama perniagaan anda perlulah unik dan lain dari yang lain. Anda boleh menyemak terlebih dahulu nama syarikat lain yang menjual produk yang sama. Ini membolehkan anda mendapat idea untuk mereka nama barangan anda sendiri.

Cara terbaik untuk anda memilih nama yang sesuai adalah dengan melihat nilai estetika produk anda. Jika anda menjual alat percetakan, mungkin anda boleh gunakan idea iPrinting atau DIYPrinting untuk menamakan Facebook Page anda.

#2 Cipta logo bisnes online

Untuk logo pula, anda harus lebih kreatif. Kerana ianya akan menjadi daya penarik untuk pembeli membeli barangan anda. Antara perkara yang dititikberatkan dalam penghasilan logo adalah pemilihan warna, font tulisan dan bentuk logo. Kalau anda kreatif anda boleh buat sendiri. Tapi jika anda ingin menempah rekaan custom untuk logi bisnes online juga pun boleh.

Oh lupa nak bagitahu. Untuk logo ini juga anda boleh selaraskan untuk dijadikan sticker pada bungkusan anda serta ‘water mark’ bagi setiap posting anda. Jadi lepas ni tiadalah kes gambar produk diciplak.

#3 Lengkapkan maklumat Facebook Page

Apa yang anda perlu lakukan seterusnya adalah anda perlu melengkapkan maklumak perniagaan anda. Antara maklumat yang berkaitan adalah maklumat produk, alamat syarikat (jika ada), nombor dan email untuk dihubungi serta gambar dan video.

Sebagai permulaan, cukup untuk berkongsi gambar logo. Ini akan memberi pengetahuan kepada pelanggan bahawa anda mempunyai akaun Facebook yang baharu. Satu perkara lagi lagi yang perlu diingatkan adalah maklumat tentang keaslian. Anda perlu menerangkan tentang Facebook Page ini asli dan dimiliki sepenuhnya oleh anda. Ini akan membuatkan pelanggan lebih yakin dan percaya dengan bisnes online yang anda baru mulakan.

Facebook bisnes online

2. Cipta Kandungan Bisnes Online Yang Menarik

Takkan buka kedai barang takde betul tak? Haa samalah macam bisnes online ni.

Untuk memulakan langkah awal promosi produk anda, anda perlulan cipta kandungan pada FB dan IG. Antara perkara yang penting untuk membuat posting ini adalah;

  1. Gambar produk yang jelas dan menarik
  2. Caption yang lengkap; Maklumat produk dan harga
  3. Nombor untuk pelanggan hubungi
  4. Tambah maklumat jika menyediakan cervis pick up atau delivery
  5. Tanda Pagar (Hashtag) untuk meluaskan carian

Itulah dia 5 perkara penting untuk anda dalam membuat posting. Tapi tak semua posting hanya untuk mempromosikan produk sahaja tau! anda juga boleh membuat posting berkenaan fakta-fakta menarik berkaitan produk anda.

Contohnya jika anda menjual cenderamata custom, mungkin anda boleh buat posting berkenaan cenderamata yang sesuai untuk doorgift atau rahsia memberi hadiah kepada pasangan. Haa kan lebih meriah akauan FB dan IG anda nanti.

posting bisnes online

3. Rancang Strategi Pemasaran Bisnes Online

Selepas anda mulakan posting, mungkin anda sudah mula menerima tempahan betul tak?

Tapi dekat sinilah selalu silapnya bila ramai yang dah mula buat sale, FB dan IG pun terabai. Jangan macam tu, sayang tau usaha anda untuk buat kedua-dua akaun tersebut nanti jadi sia-sia sahaja.

Jadi apa yang anda perlu buat? Baiklah untuk langkah seterusnya adalah anda perlu rancang strategi pemasaran bisnes online anda. Caranya mudah sahaja. Pastikan anda berdisiplin untuk sentiada kemas kini posting. Tak susah kan? Katakan anda sibuk. Mungkin anda boleh minta bantuan pekerja anda atau rakan terdekat. Update posting ni penting tau sebab lagi banyak kandungan lebih yakin pelanggan dengan produk kita.

4. Pantau Sambutan Produk

Dah boleh goyang kaki ke? Eh belum lagi… Jika anda seorang yang berpandangan jauh. Pasti anda ingin kembangkan lagi peniagaan anda ini. Jadi apa yang anda perlu lakukan adalah pantau sambutan produk.

Ini 3 cara untuk anda kembangkan pasaran produk anda;

  1. Letak target jualan setiap bulan
  2. Cipta contest atau pertandingan untuk menarik minat pelanggan
  3. Pastikan anda rancang untuk jangka masa pendek dan panjang
  4. Ambil perhatian komen pelanggan pada posting

Baik untuk yang ke-3 tu penting sangat. Semua komen dari pelanggan, anda kena ambil perhatian dan bertindak segera dengan menghubungi secara DM (direct message). Ini akan menjadikan anda bukan hanya usahawan yang memikirkan keuntungan malah peka dengan komen dari pelanggan. Barulah boleh berjaya.

contest bisnes online

SENANG TAK NAK BUAT BISNES ONLINE

Zaman teknologi ni semua dah mudah. Kalau susah tu maknanya anda perlu lebihkan usaha untuk belajar sesuatu yang baru.

Bagi mereka yang baru nak mulakan bisnes online ni sila mula dari sekarang. Kalau dah ada produk sendiri lagi bagus. Tapi untuk yang baru terfikir nak jual produk apa, ada satu idea yang terbaik untuk anda iaitu kita mulakan perniagaan dalam bidang percetakan.

Khas untuk anda kami di DIYPrintingSupply tawarkan pakej-pakej menarik untuk anda mulakan perniagaan percetakan. Bukan itu sahaja, kami persiapkan anda dengan latihan keusahawanan tau! Mana lagi nak dapat tawaran hebat ni kalau bukan dengan kami. Ayuh sertai kami sekarang!

 

 

Berminat nak mulakan bisnes sendiri?