Dah penat berniaga buka kedai dan promosikan produk anda di media sosial tapi hasil jualan tak meningkat? Inilah masanya untuk anda cuba satu lagi kaedah baru untuk memulakan perniagaan iaitu dengan menjual produk anda melalui platform e-dagang (e-commerce). Di tahun 2021 ini, banyak portal e-dagang yang kita boleh sertai. Antaranya adalah Shopee, Lazada, Zalora dan banyak lagi. Mungkin juga ada dalam kalangan anda yang ingin tahu bagaimana cara nak jual barang di Shopee kan?

Untuk perkongsian kali ini, kami akan beri panduan kepada anda bagaimana untuk mulakan perniagaan di Shopee. Tapi sebelum kita nak belajar, kita mesti nak tahu dulu apa kelebihan dan keistimewaan yang ada pada Shopee.

7 Kelebihan Jual Barang di Shopee

  1. Shopee merupakan platform jualan online yang terbesar di Malaysia. Pengurusan dan pembangunan jenama juga telah pun stabil. Memang tiada masalah untuk peniaga kecil mula berniaga.
  2. Pendaftaran di Shopee adalah percuma. Hanya perlu isikan maklumat perniagaan anda dan tunggu pembeli membeli produk anda.
  3. Tidak memerlukan SSM. Jika anda tak ada Sijil Perniagaan, anda tak perlu risau. Anda masih boleh menjual di Shopee.
  4. Kepercayaan pelanggan membeli di Shopee amat tinggi. Ini kerana ada jaminan dari pihak Shopee. Pelanggan tidak akan mudah ditipu dari pihak penjual. 
  5. Kos penghantaran produk menjadi murah jika anda mendaftar logistik dengan pihak Shopee. Shopee ada menawarkan diskaun penghantaran. Itu salah satu point yang menyebabkan pelanggan dan penjual suka membeli & menjual di Shopee.
  6. Urusan penghantaran yang mudah. Anda hanya perlu print salinan slip parcel sahaja dan tampal pada parcel anda. Mudah kan?
  7. Jumlah trafik website yang tinggi. Jumlah pelawat yang datang ke Shopee dalam masa sehari adalah 700,000 orang tahu tak! Ramai kan? Jadi kemungkinan barang anda terjual sangat tinggi.

Banyak lagi kelebihan dan manfaat yang anda akan terima. Perkara yang paling memudahkan anda sebagai peniaga adalah anda hanya perlu menjual dari rumah. Siapa je tak nak buat duit dari rumah kan.

Mesti rasa seronok dan membuak-buak keinginan nak tahu cara jual barang di Shopee kan? Okay baiklah, ini beberapa langkah yang perlu anda lakukan sebelum boleh mula berniaga di Shopee.

3 Cara Mudah Jual Barang Di Shopee

1. Daftar akaun Shopee

Untuk permulaan, Sign Up atau daftar dahulu akaun Shopee di www.shopee.com.my

Kemudian akan dibawa ke pautan untuk anda masukkan butiran seperti no telefon, username dan password. Pilih username yang nampak menarik. Dengan cara ini barulah orang akan datang singgah di kedai Shopee anda. Ambil masa untuk fikirkan nama yang sesuai dan catchy.

Selepas pendaftaran berjaya, maka anda boleh terus login ke dalam akaun anda. Mudah kan nak daftar? Tapi tunggu dulu, ada lagi perkara yang anda perlu lakukan iaitu anda perlu masuk ke bahagian seller yang dinamakan sebagai Seller Centre.

cara jual barang di shopee (homepage shopee)

2. Tambah maklumat kedai

Untuk mula menjual, korang perlu tekan Seller Centre di bahagian kiri atas homepage Shopee. Disini segalanya bermula jika korang nak berniaga di Shopee.

Klik pada Shop Settings. Di dalam Shop Profile ini anda perlu masukkan nama kedai anda, description dan sebagainya. Jangan tinggalkan bahagian ini kerana ia amat penting untuk kedai anda. Seboleh-bolehnya masukkan logo kedai anda dan gambar yang menarik pada bahagian profile ini.

Di bahagian Seller Centre ini juga terdapat beberapa menus yang membantu dalam proses perniagaan anda nanti. Antaranya adalah;

  • Order – Disinilah segala urusan jual beli berjalan. Nak tahu pelanggan yang order, maklumat To Ship, Shipping, Return/Refund dan sebagainya.
  • Product – Korang boleh upload atau muat-naik segala produk yang korang jual disini. Masukkan maklumat produk dan sebagainya
  • Marketing Centre – Segala pengiklanan, campaign, voucher terletaknya dibahagian ini
  • Finance – Maklumat bayaran dan jualan akan dipaparkan disini. Berapa ringgit jualan korang, semua kat sini. Macam financial statement la
  • Data – Nak tengok kedai Shopee korang ada orang tengok ke, ada orang klik ke dan sebagainya. Kat sini korang boleh tengok. Ada pageview iaitu bilangan pengguna yang tengok produk korang.
  • Shop – Sini nak tengok rating kedai Shopee korang, Shop Setting semua. Nak set up gambar kedai Shopee, kene pergi bahagian sini.
cara jual barang di shopee (seller center)

3. Isi maklumat produk

Selepas selesai mengisi maklumat kedai anda. Kini tibalah masanya untuk masukkan pula maklumat berkenaan produk anda. Berikut adalah langkah-langkahnya;

  1. Pergi semula ke SellerCentre > Product > Add New Product
  2. Masukkan Product Name, pilih kategori produk korang. Dah selesai tekan Next
  3. Basic Information. Tulis semua maklumat berkaitan produk tersebut
  4. Sales Information. Senaraikan harga dan variasi bagi produk anda
  5. Disini anda boleh muat naik gambar produk sehingga 9 gambar di bahagian Media Management
  6. Masukkan butiran tentang saiz, berat dan shipping fee di bahagian Shipping
  7. Dah selesai semua. Akhir sekali jangan lupa tekan Save and Publish
cara jual barang di shopee (produk)

Mudah kan? Jadi itulah 3 langkah asas untuk anda jual barang di Shopee.

Anda dah tahu ke nak berniaga apa di Shopee nanti? Kalau belum ada idea apa kata kami syorkan jual produk ‘customize printing’. Haa apa tu? Untuk tahu lebih lanjut boleh klik di sini.

Sekarang pun tengah trending kan print nama, gambar pada produk. Jadilah ini peluang untuk anda mulakan perniagaan dalam industri percetakan. Jangan risau, untuk anda kami akan tawarkan pakej menarik dan latihan keusahawanan. Ayuh sertai kami sekarang!

 

 

Berminat nak mulakan bisnes sendiri?