Karier

img

Kami sedang menawarkan peluang pekerjaan berikut:


Pemohon yang berminat boleh menghantar resume ke alamat e-mel vincent@DIYPrintingSupply.com

DIY PRINTING SUPPLY SDN BHD
No. 30, Ground Floor, Jalan Tiara 4,
Bandar Baru Klang, 41150 Klang,
Selangor Darul Ehsan.

Berdekatan dengan AEON Jusco & KPJ Hospital, Bukit Raja | GPS: 3.064395, 101.462219

Hubungi : +6012.647.9294 Vincent Tong
(Hanya calon yang disenarai pendek sahaja yang akan dihubungi)



Nilai-Nilai Teras Kami

1. Keinginan untuk Menang

Sebagai peneraju pasaran, kami bangga menjadi contoh model peranan dalam industri percetakan hadiah dengan produk dan servis yang berkualiti. Sebuah syarikat yang berkembang dengan semangat dan keinginan yang kuat untuk melakukan perkara-perkara yang hebat dan komited kepada keunggulan dengan menerima cabaran yang lebih besar dengan minda terbuka. Kami bertekad untuk berjaya dan akan berusaha lebih untuk melakukan lebih baik daripada hari ini dengan menjadi kreatif dan inovatif. Kami berhasrat untuk mencapai kecemerlangan prestasi dan mencapai hasil yang lebih baik dengan mencari dan meneroka kemungkinan tidak berkesudahan. Seperti yang kami harapakan, untuk mewujudkan penambahbaikan yang berterusan berdasarkan idea yang kecil dan menunjukkan perubahan positif yang berterusan untuk meraih penambahbaikan yang besar.

2. Keutamaan Pelanggan

Pasukan kami memberi perhatian penuh pada butiran halus untuk menyampaikan faktor "Wow" untuk memberikan pengalaman perkhidmatan hebat kepada pelanggan kami. Kami juga telah menyediakan proses penghantaran perkhidmatan yang terbaik untuk memenuhi keperluan pelanggan kami. Kerana kami kami percaya pada transformasi dan reformasi untuk melakukan lebih baik dari sebelumnya, dari semasa ke semasa. Kami mengamalkan komunikasi dari hati kita dan menjadi pendengar aktif untuk memahami keperluan dan kehendak pasaran. Kami juga membantu pelanggan kami berjaya dalam perniagaan mereka, dengan menyediakan sokongan teknikal dan pemasaran.

3. Memupuk Bakat

Sentiasa memupuk pertumbuhan dan perkembangan diri secara keseluruhan, meningkatkan keyakinan diri pekerja kami. Kami juga memperkenalkan "Buddy System" sebagai kaedah suai kenal dan perkongsian pengetahuan yang digunakan untuk mengorientasikan pekerja baru. Kami memastikan, ulasan dan penilaian prestasi dilakukan untuk terus memupuk pertumbuhan pembangunan diri. Ini telah membantu kami untuk berusaha mengekalkan pengekalan dan kesetiaan pekerja, seperti yang berlaku selama lebih daripada 3-5 tahun. Seperti matlamat kami untuk mempromosikan budaya pasukan yang positif dengan motivasi yang berterusan dan aktiviti pembinaan pasukan telah berhasil dan memberikan pengalaman kepada semua.

4. Budaya Bekerja seperti Keluarga

Anda akan dialu-alukan oleh kakitangan kami yang mesra, positif, berbilang kaum dan budaya dengan suasana bekerja yang menyoronokkan. Kami adalah satu pasukan, bersama mencapai sinergi seperti yang kami banggakan dalam diri kami dan percaya pada moto "kerja berpasukan menjadikan impian terlaksana". Dengan kerja berpasukan yang baik bukan sahaja di dalam pasukan, tetapi juga di antara pasukan adalah elemen kejayaan asas kami. Budaya sukarela "angkat bola" memberi inspirasi, menggalakkan dan membuka jalan untuk individu dan pasukan membangun bersama. Tambahan, kami mensasarkan kehidupan bekerja yang seimbang dengan kelebihan untuk memastikan kebajikan pekerja dijaga dengan baik.

Show Exit Subscription Pop Up