Apakah Itu Mesin Heat Press?
Entri ini adalah rentetan entri pertama, berkenaan peluang perniagaan percetakan dari rumah, dengan menggunakan Heat Transfer Printing Machine (HTPM).
Untuk memberikan kefahaman yang lebih terperinci kepada anda semua tentang business percetakan menggunakan kaedah HTPM ni,
lebih afdhal lagi saya jelaskan dahulu Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Heat Transfer Printing atau nama lainnya Heat Press.
Sejujurnya, saya telah mengambil inisiatif untuk melakukan kajian ke atas topik perbincangan kita dalam entri kali ini (wajar saya ingatkan sebagaimana yang kita semua sedia maklum,
sumber artikel rujukan kebanyakan dalam bahasa Inggeris). Saya akan cuba dengan sebaik mungkin untuk menterjemahkan dan menerangkan dalam bahasa ibunda tercinta.
Ini definasi yang saya ambil dari laman web:
"The heat press is a machine used to add designs to fabric. It is used by consumers, nonprofit organizations and businesses to make T-shirts and other projects"
atau dalam Bahasa Melayu: 'heat press' adalah merupakan sebuah mesin yang digunakan untuk mencetak pelbagai corak ke atas fabrik. Ianya digunakan oleh para pelanggan, badan bukan kerajaan dan para usahawan yang menjalankan perniagaan menghasilkan kemeja-T dan juga projek-projek yang sewaktu dengannya.
Rasanya sangat mudah untuk kita semua faham definisi di atas kan? Ayuh saya huraikan lagi penerangan di atas untuk kefahaman yang lebih mendalam:
"The heat press is a machine designed to imprint a design or graphic on fabric, such as T-shirts. It is done with the use of heat and pressure that is applied for a set period of time. The heat press can be used to put designs on coffee mugs, plates and other promotional products. There are both manual and automatic heat press machines. They are also called heat transfer machines. Digital models have opened up a new markets for putting designs on mouse pads, glass and ceramic tiles. Since 1960, they have been a big part of the fashion industry. Most heat presses have an aluminum upper heating element because this metal is a great conductor of heat. With digital technology and advancements, the heat press will continue to be an important tool to businesses in the future".
Secara ringkasnya, perenggan di atas menerangkan Apakah Fungsi "Heat Press Machine".
"HTPM ini merupakan sebuah mesin yang direka khusus untuk mencetak pelbagai corak atau grafik ke atas fabrik seperti T-shirt.
Mesin ini juga boleh digunakan untuk membuat cetakan pada mug, pinggan dan ini merangkumi juga pelbagai produk yang lain.
Mesin ini berfungsi melalui penggunaan dua elemen utama iaitu Kepanasan dan Tekanan yang di selaraskankan bagi tempoh tertentu (bergantung kepada kesesuaian jenis produk/barang).
Terdapat Dua jenis 'heat press' iaitu dalam bentuk manual dan juga automatik. Menariknya,
hasil produk 'heat press' telah menyumbang kepada perkembangan industri fesyen antarabangsa yang pesat, sejak dari tahun 1960an.
Kebanyakan 'heat press' menggunakan elemen pemanasan aluminium kerana aluminium memang terbukti keberkesanannya sebagai konduktor haba yang hebat.
Jenis rekaan lain berbentuk "laci pengeluar penekan" membolehkan plat bawah ditarik keluar seperti laci yang dikeluarkan dari pemanas untuk penyediaan grafik.
Tekanan vacuum menggunakan tekanan udara untuk memberikan tenaga yang cukup dan boleh mencapai psi yang tinggi.
Kebanyakkan mesin tekanan haba yang berada di pasaran menggunakan elemen pemanasan atas aluminium dengan rod haba yang diletakkan ke dalam aluminium atau dawai pemanas pada elemen.
3 Jenis Mesin Tekanan Haba Perniagaan Pencetakan Untuk Anda.
Selaras dengan era digital, HTPM model digital hasil inovasi terkini telah berjaya dicipta,
yang mana hasil cetakan bukan sahaja boleh dibuat ke atas fabrik T-shirt, malah ianya boleh mencetak corak dan grafik pada mouse pad,
kaca dan juga seramik (tiles). Pastinya penggunaan 'heat press' akan terus berkembang sebagai wadah perniagaan yang penting pada masa hadapan."
Sudah terang lagi bersuluhlah nampaknya. Penerangan padat tentang Heat Transfer Machine atau Heat Press sudah pun terungkai. Dengan menggunakan HTPM ni kita boleh memulakan perniagaan mencetak T-shirt dan juga pelbagai jenis cenderamata dari rumah - dengan begitu mudah!
Apa Yang Mudahnya?
Mudah, sebabnya, untuk menggunakan mesin ini sangat mudah dan saya jamin, anda tak perlu bersusah-payah untuk menghadiri kursus atau latihan khusus.
Bila saya tekankan Perniagaan Percetakan Dari Rumah, apa yang saya maksudkan ialah kita boleh menjalankan business ini secara Online dan juga Offline.
Hanya ambil tempahan dari pelanggan secara online dan bila sudah siap proses mencetak tempahan tersebut (ke atas apa jua produk pun),
maka sudah selesai dan sedia untuk dihantar melalui poslaju atau perkhidmatan kurier!
Saya berani menegaskan satu fakta; perniagaan percetakan ini adalah bisnes yang sangat menguntungkan. Oh tidak, saya tidak berjenaka, jauh sekali 'gor eng' atau omong-omong kosong sahaja. Selepas ini, saya akan kongsikan pula dengan anda semua tentang cara-cara untuk menjana pendapatan melalui bisnes ini, melalui beberapa langkah mudah, termasuk juga perkara-perkara yang anda WAJIB tahu untuk memulakan perniagaan yang menarik dan lumayan ini, ok! Jangan lupa untuk menatap entri seterusnya..
Ayuh kita menjamu mata dengan contoh-contoh mesin Heat Press/HTPM yang ada di pasaran dan juga yang saya gunakan. Jom layan!!