Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Pemasaran) dari UiTM pada tahun 2011. Kini beliau mengorak langkah terus ke dunia yang dipelajarinya . Berasal dari Batu Pahat, Johor, dan merupakan anak tani dari 5 orang adik beradik. Walaupun perjalanan hidup beliau tidak seindah seperti kehidupan yang di impikan. Beliau tetap meneruskan apa yang dicita kerana antara prinsip yang selalu di ungkap dalam dirinya adalah, “Jadikan tiap hari yang kita lalui merupakan suatu yang indah & bernilai”.

 

Adalah seorang individu yang memulakan karier hidupnya secara sederhana dan kini diiktiraf sebagai jurulatih pemasaran dan motivasi oleh DIY PRINTpreneur Academy School (DPAS) dalam bidang kepimpinan dan juga penguasaan potensi diri. Malah beliau juga bergiat aktif dalam membantu insan lain didalam program kendiri berani gagal serta menjadi penceramah jemputan luar sejak tahun 2012 lagi

 

Beliau memiliki keupayaan yang dapat mempengaruhi perubahan positif seseorang individu untuk menghasilkan kerja terbaik serta menjadi team yang efektif dan luar biasa. Malah beliau juga sering mengusik hati dan emosi demi perubahan hidup dan impian

 

 

Bersama antara mereka yang menghadiri kursus DIY PRINTpreneur Academy School

 

 

Sebagai perunding utama bagi menjana pendapatan sampingan dengan kerjasama Amanah Ikthiar Malaysia

 

 

Didalam Program Pengenalan Awal PRINTpreneur yang bertempat di Politeknik Muadzam Shah, Pahang

 

 

Kenangan bersama mantan pengerusi Persatuan Percetakan Melayu & UiTM Puncak Alam didalam program jurusan percetakan semester akhir.

 

 

Menerima jemputan dari FESKUM anjuran Universiti Malaya di dalam Seminar Berani Gagal. Seminar ini telah dihadiri hampir 500 orang pelajar dan pensyarah dari universiti terbabit.

 

 

Menerangkan konsep keusahawan percetakan bersama GIAT MARA Bangi

 
Show Exit Subscription Pop Up
Memuatkan ...