Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Percetakan dari UITM Shah Alam pada tahun 2014. Kini beliau mengorak langkah terus ke dunia bidang percetakan. Anak Kelahiran dari negeri Che Siti Wan Kembang iaitu Pasir Mas, Kelantan dan merupakan anak tani dari 6 adik beradik.

 

Kepakaran beliau dalam bidang seni cetak & seni grafik telah membawa dirinya ke satu tahap dimana beliau telah berkidmat di DIYPrintingSupply.com selama 6 tahun. Beliau juga adalah seorang yang prihatin terhadap anak muda serta orang ramai yang diluar sana yang masih belum ada perniagaan mahupun yang sudah ada perniagaan, agar meceburi bidang percetakan ini. Kepakaran beliau dalam bidang cetak yang luas juga telah diiktiraf sebagai jurulatih teknikal percetakan & seni grafik oleh DIY PRINTpreneurAcademy School ( DPAS ). Diantara kepakaran jenis cetak beliau adalah : Offset Printing, Heatpress Printing, Digital Printing, Silk Screen Printing, Engraving Printing.

 

 

Sebagai tenaga pengajar : tentang seni grafik yang betul serta mengetahui layout yang lebih tepat mengikut trend, tema, maklumat dan sebagainya. Grafik ini penting kerana segala bentuk mesej yang diterima oleh manusia melalui penglihatan mereka dapat diterima secara terperinci dan ianya mempunyai daya ketahanan serta daya ingatan yang tinggi.

 

 

Sebagai tenaga pengajar : tentang cara penggunaan mesin yang betul mengikut suhu & masa yang betul bagi mendapatkan keputusan atau hasil cetak yang bermutu tinggi tanpa sebarang kerosakan. Penggunaan ini amatlah penting untuk penguna kerana ianya dapat mengurangkan kos dan dapat menaikan keuntungan yang lebih.

 
Show Exit Subscription Pop Up